Sekarang ni bukan masa yang kejar aku, tapi aku yang kena kejar masa. Aku dah masuk semester 5 degree, tinggal 3 semester lagi. Serasa baru semalam weh update blog pasal nak daftar masuk degree. tup tap tup tap dah sem 5. lawak apakah ini ahhahahaha
kelas pon dah start, tapi azam takda weh, hilang pi mana tah. cuti 3 bulan, jasad ja dekat uni, hati kat rumah lagi hmmm
tambah-tambah sem ni kena pulak ada dua subjek yang lecturer sama, lecturer tu punya style seronok tapi ma sha Allahh, aktiviti dalam kelas macam macammm,
macam pagi tadi kena berlakon. aku dahlah jenis tak perform sgt dlm kelas. malu gila tp buat muka tebal dan buat jelah sekadar yang mampu
kalau time kena duduk depan kelas, akan tiba-tiba terngiang kata abg aku sbb aku pernah tny macam mana tak nak bg malu atau nervous bila time nak present ka, apa ka depan kelas
abg aku cakap, buat je, diorang tak ingat dah lepas tu. bukan lepas balik tu diorang cakap pasal kita, banyak benda lain lagi nak kena fikir. jadi malu kejap je. aku pon fikir balik, betul jgk kennnn
tapii still malu laa walaupun dh kurang nervous. tapi lagi okay la daripada sebelum ni, sebelum ni aku lagi ketar-ketar duk depan tak kira la presentation ka apa ka hahahhaa, aku redha :').
semoga sem-sem mendatang dipermudah urusan. in sha Allah aamiin :))


No comments:
Post a Comment