Sunday, 30 December 2018

Tahun Baru! 2019

Assalamualaikum,

Sebagaimana yang kita tahu, tahun 2018 sudah hampir melabuhkan tirainya, dan kita dah di ambang tahun 2019. Lagi 1 hari sebelum masuk tahun baru. Macam mana azam tahun ni? Tercapai belum? hahahaha. Aku tak pernah ada azam, kalau ada pon azam tu macam hangat-hangat tahi ayam je. Azam tahun 2019? Em tak fikir lagi, tapi hopefully semoga tahun 2019 ni kita jadi orang yang lagi matang dan better than sebelumnya.

Sebagai seorang pelajar universiti, awal tahun juga kami sambut dengan satu jenis 'perayaan' tau, nama dia final exams. Ni antara perayaan yang aku paling tak suka hahaha tapi nak tak nak kena la hadap jugak. Final exams aku mula 2hb Jan ni sampai 11hb. Macam biasa, aku dengan study last minute berpisah tiada. Tiap kali aku tobat (taubat) taknak dah buat perangai macam ni, tiap2 sem jugalah aku buat menda ni. heii perangai apa niiii

gayanya macam ni la aku 2 minggu ni. matila nak.

apapun, tahun 2018 ni tahun yang banyak suka dan duka. penglipur lara. eh tiber. tak kiralah tahun kita banyak suka dan duka ke, macam mana ke. tulah hidup. kita kena move on! move on! 

sebab nama pun hidup kalau tak ada perencah kehidupan, bosan juga kan. kadang-kadang kita kena tau mcm mana rasanya bila ddk dekat bawah ni. baru kita tak sombong, kita pon akan matang. bila orang cakap hidup kena ceria selalu, bagi aku kadang-kadang sedih tu pon perlu. Sebab tipulah kalau cakap sometimes, kita tak rasa sedih kan, ceria tu boleh, tapi ada sebab Allah ciptakan perasaan sedih juga. betul tak?

doakan saya dipermudahkan urusan nak jawab exam nanti, bitaufiq wannajah kepada semua kawan-kawan yang nak hadap final exams tuh. Semoga kejayaan mengiringi korang. Semoga tahun 2019 jadi tahun yang membuatkan kita lebih baik dan lebih bersikap rendah diri dan matang dalam membuat keputusan. In sha Allah, aamiin. 

Pesanan ringkas;
kita sangka yang kita semakin berumur, bila setahun demi setahun berlalu, umur kita mungkin bertambah dari segi angka. Tapi sebenarnya umur kita semakin berkurang, dan kita sebenarnya lagi mendekati hari kebenaran. semoga kita semua dipermudahkan segalanya. In sha Allah



No comments: