Sunday, 30 December 2018

Tahun Baru! 2019

Assalamualaikum,

Sebagaimana yang kita tahu, tahun 2018 sudah hampir melabuhkan tirainya, dan kita dah di ambang tahun 2019. Lagi 1 hari sebelum masuk tahun baru. Macam mana azam tahun ni? Tercapai belum? hahahaha. Aku tak pernah ada azam, kalau ada pon azam tu macam hangat-hangat tahi ayam je. Azam tahun 2019? Em tak fikir lagi, tapi hopefully semoga tahun 2019 ni kita jadi orang yang lagi matang dan better than sebelumnya.

Sebagai seorang pelajar universiti, awal tahun juga kami sambut dengan satu jenis 'perayaan' tau, nama dia final exams. Ni antara perayaan yang aku paling tak suka hahaha tapi nak tak nak kena la hadap jugak. Final exams aku mula 2hb Jan ni sampai 11hb. Macam biasa, aku dengan study last minute berpisah tiada. Tiap kali aku tobat (taubat) taknak dah buat perangai macam ni, tiap2 sem jugalah aku buat menda ni. heii perangai apa niiii

gayanya macam ni la aku 2 minggu ni. matila nak.

apapun, tahun 2018 ni tahun yang banyak suka dan duka. penglipur lara. eh tiber. tak kiralah tahun kita banyak suka dan duka ke, macam mana ke. tulah hidup. kita kena move on! move on! 

sebab nama pun hidup kalau tak ada perencah kehidupan, bosan juga kan. kadang-kadang kita kena tau mcm mana rasanya bila ddk dekat bawah ni. baru kita tak sombong, kita pon akan matang. bila orang cakap hidup kena ceria selalu, bagi aku kadang-kadang sedih tu pon perlu. Sebab tipulah kalau cakap sometimes, kita tak rasa sedih kan, ceria tu boleh, tapi ada sebab Allah ciptakan perasaan sedih juga. betul tak?

doakan saya dipermudahkan urusan nak jawab exam nanti, bitaufiq wannajah kepada semua kawan-kawan yang nak hadap final exams tuh. Semoga kejayaan mengiringi korang. Semoga tahun 2019 jadi tahun yang membuatkan kita lebih baik dan lebih bersikap rendah diri dan matang dalam membuat keputusan. In sha Allah, aamiin. 

Pesanan ringkas;
kita sangka yang kita semakin berumur, bila setahun demi setahun berlalu, umur kita mungkin bertambah dari segi angka. Tapi sebenarnya umur kita semakin berkurang, dan kita sebenarnya lagi mendekati hari kebenaran. semoga kita semua dipermudahkan segalanya. In sha Allah



Tuesday, 4 December 2018

My Top Best Movies All The Timeeeeee!

Assalamualaikum

Malam-malam ni, tetiba mood nak update blog rajin. Tadi terdetik rasa nak up post pasal movies yang best-best bagi aku. Sebab aku ni jenis suka layan movieee! Sangat. Tambah-tambah bila berkatain dengan action/sci-fi/psycho, eh apa-apalah, aku layanje semua hahaha,

Ni antara movie-movie yang best bagi aku, all the time.

A Monster Calls. IMDb 7.5/10


Mengisahkan tentang seorang budak, Conor O'Malley. Conor ni mak dia tengah sakit. Bapa dia berpisah dengan mak dia dah lama, dia ada berharap yang bapak dia ni bawa dia duduk sekali dengan family baru bapak dia tu, tapi ada je la alasan bapak dia ni, nenek dia pulak tak pernah suka dengan si budak Conor ni. Pergi sekolah pun selalu kena buli. Jadi dia ni takda siapa-siapa kecuali mak dia yg sakit. So suatu hari datang semacam raksaksa bentuk pokok...yang mengubah hidup 180 darjahh lepas tu...kena tengok! Sangat recommended. 

ps - kena sediakan tisu okay! 

The Founder. IMDb - 7.2/10


korang kan suka makan Mcd, kenalah tahu sejarah macam mana McD ni wujud. Hahaha, rupanya disebalik fast food ni, ada sisi hitam yang kita tak tau. Pengasas dia ni rupanya cilik jugak. haha. nak tau tengok. Very highly recommended and mendedahkan serba sedikit operasi dalam business.

The Imitation Game. IMDb 8/10


Aku sangat mudah tertarik kalau cerita tu berdasarkan real life event, macam ni. Mengisahkan tentang seorang prodigy. Alan Turing, sangat genius. Dia direkrut untuk menyelesaikan code enigma yang dihantar oleh pihak german kepada pihak german dalam WW2. Enigma ni sejenis kod yang ringkas tp bawak efek dia sangat besar dan hanya difahami oleh tentera german je. Jadi dia dan 4 rakan dia ni direkrut oleh government utk bongkar kod enigma. Jadi dengan kebijaksanaan dia, dia invent satu machine yang dapat crackkan code enigma ni. Sangat brilliant. Rasa nak je otak dia. Best! Kena tengok!


Rasanya tu je kot. Will be updating if ada lagi moviee yang aku rasa menarik untuk ditonton hahahaha

Tuesday, 27 November 2018

Pengharapan Yang Jitu Kepada DIA

Jatuh,
Bangun,
Jatuh lagi,
Bangun lagi,

Bila kita tanya, apa yang tak dapat kita pisahkan dengan hidup kita? Apa?

Yup, betul

Dugaan.

Dugaan, setiap manusia memang sudah termaktub dugaan dia berbeza-beza. Kita mungkin tak nampak secara fizikalnya dugaan seseorang ini. Ada jenis orang yang tak suka menampakkan masalah mereka. Ada setengah tewas, mungkin sudah dilawan, tapi tewas dan akhirnya membawa kepada situasi yang lagi genting seperti depression, stress, kecewa, putus asa.

Setiap dugaan yang menimpa, Allah dah tetapkan, sebab itu Allah ada sebut dalam al-Quran

"Allah tidak akan uji hamba Nya melebihi kemampuan yang dia ada"

Kita dapat simpulkan, setiap ujian yang kita hadapi, kita mungkin rasa sukar, putus asa, rasa tak dapat nak teruskan, rasa sedih, tak mampu. Tapi sebenarnya Allah lagi Maha Mengetahui. Ujian yang ditetapkan kepada kita tu, Allah tahu yang kita sebenarnya mampu, kita cuma kena sabar, kena cari apa sumber kekuatan kita, yang mana kita tahu, antara sumber kekuatan kita mestilah Allah pada dasarnya, Rasulullah juga dengan menghayati kisah teladan baginda, Ibu Bapa, al-Quran! Kawan-kawan.

Wednesday, 14 November 2018

Mulut Menggelupas

Assalamualaikum

Semua tau bibir ni antara aset yang paling penting bagi perempuan (lelaki pon penting jugak actually), bila mulut kering, sore, memang akan hilang terus confident. Mesti akan rasa moody dan tak selesa, makan pon mesti rasa tak best.


asalnya bibir aku ni tak kering, kisahnya terjadi bila suatu malam ni, aku gataiii pergi pakai vaseline lips yang warna merah tu, aku pakai yang kakak aku punya, disebabkan kakak aku pakai sikit je pastu dia tak pakai dah,  aku apa lagi ambik laa bawak balik rumah sewa T_T 

sampai di rumah sewa, aku pon try la pakai. acah pakai sebelum tidur tu. hehe. First day okay lagi, rasa moist je bibir, okay boleh proceed. Malam ni kita pakai lagiii! 

Masuk second day, okay lagi. pagi tu rasa bibir macam biasa je, tapi keesokkan harinya tu bibir tiba-tiba rasa gatal, asalnya ingatkan allergic sebab aku ada allergic (seafood), tp pelik juga la sbb tak ada ambil makanan seafood ke apa. Jadi aku ingatkan sekejap je la, sehari dua gitu je. sebab gatal-gatal dia pun biasa-biasa je masa tu.

