Tuesday, 27 November 2018

Pengharapan Yang Jitu Kepada DIA

Jatuh,
Bangun,
Jatuh lagi,
Bangun lagi,

Bila kita tanya, apa yang tak dapat kita pisahkan dengan hidup kita? Apa?

Yup, betul

Dugaan.

Dugaan, setiap manusia memang sudah termaktub dugaan dia berbeza-beza. Kita mungkin tak nampak secara fizikalnya dugaan seseorang ini. Ada jenis orang yang tak suka menampakkan masalah mereka. Ada setengah tewas, mungkin sudah dilawan, tapi tewas dan akhirnya membawa kepada situasi yang lagi genting seperti depression, stress, kecewa, putus asa.

Setiap dugaan yang menimpa, Allah dah tetapkan, sebab itu Allah ada sebut dalam al-Quran

"Allah tidak akan uji hamba Nya melebihi kemampuan yang dia ada"

Kita dapat simpulkan, setiap ujian yang kita hadapi, kita mungkin rasa sukar, putus asa, rasa tak dapat nak teruskan, rasa sedih, tak mampu. Tapi sebenarnya Allah lagi Maha Mengetahui. Ujian yang ditetapkan kepada kita tu, Allah tahu yang kita sebenarnya mampu, kita cuma kena sabar, kena cari apa sumber kekuatan kita, yang mana kita tahu, antara sumber kekuatan kita mestilah Allah pada dasarnya, Rasulullah juga dengan menghayati kisah teladan baginda, Ibu Bapa, al-Quran! Kawan-kawan.

Wednesday, 14 November 2018

Mulut Menggelupas

Assalamualaikum

Semua tau bibir ni antara aset yang paling penting bagi perempuan (lelaki pon penting jugak actually), bila mulut kering, sore, memang akan hilang terus confident. Mesti akan rasa moody dan tak selesa, makan pon mesti rasa tak best.


asalnya bibir aku ni tak kering, kisahnya terjadi bila suatu malam ni, aku gataiii pergi pakai vaseline lips yang warna merah tu, aku pakai yang kakak aku punya, disebabkan kakak aku pakai sikit je pastu dia tak pakai dah,  aku apa lagi ambik laa bawak balik rumah sewa T_T 

sampai di rumah sewa, aku pon try la pakai. acah pakai sebelum tidur tu. hehe. First day okay lagi, rasa moist je bibir, okay boleh proceed. Malam ni kita pakai lagiii! 

Masuk second day, okay lagi. pagi tu rasa bibir macam biasa je, tapi keesokkan harinya tu bibir tiba-tiba rasa gatal, asalnya ingatkan allergic sebab aku ada allergic (seafood), tp pelik juga la sbb tak ada ambil makanan seafood ke apa. Jadi aku ingatkan sekejap je la, sehari dua gitu je. sebab gatal-gatal dia pun biasa-biasa je masa tu.

Nak dijadikan takdir. Haa, hari selepas tu, menjadi-jadi gatal dia. Rasa macam nak cabut je bibir letak lain. Kalau kena air dengan ubat gigi lagilah, rasa mcm nak nangis sebab terlampau gatal! Kalau kering dia tak rasa apa-apa, bila kena air sikit je haa, gatal. Nak tak nak, akan kena jugaklah air, kalau tak macam mana nak ambik wudhu', berus gigi, mandi! Jadi aku tahan je, selagi boleh tahan kita tahan. 

Selang beberapa hari kemudian (seminggu kot), aku dah tak tahan T_T, aku pun pergi klinik, sampai je bilik doktor cakap aku berkemungkinan allergic dengan lipstick/lipbalm. Aku terkejut jugak, sebab lipstick yang pakai tu dah lama juga la consume tapi okay je. Aku dah start syak Vaseline tu. Masa ni la aku baru tau yang vaseline lips kakak aku bagi tu dah lamaa. kakak aku cakap dah nak dekat/lebih setahun kot dia beli. kk sampai hati bagi kat aku barang lama HAHAHA (takpe2 sbb kakak aku pon tak expect jadi gini, dah tau ni memang tak pakai la lepasni hihihi)

Makin hari, bibir aku jadi makin kering, gatal, hitam (nampak la macam tompok-tompok kulit mati kot), lebih kurang gambar ni


aku dah pusing dah, pening, risau kemain. doktor bagi aku vaseline (masa ni macam was-was untuk pakai) tapi takpe aku decide untuk try guna dalam masa seminggu. So, dah guna seminggu tak jadi apa, sama je. Kering.

Jadi aku ikhtiar sendiri lepas tu dan Alhamdulillah bibir aku sekarang dah membaik, syukur sangat. Ni apa yang aku try masa kat rumah haritu.

Aloe Vera

cara pakai, aku sapu je sekali dengan kulit-kulit hahaha. gurau. sapu macam biasa, aku haritu pakai dalam beberapa hari sebelum tidur, nampak okay la. dia akan rasa kebas dan gatal sikit. tapi kita dah sedia maklum yang aloevera ni banyak khasiat dia. Boleh try guna, tapi kena sabar sikit sebab bagi aku dia punya result biasa-biasa (mungkin aku pakai sekejap je kot), tp kurang rasa gatal, chapped lips pon makin kurang walaupun perubahan tak nampak ketara sangat.

tapi...

ada satu produk ni, aku pakai. First time pergi survey dulu tapi tak jadi beli, second time pergi Watson decide nak beli sebab fikir balik kalau tak cuba tak tau. tp Allahu, aku bersyukur sbb terdetik nak beli benda ni dekat Watson. 
Mentholatum Therapy Lip Balm  (RM13.13) 

Lepas pakai aloevera nampak la juga efek kurang sikit chapped lips. Tapi lepas pakai ni, Alhamdulillah. Ketara sangat perubahan dia. Bibir hampir kembali macam sebelumnya. Walaupun masih rasa gatal-gatal sikit. Aku pon masih dalam proses pakai benda ni, hari ni baru masuk hari ke 3 kot. Tapi memang dah hampir takda kulit kering, dah tak gatal sangat. Alhamdulillah kalau nak beli boleh terus pergi link sini Mentholatum Lipbalm

Highly recommended. :D. lepas ni pakai barang kena cek betul-betul. betul-betul menjadi pengajaran yang ni hihihi