Friday, 18 November 2016

Amalan Islam Yang Dilupakan

Islam itu dagang dan akan kembali dagang. Islam itu datangnya membawa perbezaan dan kalau Islam itu diamalkan kembali, ia juga akan membawa perbezaan. Islam itu lain daripada yang lalin. Ketika awalnya dahulu, Islam itu terpinggir, jauh tersisih dari carahidup orang-orang Arab jahiliah. Di akhir zaman juga ia terpinggir. Cara hidup Islam yang sebenar jauh tersisih dari cara hidup umat Islam di zaman jahiliah moden ini.

Al-Quran itu dinamakan Al furqan atau "yang membezakan". Siapa yang mengamalkan Al Quran, cara hidupnya akan berbeza dengan orang yang tidak mengamalkan Al Quran. Siapa yang banyak meninggalkan Al Quran, maka Islamnya tidak syumul.

Sendi-sendi kehidupan umat Islam kini sudah terlalu banyak yang rosak. Sudah tidak kelihatan lagi cirri-ciri dana amalan Islam di dalam kehidupan umat Islam. Banyak daripada amalan umat Islam telah dilupa dan ditinggalkan. Ia telah digantikan dengan amalan-amalan yang ditiru dan diciplak dari amalan para penjajah, orang-orang Barat, Yahudi dan Nasrani.

Di zaman Rasulullah  dan para Sahabat, kalau diibaratkan ilmu Islam itu ada sepuluh, amalan umat Islam juga ada sepuluh. Sebab itu Islam ketika itu syumul dan terlaksana di semua bidang kehidupan. Pada zaman Tabiut Tabi'in, ilmu Islam tetap ada sepuluh tetapi amalannya sudah kurang menjadi sembilan. Ketika itu Islam masih lagi kelihatan syumul. Pada zaman 300 tahun hingga membawa kepada 700 tahun umur Islam, iaitu di kala mana empayar Islam masih wujud, amalan Islam terus berkurangan walaupun ilmunya tetap sepuluh.

Pada era selepas 700 tahun hingga sekarang ini iaitu di kala mana empayar Islam telah runtuh dan umat Islam mula dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, semakin banyak amalan dan cara hidup Islam ditinggalkandan diganti dengan amalan-amalan dan cara hidup penjajah. Sekarang ini, tidak salah kalau kita angarkan bahawa nisbah amalan Islam hanya tinggal satu walhal ilmunya tetap sepuluh, sama seperti zaman Rasulullah  dahulu. Islu Islam tidak rosak. Ilimu Islam tidak berkurangan. Ilmu Islam tidak susut. Yang menjadi kurang, menjadi susut dan yang rosak adalah amalannya yang sudah banyak ditinggalkan dan dilupakan umat Islam. Maka terbuktilah kebenaran firman Allah yang bermaksud:

" Dan sekali-kali tidak akan redha kaum Yahudi dan Kristian itu kepada engkau (Ya Muhammad) selagi kamu tidak mengikuti cara hidup mereka."

Amalan yang tinggal di waktu ini hanyalah apa yang termaktub di dalam rukun Islam. Itu pun kerana ianya dijadikan rukun. Kalau tidak, mungkin amalan-amalan tersebut dilupakan juga. Amalan-amalan yang menjadi rukun ini kalau tidak diyakini dan diamalkan, maka akan terjejas keimanan. Justeru itu, masih ada umat Islam yang bersolat, walaupun ramai sudah tidak bersolat atau tidak tahu bagaimana hendak bersolat. Masih ada orang Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan. Masih ada umat Islam yang membayar zakat dan masih ada yang menunaikan haji. Amalan-amalan yang lain yang tidak merupakan rukun, hamper kesemuanya sudah lenyap ditelan zaman.

