Thursday, 13 August 2020

Macam mana nak pilih tempat latihan industri?

 Assalamualaikum

Hari ini, terdetik hati nak tulis persediaan yang utama sebelum seseorang graduan tahun akhir ataupun pelajar yang tengah nak cari dekat mana tempat sesuai untuk buat latihan industri ni. Sebelum tu aku nak share pengalaman aku waktu buat praktikal di syarikat A. 

Biasalah, waktu semester sebelum kita buat praktikal tu, mesti gelabah nak cari tempat industri mana yang sesuai dengan bidang kita. Termasuklah aku, aku tak terkecuali ya gelabah tu, aku rasa semester yang mana aku kena cari tempat praktikal lah semester yang paling aku busy, sebab balik kelas je terus risau pasal industrial training.

Nasib aku baik dan juga tak beberapa nak baik haha. How? Peliknya. Nasib baik sebab dapat colleagues yang baik, banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang industrial training aku dkt syarikat A, suasana kerja yang agak kearah yang menjaga adab dan agama walaupun syarikat tu level2 international. Jadi kerja dekat syarikat A ni sangat mementingkan solat dan adab. Tapi still ada la slack sikit cuma tu normal. Mana-mana company tak akan ada yang perfect. Nasib yang tak beberapa nak baik bila mana aku punya scope adalah HR dan waktu aku tengah praktikal haritu aku dah dibahagikan untuk sebulan pertama aku diletakkan bawah Corporate Department iaitu bawah pengawasan corporate executive selaku supervisor aku buat masa tu (since ada orang lain yang tengah buat praktikal bwh HR. Wut?) dan remaining weeks bawah HR Department. Malangnya, nasib tak beberapa baik (redha), bilamana tak sampai seminggu aku dah berada di bawah HR Department, fasa 1 PKP pun bermula. Maka, semua pelajar praktikal diarahkan untuk berhenti (sementara), since aku dalam office, HR ada buat consideration sama ada aku nak continue kerja atau stop LI. Aku cakap sambung jelah lagipun pihak U tak buat apa-apa annoucement lagi. Keesokkannya, aku still pergi kerja tapi pensyarah penyelia dah arahkan untuk kami semua duduk rumah dan tak payah masuk kerja. So I bagitau HR then that was my last day for that week (I thought pkp tu 2 weeks je), rupa2nya. PKP sambung dan guess what. That was my last day for my internship. Aku sempat buat kerja HR dalam tempoh 4 hari je kot tak silap. Tu pon masih assist Admin sikit-sikit. Aku pon tak sempat lagi nak kenal betul-betul dengan staff dekat HR Department tu. Bagi aku agak kecewa la, dengan pengalaman tak banyak. Uni aku pon tak arahkan untuk pelajar ganti waktu LI tu, sebab job scope kita lain-lain. Ada yang sebulan pertama dah timba banyak ilmu, kalau kes macam aku ni, nasib lah. Dah takdir kan. Bila jadi macam ni, report pon aku pening nak tulis apa. 

Tu cerita ringkas LI aku. Haha sedih kan. 

Jadi sebagai pengajaran la, dan iktibar untuk aku. Memang aku dah tak boleh ulang balik. Tapi at least boleh share pengajaran daripada kes aku ni, untuk memudahkan urusan orang lain. Sebab tak nak la korang jadi kes macam aku. Untuk siapa-siapa yang bakal jalani LI tu make sure korang cek betul-betul latar belakang company, kalau boleh pergi terus dekat company tu. Tengok dan nilai sendiri nature company, bila dah dipanggil interview, better tanya job description korang kalau interviewer tak explain atau tak diterangkan waktu korang apply tu. 

Lagi satu, apply banyak-banyak application korang tu, jangan takut. Kalau Syarikat 1 terima, Syarikat 2 pon terima. Korang buat lah satu surat penolakan dan bagitau sebab-sebab penolakan dekat salah satu syarikat tu. Jangan biar tergantung sepi, sangat tak proper dan boleh tinggalkan impression tak elok dekat korang jugak nanti. 

Jangan terlalu memilih kerja atau syarikat. Jangan terlalu taksub dengan prestij, boleh tapi jangan ada stereotype yang kalau syarikat kecil biasa-biasa je tak banyak pengalaman, tak nampak vogue, see tengok balik cerita aku tu. Company level tinggi international kot. Kawan aku yang buat LI dekat company kecil-kecilan dah terus dapat diserap. Oraite?

Walaupun kerja yang kita buat tu biasa-biasa je, atau lari daripada job scope kita, cuba bincang elok-elok dengan majikan. Jangan main terjah je, attitude kena jaga. Sebab attitude kita, boleh bagi kesan baik/tak baik terhadap institusi kita. Bayangkan kalau kita tak jaga attitude, boleh jadi HR tu tak nak ambil calon praktikal untuk batch seterusnya dari institut kita. Kesian calon tu sebab dan kehilangan satu opportunity. Aku pernah sembang dengan pensyarah aku, masa tu aku dengan kawan aku sorang ni keluar sebab pensyarah aku ajak keluar makan. Jadi waktu sembang tu, banyak dia bagi tips nak hadap LI ni, antaranya dia bagitau banyakkan bertanya walaupun benda nampak simple contoh majikan bagi kerja photostat ke, cuba untuk bertanya tujuan dokumen tu, dokumen tu photostat untuk apa (kalau majikan tak keberatan untuk bagitau atau kalau dokumen tu tak sulit). 

Jadi fikir elok-elok. Jangan buat keputusan terburu-buru dan kalau boleh cari awal-awal internship placement. Sebab nanti kalau dah akhir-akhir akan busy dengan exam, masa tu dah kalut dengan nak submit assignment. Kalau pensyarah ada tetapkan tarikh submission company nak buat LI, ikut apa yang pensyarah dah arahkan.

Okay? Goodluck :)

No comments: