Pernah tak rasa bila duduk berseorangan lagi menyenangkan hati daripada berhadapan dengan situasi yang melibatkan orang ramai? Atau situasi duduk dalam kelompok yang ramai lagi memuaskan daripada duduk berseorangan? Atau apa-apa personal feeling yang terlintas dalam fikiran dimana diri korang sahaja faham akan situasi tu. Sebab tu adalah personality trait kita. Seorang yang pendiam. Dia tak akan faham dengan situasi orang yang suka bercakap. Adayang jenis tak pandai nak start conversation tapi ada sesetengah orang jenis baru jumpa tapi macam dah kenal 10 tahun, dll
Ada satu ujian yang dinamakan Myers Briggs Test Indicator (MBTI) yang dihasilkan untuk membolehkan kita identify our own personality group. Ada 16 kumpulan semuanya. Saya attach satu gambar di bawah berkenaan MBTI ni untuk memudahkan lagi korang faham.
Jadi to make sure yang kajian ni bukanlah satu kajian yang sekadar main teka, atau cuma berdasarkan andaian semata-mata. Aku cuba sendiri and compare it by doing some research. Just nak compare my personal traits dengan other people traits yang tergolong dalam kategori yang sama dengan aku. And surprisingly, almost 90% betul. You can't assume it all correct. Tapi kebanyakkan tepat.
Jadi aku ni golongan apa?
Aku tergolong dalam kategori INFP (Introvert, iNtuitive, Feeling and Perceiving). Well macam keterangan dalam gambar di atas, almost 100% betul. INFP ni dikategorikan sebagai healer atau mediator. Hanya 4% daripada populasi dunia yang tergolong dalam kategori ni. Sikit kan? Haa tapi tak sebenarnya. Kalau compare dengan populasi dunia sekarang. Anggaran roughly dalam 7 billion which means that 4% is actually equivalent to 300 juta orang, dimana kalau kita compare lagi dengan Malaysia punya population. Roughly I rounded kepada 30 juta la kan. That 4% is actually 10 kali lagi ramai daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Baru nampak ramai kan :)

Kalau korang pergi interview kerja pun, ada sesetengah company akan sediakan satu questionaire just untuk tahu your personality tu fit untuk kerja yang korang apply atau tak. So in general this personality test could be reliable, could be not, though I'm sure some people still argue and tak yakin dengan ketepatan ujian-ujian macam ni. Tapi as I said, it is not hudred percent valid. Even you beli sabun pon, they still minus 1% yang sabun tu tak boleh hapuskan semua bakteria. Tapi bila diorang dah bagitau awal-awal 1% tu, you tak boleh argue because the odds is there.
Jadi, it is important to discover your personality daripada awal lagi. Untuk mudahkan buat keputusan which path yang korang nak pursue. Personally, aku rasa high schooler bagus kalau diexpose benda ni awal-awal. So nanti before applying untuk sambung belajar, atau untuk mulakan kerjaya masing-masing. Sekurang-kurangnya mereka ni dah tahu apa strengths and weaknesses. Dan kalau search detail lagi, ada suggestion career apa yang sesuai untuk setiap personality group tu. Tapi still, kalau minat dalam career yang takde dalam suggestion pon takde masalah, this is just a personality test :)

No comments:
Post a Comment