Itu sebab Islam di zaman ini tidak syumul lagi. Itu sebab orang Islam tidak banyak bezanya dengan orang bukan Islam. itu sebab umat Islam sudah hilang identity mereka. Kecantikan dan keindahan Islam sudah tidak dapat dilihat lagi. Keselamatan dan kesejahteraan yang dijanjikan oleh Islam tidak dapat dirasakan lagi. Umat Islam berpecah belah. Akhlak dan moral umat Islam runtuh menyapu bumi. Masyarakat umat Islam kucar-kacir. Ekonomi umat Islam mundur. Itu sebab juga umat Islam tidak dihormati dan digeruni malahan dikeji dan dihina di seluruh dunia. Kebanyakan umat Islam hari ini hanya Islam pada keyainan tetapi tidak Islam pada amalan. Lain yang diyakini, lain pula yang diamalkan. Mereka mengaku Islam, tetapi cara hidup, cara fakir dan cara menilai sangat kebaratan.

Bila dikembalikan semula amalan-amalan Islam yang telah ditinggalkan dan dilupakan, masyarakat menjadi huru-hara. Banyak mata yang terbeliak. Ramai yang terkejut. Ramai yang terpekik terlolong menuduh songsang dan sesat. Sedih. Umat Islam sendiri sudah tidak kenal Islam. Islam hanya tinggal rukun. Islam pada mereka hanya solat, puasa, zakat dan haji.

Umat Islam sudah lupa berpkaian secara Islam. mereka sudah lupa makan minum dan bergaul secara Islam. mereka lupa berekonomi, menjalankan pelajaran dan pendidikan, berkebudayaan, bermasyarakat dan berpolitik secara Islam mereka sudah lupa bersahabat dan berjiran secara Islam. mereka sudah lupa berhibur secara Islam. mereka sudah lupa tentang had-had dan batas-batas yang ditetapkan oleh Islam.

Apabila ditonjolkan pakaian secara Islam yang menutup aurat, mereka terkejut. Pakaian yang mengikut sunnah , mereka tidak tahu. Pada masa yang sama, mereka memandang amalan poligami itu hina walhal ianya satu amalan yang mulia dan merupakan salah satu syariat Islam dan menjadi amalan Rasulullah. Malahan poligami ialah tradisi bagi orang-orang soleh. Sebaliknya tidak pula dipandang salah atau hina apabila muda mudi bergaul bebas atau berjalan berdua-duaan ke sana ke mari. Dadah, arak zina dan judi yang berlaku di tengah-tengah masyarakat dipandang ringan dan dianggap sebagai perkara biasa atau sebagai masalah individu dan orang lain tidak perlu masuk campur atau ambil pusing.

Itu belum lagi diperkatakan tentang berekonomi secara Islam yang menentang penindasan, riba, monopoli dan pembaziran yang sangat berbeza dengan sisitem kapitalis yang diamalkan hanya mementingkan untung berlipat ganda. Ataupun soal pelajaran dan pendidikan Islam yang membawa kepada Tuhan dan bukan kepada kebendaan. Atau soal kebudayaan Islam yang membawa kesedaran dan membina kehalusan akhlak manusia dan bukan melalaikan, merosakkan akidah, akhlak, moral dan yang memudahkan pergaulan bebas muda-mudi dan penggunaan dadah. Sistem social Islam yang berkasih sayang, bertolong bantu, kuat menguatkan, bersatu padu, penuh dengan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan serta bukan system social yang menindas dan menekan, hidup nafsi-nafsi, yang kuat timbul, yang lemah tenggelam seperti kehidupan haiwan di belantara atau seperti pokok di hutan yang berebut-rebut meninggalkan pucuk masing-masing untuk mendapatkan cahaya matahari. Dan juga system pentadbiran Islam yang menyatupadukan umat, yang adil , yang bebas dari krisis, pilih kasih dan perebutan kuasa, yang melagangkan ketuhanan dan bukan ideology ciptaan manusia dan yang mementingkan pembangunan insane dan kerohanian lebih daripada pembangunan material. Sudah begitu jauh cara Islam umat Islam kini dari cara hidup Islam yang sebenar. Cara hidup musuh dianggap Islam, cara hidup Islam dipandang serong, dimomok dan dikatakan ketinggalan zaman.

Untukmenebus kembali maruah umat Islam yang sudah punah ranah ini, untuk membawa` umat Islam kembali ke mercu kegemilangannya dan untuk menjadikan umat Islam itu pewaris bagi bumi Allah ini, maka kita perlu tingkatkan amalan Islam kita ini. Kita perlu hidupkan semula segala amalan-amalan Islam yang telah lama kita tinggalkan dan kita lupakan. Umat Islam perlu kembali kepada amalan-amalan Islam yang sebenar.

Kalaulah amalan Islam kita pada hari ini diibaratkan hanya satu dari sepuluh ilmu Islam yang ada, marilah kita tingkatkan amaln kita itu kepada 2, 3, 4, 5 dan seterusnya setakat mana yang kita mampu. Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Kalau tidak ada ketiga-tiga perkara ini, Islam tidak akan terlaksana. Islam hanya akan menjadi seperti benih yang belum ditanam. Pokoknya tidak ada. Kalau pokok Islam tidak ada, masakan kita dapat nikmati buahnya yang enak, lazat dan manis. Dengan ketiga-tiga perkara ini juga, Islam kita akan bertambah syumul dan bertambah syumul. Di atas kesyumulan inilah letaknya nikmat, rahmat dan keampunan Tuhan.

Sumber : Halaqah.net

Friday, 26 August 2016

Lagi 3 Hari Sebelum Bergelar Warga UPSI

Assalamualaikum

       Sejak minggu lepas lagi duk counting days berangkat ke Upsi, dah datang penyakit menghitung hari dia. Dulu waktu duduk dekat matrik pun bila first day balik rumah tu tak la rasa sgt, tapi keesokan tu start lah counting day untuk kembali ke matrik, bukan sebab tak sabar atau gembira, tapi disebabkan kalau boleh tanak pergiiiiii hahahaha. 

Daftar hari Isnin nanti, 29/8/2016, lagi 2 hari dekat rumah. Tapi satu barang pun tak packing lagi, ni pun baru balik dari jejalan dekat Kuantan haha. Sungguh tak bersemangat nak pergi Perak nuhhh T__T. Borang pun ada yang belum settle. Haha. Tulah aku, kerja last minit bagi je aku handle. Memang pro bab last2 minit ni. Ahahaa

Allah, tak puas lagi cuti tapi apakan daya, kalau ikutkan hati memangla tak nak. Tapi kalau ikutkan tanggungjawab dan apa yang mak ayah aku dah buat. Kena la pergi jugak. Yuran Upsi mahal gilaaaa. Kelas untuk sem pertama pun 3 hari je seminggu, apa ni apa ni... kenapa perak jauh dari Terengganuuu T_T. Kalau tak bolehla hari tak ada kelas tu balik rumahh. 

Ramai dah kawan-kawan yang dah bertolak, yang dpt ums, unimas pon harini dan esk depa tolak dari rumah. Allah tak tau la macam mana diorang handle perasaan tu. Aku yang dekat Perak pun dah lintang pukang  gaya dia haha.

apapun aku harap korang doa la yang bebaik buat aku ye. In sha Allah. Perhaps this is a blessing in disguise :')


Tuesday, 9 August 2016

UPSI Here I Come!

Assalamualaikum

      Semalam 8/8/2016 jam 12 tengah hari, probably semua lepasan STPM dan setaraf (tak semua tu over) kecut perut , tapi aku memang ketaq lutut rasa macam tangan tu dah tak terasa darah, overnya tahap berdebar haha. Sebab semalamlah kitorang dapat tau result sama ada boleh meneruskan pengajian atau tak, tak tu tak bermaksud gagal ke apa, proceed ke permohonan rayuan. In sha Allah ada rezeki dapat. 

dan Alhamdulillahhhh, aku dapat menyambung pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Pentadbiran Perniagaan ( Pengurusan Sumber Manusia ).


dan sejujurnya memang aku ada mintak banyak course ni cuma harapannya UPSI ni paling least aku dapat, tapi rupanya yang paling least tulah yang aku dapat ...

see aku dapat pilihan ke-11. like why? tapi I dah redha.

aku tak tau lah macam mana pengalaman as a University student, takda experience. So aku just baca apa yang termaktub dalam internet pasal pengalaman org lain. haha. 

Pening kepala macam mana ai nak survive for the next 4 years ni. 

tapi dah redha, in sha Allah. Allah knows the best. hihi ;)

Good Luck to all my friends out there, semua terpisah jauhh, sorang Utem, Umt, Unimas, Umk, Unisza, Uum, senang cita lain2 Universiti semua. 


mgkin betul la depa kata,, upu ni apa yang kita nak memang kena letak paling last

Tuesday, 24 May 2016

Indila

Assalamualaikum
         
       Heyya folks Heeyyy, tadi aku buat sesi-sesi throwback kejap jadi aku pergi lah bukak balik posts yang aku dah tulis 2-3 tahun sebelumnya. Mak aii. Is that me? Too childish ahahaha. Tapi nak delete sayang. Biarjelah. Aku redha korang nak kutuk pun kutuk ah. Redha dah ni. ;p, oke biarkan. nak tanya ni, korang ada tak habit suka dengar lagu? eh, aku rasa semua orang suka dengar lagu kut hehe cuma genre je lain-lain kan? hari ni aku nak introduce seorang penyanyi diterbangkan khas dari Perancis wakakaka. Nama pentasnya Indila atau nama sebenarnya ialah Adila Sedraïa. Seorang penyanyi Perancis yang berketurunan kemboja, mesir dan india. Aku tak sure apa religion dia tapi dalam instagram beliau dia ada wish ucapan selamat hari raya hahaha. entah. nevermind. So this her taddaa.


aku suka tengok muka dia, manis gittuw. kan! 

Suara? Pergh aku tak tau nak describe suara dia macam mana tapi memang best. Dia ni penyanyi baru kut sebab baru ada 1 album yang dikeluarkan. Tajuk album tu Mini World. Try la dengar. Ada banyak and kesemuanya favourite akuu. Tak faham tapi sedap dengar sampaikan aku terjangkit-jangkit dengan lagu French yang lain. Rupanya sedap jugak bahasa French ni, sebutan pun nak kata payah, tak jugak. wakaka (perasan, padahal tergeliat lidah nak ke follow flow lagu tu), 

Antara lagu Indila yang paling aku suka dengar 
  • S.O.S
  • Dernière Danse
  • Tourner Dans Le Vide
  • Comme Un Bateau
  • Boîte En Argent 
  • Mini World
  • Ego
  • Tu Ne m'entends Pas
  • Feuille d'automne
  • Ainsi Bas La Vida
  • Run Run
  • Love Story
  • Dan lagu-lagu dia yang lain ;p
Nah try la dengar lagu S.O.S ni muehehehe



aku pun tak tau macam mana boleh terminat. catchy kot.

oh ya lupa. Kalau dengar lagu S.O.S kat atas tu, ada 4 lagi video perlu didengar (tak dgr pon takpa haha) dimana kalau gabungkan video lagu ni ibarat menjadi sebuah cerita la. Daripada video pertama, Darniere Danse, Tourner Dans La Vide, S.O.S dan last sekali Love Story ;p