Nak dijadikan takdir. Haa, hari selepas tu, menjadi-jadi gatal dia. Rasa macam nak cabut je bibir letak lain. Kalau kena air dengan ubat gigi lagilah, rasa mcm nak nangis sebab terlampau gatal! Kalau kering dia tak rasa apa-apa, bila kena air sikit je haa, gatal. Nak tak nak, akan kena jugaklah air, kalau tak macam mana nak ambik wudhu', berus gigi, mandi! Jadi aku tahan je, selagi boleh tahan kita tahan. 

Selang beberapa hari kemudian (seminggu kot), aku dah tak tahan T_T, aku pun pergi klinik, sampai je bilik doktor cakap aku berkemungkinan allergic dengan lipstick/lipbalm. Aku terkejut jugak, sebab lipstick yang pakai tu dah lama juga la consume tapi okay je. Aku dah start syak Vaseline tu. Masa ni la aku baru tau yang vaseline lips kakak aku bagi tu dah lamaa. kakak aku cakap dah nak dekat/lebih setahun kot dia beli. kk sampai hati bagi kat aku barang lama HAHAHA (takpe2 sbb kakak aku pon tak expect jadi gini, dah tau ni memang tak pakai la lepasni hihihi)

Makin hari, bibir aku jadi makin kering, gatal, hitam (nampak la macam tompok-tompok kulit mati kot), lebih kurang gambar ni


aku dah pusing dah, pening, risau kemain. doktor bagi aku vaseline (masa ni macam was-was untuk pakai) tapi takpe aku decide untuk try guna dalam masa seminggu. So, dah guna seminggu tak jadi apa, sama je. Kering.

Jadi aku ikhtiar sendiri lepas tu dan Alhamdulillah bibir aku sekarang dah membaik, syukur sangat. Ni apa yang aku try masa kat rumah haritu.

Aloe Vera

cara pakai, aku sapu je sekali dengan kulit-kulit hahaha. gurau. sapu macam biasa, aku haritu pakai dalam beberapa hari sebelum tidur, nampak okay la. dia akan rasa kebas dan gatal sikit. tapi kita dah sedia maklum yang aloevera ni banyak khasiat dia. Boleh try guna, tapi kena sabar sikit sebab bagi aku dia punya result biasa-biasa (mungkin aku pakai sekejap je kot), tp kurang rasa gatal, chapped lips pon makin kurang walaupun perubahan tak nampak ketara sangat.

tapi...

ada satu produk ni, aku pakai. First time pergi survey dulu tapi tak jadi beli, second time pergi Watson decide nak beli sebab fikir balik kalau tak cuba tak tau. tp Allahu, aku bersyukur sbb terdetik nak beli benda ni dekat Watson. 
Mentholatum Therapy Lip Balm  (RM13.13) 

Lepas pakai aloevera nampak la juga efek kurang sikit chapped lips. Tapi lepas pakai ni, Alhamdulillah. Ketara sangat perubahan dia. Bibir hampir kembali macam sebelumnya. Walaupun masih rasa gatal-gatal sikit. Aku pon masih dalam proses pakai benda ni, hari ni baru masuk hari ke 3 kot. Tapi memang dah hampir takda kulit kering, dah tak gatal sangat. Alhamdulillah kalau nak beli boleh terus pergi link sini Mentholatum Lipbalm

Highly recommended. :D. lepas ni pakai barang kena cek betul-betul. betul-betul menjadi pengajaran yang ni hihihi






Thursday, 4 October 2018

I finally took a Spanish class!!

Assalamualaikum

Pada permulaan semester ni, aku dah berazam yang semester ni aku nak ambil satu bahasa asing. Aku dah berminat since semester 1 tapi memandangkan aku tak beberapa nak confident lagi masa tu. Jadi aku tunggu masa yang sesuai dan aku decide semester ni sem yang sesuai untuk ambil :B. Tapi just as audit course yang tak akan menganggu pngk aku. 


Dekat UPSI ni, antara bahasa asing yang ditawarkan adalah, Jepun, German, Sepanyol, Arab, Tamil, Perancis and Mandarin. I decided to take Spanish as I have been exposed to the latin languages before this and this one seems like yang kena dengan jiwa sikit hahaha ye ke 

I mostly self-taught using Duolingo App, dalam app Duolingo tu, it helps me, especially in vocabularies. Tambah2 if you missed a day, you'll lose your day streak. Contohnya macam, kalau tak miss sehari dalam tempoh seminggu, you'll have 7 days streak. Tapi kalau tertinggal sehari, dia punya streak tu back to zero. Haa cemtu la.

So, last semester, during my final exams. Sebab nak exam. Aku termissed sehari walaupun aku dah purchased shield (untuk retain streak kot2 terlupa nak praktis dalam satu hari), I was on my 412/421 days. 

Remuk hancur hati aku lepas dapat tau yang usaha aku (cecece) hancur dalam sekelip mataa. Since that,aku terus tak praktis langsung. Macam dah malas dan putus asa, setahun aku hilang begitu saja (sobs sobs). hahaha. So sebab tu I mostly forgot most of the words that I'd learnt

Tapi.....!

Awal semester haritu, aku rasa macam aku kena jugak ambik bahasa ni, aku fikir balik, aku nak belajar bahasa ke, or just sekadar "streak" tu semata2? sebab bagi aku, the more languages you can faham, the more outstanding and different you are with another people. Jadi kalau sekadar streak, then whats the point? kan :)) 

Lagipun apa yang bezakan kita dengan orang lain??

Yup, in term of bahasa, kita dah ada satu lagi kelebihan. Malay, English, Mandarin or Tamil (for certain people) and another Bahasa asing! (bukan ke tu nilai tambah untuk kita punya future occasion??) kann!

Tapi kenapa dalam banyak2 bahasa, knp aku ambil Spanish? 

Every language is unique. Aku tak boleh nak compare, bahasa melayu dan indonesia pon ada keunikkan sendiri. It's incomparable. Bahasa ini satu seni tau. Kalau korang boleh tengok, ma sha Allah, it is soo beautiful. That's why if possible, I'd like to learn more even just basics. At least Im exposed to the beauty of it. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Minat juga mesti berbeza kan? Jadi aku ambil yang mana aku rasa aku mampu ;)

Konklusinya, belajar la bahasa hehehe. It's really fun and fascinating!

Yo necesito ir a clase, adios mis amigos. Hasta la vista y buenos tardes ;)




Friday, 14 September 2018

semester baru tapi semangat kelaut

Sekarang ni bukan masa yang kejar aku, tapi aku yang kena kejar masa. Aku dah masuk semester 5 degree, tinggal 3 semester lagi. Serasa baru semalam weh update blog pasal nak daftar masuk degree. tup tap tup tap dah sem 5. lawak apakah ini ahhahahaha


kelas pon dah start, tapi azam takda weh, hilang pi mana tah. cuti 3 bulan, jasad ja dekat uni, hati kat rumah lagi hmmm

tambah-tambah sem ni kena pulak ada dua subjek yang lecturer sama, lecturer tu punya style seronok tapi ma sha Allahh, aktiviti dalam kelas macam macammm,

macam pagi tadi kena berlakon. aku dahlah jenis tak perform sgt dlm kelas. malu gila tp buat muka tebal dan buat jelah sekadar yang mampu

kalau time kena duduk depan kelas, akan tiba-tiba terngiang kata abg aku sbb aku pernah tny macam mana tak nak bg malu atau nervous bila time nak present ka, apa ka depan kelas

abg aku cakap, buat je, diorang tak ingat dah lepas tu. bukan lepas balik tu diorang cakap pasal kita, banyak benda lain lagi nak kena fikir. jadi malu kejap je. aku pon fikir balik, betul jgk kennnn

tapii still malu laa walaupun dh kurang nervous. tapi lagi okay la daripada sebelum ni, sebelum ni aku lagi ketar-ketar duk depan tak kira la presentation ka apa ka hahahhaa, aku redha :').

semoga sem-sem mendatang dipermudah urusan. in sha Allah aamiin :))


Saturday, 1 September 2018

Belajar melukis??