Wednesday, 4 May 2016

Kolej Matrikulasi Kelantan

Assalamualaikum

       Hai peeps. Acecee akhirnya pada tanggal 26/4/2016 aku bergelar jugak bekas pelajar matrikulasi sesi 2015/16. Kepada adik-adik yang mohon matrikulasi, keputusan Matrikulasi dan keluarkan? Macam mana? Dah fikir nak masuk tak? Mesti sekarang tengah duk fikir nak sambung mana kan? Macam aku tahun lepas laa. Lepas dapat result terus pergi survey Universiti mana yang menepati citarasa hati ni (tapi sekarang baru sedar watpa nak tengok U mana yang menepati hati, orang pilihlah ikut course yang kita nak T_T). Masa tu tak terfikir langsung pasal matrik. Tersangatlah choice yang paling bawah. Dulu aku dapat Upu course Diploma Analisis Pelaburan yang mana aku tak beberapa berkenan. Kebetulan aku dapat tawaran untuk sambung ke Matrikulasi Kelantan jurusan Perakaunan. Masa tu aku dah tak fikir apa-apa sebab dapat upu pon course tak minat, politeknik tak mintak. Jadi matrik ni penyelamat terakhir aku untuk aku kekal dalam accountancy course. hehe! jadi pada 24/5/2015 bermulalah detik aku sebagai pelajar matrikulasi. berdebar? kecut perut? takut? tu semua normal. hee~


jadi adakah awak-awak ni bakal pelajar di matrik?
kalau iya teruskan kalau bukan pun takpe dipersilakan untuk baca ;)

Kalau nak tahu Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) ni tak ada program dua tahun jadi semua pelajar sama umur dan diberi masa selama 10 bulan je untuk belajar sebelum sambung ke peringkat lebih tinggi. Tak sampai setahun pun awak. :3 nama je program satu tahun (PST) tapi dengar cite yang start tahun depan setahun setengah eh?. Okay, dah2. Bulan 6 nanti korang akan masuk kan? kalau matrik bulan 6 nanti. Kalau Upu mungkin lewat sikit. ;) (rasanya setahun je, tak jadi kan yang setahun setengah tu)

Jadi soalan yang biasa aku dengar, Matrik ni susah ke?
Emm, nak kata susah tak jugak, nak kata senang pun tak juga. Belajar kan? mana ada yang senang haha. Tapi eh eh jangan down dulu. Aku cuma kata je, matrik ni sebenarnya tak sesukar yang dikhabarkan orang ramai. Aku dulu pon takut tapi lepas dah merasai sendiri sebenarnya tak la seteruk yang dikhabarkan. Life dekat sini enjoyable, no, actually sangat best. Sangat berbeza dengan sekolah dan berbeza dengan universiti dimana kalau sekolah ada guidance daripada cikgu and universiti, well yyou know, total independent. Kalau sambung STPM korang masih terikat dengan budaya persekolahan, tapi tak teruk mana pon kan? Sekarang aku rindu zaman sekolah sobs sobs. Kalau dekat sini korang half independent half not. Depends on lecturer masing2. 

Jurusan Perakaunan ni susah tak? Sains?
Okay aku cerita mengenai jurusan perakaunan dulu ye sebab aku aliran perakauanan. As an accountancy student. Kehidupan kitorang tak sesukar kehidupan budak pure sains. Aliran perakaunan terbahagi kepada 4 subjek wajib iaitu

  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniaagaan ( Business Management )
  • Mikroekonomi/Makroekonomi
  • Maths for Accounting

So, ni la subjek korang yang korang kena fokus betul-betul untuk dapatkan 4flat. Kalau perakaunan dia lebih menjerumus kepada form 4/5 untuk kedua-dua sem. Tapi bagi aku yang sem 1 punya lagi senang. hehe. tapi sem 2 tak payah mana pun. Untuk sains student yang tukar ke bidang perakaunan. Most of them boleh survive sebab account memang senang kot? ke diorang memang kepala mudah faham entah lah haha. Bagi akulah subjek yang paling sukar sedikit ekonomi sebab aku memang dalam mindset aku subjek ni susah kot haha walhal tak la sesukar mana. Business dan Maths boleh dikatakan subjek yang agak sederhana. kalau korang ambik perdagangan time form 4/5 korang belajar benda sama je dalam business management cuma lagi details. dan untuk maths, belajar macam add maths, sem 1 memang 90% pure add maths, dan sem 2 baru masuk maths in finance. Tapi masih mengekalkan adat add maths for those yang lemah add maths time SPM, jangan bimbang! okay actually kan dulu time SPM add maths aku selalu between failed atau cukup2 makan je haha, tapi masuk matrik, I manage utk dpt A dalam subjek maths yang aku cakap almost 90% covered add maths dan Akaun paling senang. Sebab apa aku boleh kata Akaun senang? sebab majoriti dapat A waktu exam. Aku dikhabarkan bermula sesi depan akaun in English? mungkin. Jangan nangis dulu, haha sebenarnya korang lagi untung sebab masuk U nanti belajar English jugak. Kalau dah latih dari awal-awal lagi senang kan?  

Okay kalau Jurusan Sains pulak aku kurang sikit tapi roomates aku semua sains. Sains terbahagi kepada 3 pulak :

  • Modul 1 ( Biologi, Fizik, Kimia, Maths )
  • Modul 2 ( Fizik, Kimia, Science Comp, Maths )
  • Modul 3 ( Biologi, Kimia, Science Comp, Maths )
Kawan cakap kalau ambil modul 2 memang dimonopoli oleh lelaki mungkin sebab course ni lebih tertumpu untuk melahirkan bakal-bakal engineer dan saintis. Modul 1 dengan modul 3 lebih dimonopoli oleh perempuan sebab ada biologi eh? kena membaca? eh? lelaki tak suka membaca eh? haha entah. Mungkin la. Tak ambik kisah sangat. Kalau berdasarkan roommates akulah ( modul 2, dan modul 1) modul 2 ni nampak macam relax gak, kadang-kadang aku pulak yang nampak banyak kerja yang kena settlekan haha. Tapi yang modul 1 tu nampak busy sikit. Tapi sebusy-busy pon jangan sampai stress ye, Kawan aku ni pandai, at least dia tengok movie, layan youtube untuk releasekan tension. Rumet aku tak la sampai stay up memalam untuk study tapi rumet orang lain ada haha. And aku ada kenal sorang student modul 1 yang tak tidur sampai 2 hari untuk study tapi berbaloi sebab at least dapat 4flat haha. cuma bagi aku cara tu cara yang paling bawah. tak elok la tak tidur sampai mengantuk susah nak bangun dan akhirnya ponteng kelas. Lecturer ni kadang-kadang ada tau yang terasa hati disebabkan tak hadir ke lecture diorang.


Elaun yang dapat setiap bulan korang rasa cukup tak?
Okay so ni memang semua tau kan masuk matrik memang dapat elaun setiap bulan RM250. Tapi bagi aku memang TAK CUKUP! tambah2 dengan makanan yang disediakan dekat cafe haha tapi kadang-kadang rasa malu jgk nak mintak dengan parents, siblings jadi terpaksalah makan maggi dan pandai-pandailah korang jimat. Yang duduk dekat dengan kolej tu biasa mak mesti hantar makanan kongsi la dengan rumet2 xP . jimat poket kami yang jauh daripada mak ni ehehe. Tapi actually ni semua atas orang, aku ni macam jenis boros haha. Mungkin tu faktor yang jadi tak cukup tu xD


Jadual Pembelajaran?
Em, jujur, aku student akaun dan jadual aku tak sepack jadual budak sains. Cuma hari Ahad aku balik pukul 4. Hari lain pukul 3 dan hari Khamis semua students balik pukul 1. Kalau bebudak sains. Setiap hari pukul 4-5 tu normal. Yang tak normal bila depa-depa ni pukul 2-3 dah takde kelas. haha tu lecturer diorang cancel kelas lettuu. tapi tak la full kelas tu dari pukul 8 ke pukul 5. ada gap kadang-kadang 2 jam. gitula.