Assalamualaikum,

Siapa minat melukis? Angkat tangannnnnn yay! Kita geng! Walaupun aku bukanlah datang dari bidang lukisan atau pelajar jurusan seni, keluarga bukannya orang berseni, tak ada latar berlakang seni pun yang mengalir dalam darah ni. Tapi tak jadi halangan utk aku minat melukis Cewah ayat 


Aku minat melukis sejak aku umur 16, sebenarnya dah agak tua tapi tak ada istilah tua untuk mulakan belajar. Aku mostly "self-taught

Semangat tu semangat, tapi tak ada basic skill lagi masa ni!! so macam mana?? lukis orang lidi pon tak lepas lagi masa nii

Tapi its okay belum cuba belum tahu, bagi akulah, nak melukis ni kena banyak bersabar

Melukis ni kena sabar, sebab hasilnya tak akan keluar dalam masa sehari, sebulan bahkan setahun! korang kena teruskan berlatih, cara shading etc. Macam aku ni, aku tak motivated sangat untuk praktis lukis hari-hari sebab aku bukan jenis penyabar sgt. Bila aku dah start buat tu aku rasa nak perfect je, tibe rasa bila lukis rose, aku nak rose tu sebijik macam gambar rose yang aku rujuk, tak sedar diri kot yang masa tu aku masih pangkat newbie (sekarang tak pandai mana jg hehehe), kelakar juga bila igt balik. Tapi mungkin atas kemahiran dan kesungguhan masing-masing, kalau rajin, dalam beberapa bulan pon dah boleh pro ;)



antara lukisan tahun 2014, tingkatan 5. Buku banyak hilang, yang ni je jumpa

Practice makes perfect

Kalau macam aku ni, takde basic, sangatlah hodoh masa mula-mula melukis tu mcm gmbar2 di atas, Allahu. Tak tau gaya apa. Ada juga waktu aku putus asa, aku berhenti jap melukis. Aku tak lukis banyak pon dalam sebulan tu, ada la dalam dua tiga kali. Tapi bila dah banyak kali melukis aku dah terbiasa. Masa ini kita sedar yang lukisan sebelum ni mungkin x cantik macam yang kita nak la, tp it keeps getting better and better;)

Banyak tengok tutorial dekat youtube

Instagram, youtube aku suka follow sesiapa je yang pandai melukis, dalam masa aku rasa kagum, aku jgk jadikan diorang ni sebagai pembakar semangat. Siapa minat lukis mesti rasa takjub dengan orang yang pandai melukis ni kan? Dalam apa-apa course la. Mesti akan rasa kagum dengan orang yang lagi berkemahiran daripada kita.

Ni antara hasil hasil sekarang, dah 5 tahun lebih praktis, Sekarang dalam setahun tu dalam 3-4 lukisan je aku buat. 



Banyak lagi kena improve ;)


masih dalam proses pembelajaran, cuma aku belajar lagi lambat daripada orang lain sebab tak selalu praktis. Tapi kebanyakkan lukisan aku mcm gmbr kat atas, tak lukis sampai habis!! 

.....



Thursday, 4 January 2018

Selamat Tahun Baru 2018!

Assalamualaikum

Tahun baru orang kata azam baru. Betul ke? Azam aku sama je setiap tahun hehe. Selamat ulang tahun ke 7 kepada blog ni, tak sangka dah 7 tahun hehe.


tahun ni aku sambut tahun baru dengan final exams. Esok first paper tapi selamba je update blog haha. Lagi berbaki 11 hari sebelum habis semester 3. Dah nak masuk semester 4 pun. haha. Apapun semoga berjaya kepada aku dan sahabat-sahabat aku yang akan menduduki finals jugak. Juga kepada semua yang tengah bertungkus lumus final sekarang. Bitaufiq wannajah!