Release Tension?
Haa yang ni aku terror, haha aku bukan study sangat pun, jenis yang tak hadap buku selalu la. Aku kalau nak release tension aku punya port hari khamis dengan jumaat ah. Pukul 8 malam berkumpul dengan sahabat handai aku dalam bilik tv dan yeaahhhh. Tengok la tv pepuas dah esokkan tu cuti kan. hahaha pernah satu hari tu kitorang tido dalam bilik tv terus, kawan-kawan aku ambikkan selimut bantal habis diorang punggah dari bilik diorang. Padahal larangan keras kot tido dalam bilik tu. kihkih. kiranya aku ni bukan jenis yang straight sgt dengan rules okay ;p. Selain tu, baca novel since our library dah terlampau banyak novel daripada buku rujukan hahaha. Korang nak buku prima ke, kaki novel ke, alaf 21 ke, penulisan2u ke semua ada. Buku novel Nicholas Sparks pun ada. Saya Sebenarnya Isteri Dia pun ada. haish. betul-betul juling mata aku kalau gi bahagian novel ni. Lagi? jogging. korang boleh gi jogging naik bukit, bawa basikal keliling matrik. Pergi main gym, badminton.. Matrik pon ada kemudahan wifi jadi korang bosan-bosan boleh main instagram, facebook, whatsapp dll. Selfie pun termasukkkkk. Korang kan suka selfie hahahaha. (tapi apa yang aku cakap ni berdasarkan pengalaman dekat matrik kelantan, im not sure about another matriculation facilities)

Lecturer?
Dekat matrik lecturer ni umpama mak/ayah angkat. Kalau yang muda sikit macam kakak/abang angkat wah3. Seronok, kadang-kadang boleh buat macam kawan, Tapi jangan over sangat hahaha. lecturer ni kekadang dalam tutor atau kuliah depa garang tapi kat luar lembut wehhh..Jadi jangan cepat-cepat buat telahan awal lecturer ni garanglah, tulah nilah. hehe kalau depa tak garang korang pulak yang pijak kepala diorang nanti kan2. Dan yang paling terharu bila lecturer sanggup tolong students untuk fahamkan subjek yang diajar, kekadang usaha diorang lagi kuat berbanding kita tau. Lecturer sanggup bertungkus-lumus buatkan soalan extra untuk kita, sediakan makanan sebab makanan ni salah satu cara untuk umpan pelajar datang kemeja diorang. Kuihlah, coklat, jeruk, kek, apalagi, macam-macam ada. Jadi hargailah merekaa. Nanti rindu sumpah. Kalau kita tak lepas kuiz, madam jugaklah yang tolong kita, diorang re-quizkan balik. Baik sangat

Sekarang aku dah habis. Rindu? Perasaan tu wajib. 2 minggu sebelum keluar matrik lagi aku dah rasa. Dulu selalu jugak kata tak sabarnya nak habiskan matrik. Tup-tup bila habis rindu gila-gilaa. Honestly, aku cakap. Perasaan ni tak ada tau masa habis sekolah menengah dulu. Hahah.. Okay peeps. that's all.








p/s ramai yang duk confuse kan nak pilih diploma ke matrikulasi. For me both ada kelebihan masing-masing. Tapi yang paling penting jangan lihat kemegahan institute tersebut, tengok kos yang ditawarkan dan selidik terlebih dahulu okay? For muslims, better buat istikharah. In sha Allah tak kira apa pun yang kita pilih, semoga memberi manfaat dunia akhirat. :).

Ada soalan boleh drop your question below! ;)
p/s - tak pun email je, cthanifah231@gmail.com utk fast reply sebab skrg dah jarang sgt buka blog. hihi

Monday, 1 February 2016

It is 2016!!!

Assalamualaikum.

Hee lama tak update. Sebenarnya tak de masa dan wifi dekat kolej tersangatlah "laju" sampaikan kadang-kadang nak send message dekat whatsapp tu, hantar pagi petang tu baru sampai. Ni boleh update ni sebab balik lah ni. 

Aku tak sangka tahun ni dah 2016. Lahaaaiii sekejapnya masa aku rasa baru je habis SPM. ni dah tak lama lagi aku dah habis kolej dah. tinggal 2 bulan lebih je lagi. In sha Allah. :( sedihnyaaaa. 

Happy 2016 guys and gals :)
semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni ye. :) Biidznillah ;)