Friday, 14 September 2018

semester baru tapi semangat kelaut

Sekarang ni bukan masa yang kejar aku, tapi aku yang kena kejar masa. Aku dah masuk semester 5 degree, tinggal 3 semester lagi. Serasa baru semalam weh update blog pasal nak daftar masuk degree. tup tap tup tap dah sem 5. lawak apakah ini ahhahahaha


kelas pon dah start, tapi azam takda weh, hilang pi mana tah. cuti 3 bulan, jasad ja dekat uni, hati kat rumah lagi hmmm

tambah-tambah sem ni kena pulak ada dua subjek yang lecturer sama, lecturer tu punya style seronok tapi ma sha Allahh, aktiviti dalam kelas macam macammm,

macam pagi tadi kena berlakon. aku dahlah jenis tak perform sgt dlm kelas. malu gila tp buat muka tebal dan buat jelah sekadar yang mampu

kalau time kena duduk depan kelas, akan tiba-tiba terngiang kata abg aku sbb aku pernah tny macam mana tak nak bg malu atau nervous bila time nak present ka, apa ka depan kelas

abg aku cakap, buat je, diorang tak ingat dah lepas tu. bukan lepas balik tu diorang cakap pasal kita, banyak benda lain lagi nak kena fikir. jadi malu kejap je. aku pon fikir balik, betul jgk kennnn

tapii still malu laa walaupun dh kurang nervous. tapi lagi okay la daripada sebelum ni, sebelum ni aku lagi ketar-ketar duk depan tak kira la presentation ka apa ka hahahhaa, aku redha :').

semoga sem-sem mendatang dipermudah urusan. in sha Allah aamiin :))


Saturday, 1 September 2018

Belajar melukis??

Assalamualaikum,

Siapa minat melukis? Angkat tangannnnnn yay! Kita geng! Walaupun aku bukanlah datang dari bidang lukisan atau pelajar jurusan seni, keluarga bukannya orang berseni, tak ada latar berlakang seni pun yang mengalir dalam darah ni. Tapi tak jadi halangan utk aku minat melukis Cewah ayat 


Aku minat melukis sejak aku umur 16, sebenarnya dah agak tua tapi tak ada istilah tua untuk mulakan belajar. Aku mostly "self-taught

Semangat tu semangat, tapi tak ada basic skill lagi masa ni!! so macam mana?? lukis orang lidi pon tak lepas lagi masa nii

Tapi its okay belum cuba belum tahu, bagi akulah, nak melukis ni kena banyak bersabar

Melukis ni kena sabar, sebab hasilnya tak akan keluar dalam masa sehari, sebulan bahkan setahun! korang kena teruskan berlatih, cara shading etc. Macam aku ni, aku tak motivated sangat untuk praktis lukis hari-hari sebab aku bukan jenis penyabar sgt. Bila aku dah start buat tu aku rasa nak perfect je, tibe rasa bila lukis rose, aku nak rose tu sebijik macam gambar rose yang aku rujuk, tak sedar diri kot yang masa tu aku masih pangkat newbie (sekarang tak pandai mana jg hehehe), kelakar juga bila igt balik. Tapi mungkin atas kemahiran dan kesungguhan masing-masing, kalau rajin, dalam beberapa bulan pon dah boleh pro ;)



antara lukisan tahun 2014, tingkatan 5. Buku banyak hilang, yang ni je jumpa

Practice makes perfect

Kalau macam aku ni, takde basic, sangatlah hodoh masa mula-mula melukis tu mcm gmbar2 di atas, Allahu. Tak tau gaya apa. Ada juga waktu aku putus asa, aku berhenti jap melukis. Aku tak lukis banyak pon dalam sebulan tu, ada la dalam dua tiga kali. Tapi bila dah banyak kali melukis aku dah terbiasa. Masa ini kita sedar yang lukisan sebelum ni mungkin x cantik macam yang kita nak la, tp it keeps getting better and better;)

Banyak tengok tutorial dekat youtube

Instagram, youtube aku suka follow sesiapa je yang pandai melukis, dalam masa aku rasa kagum, aku jgk jadikan diorang ni sebagai pembakar semangat. Siapa minat lukis mesti rasa takjub dengan orang yang pandai melukis ni kan? Dalam apa-apa course la. Mesti akan rasa kagum dengan orang yang lagi berkemahiran daripada kita.

Ni antara hasil hasil sekarang, dah 5 tahun lebih praktis, Sekarang dalam setahun tu dalam 3-4 lukisan je aku buat. 



Banyak lagi kena improve ;)


masih dalam proses pembelajaran, cuma aku belajar lagi lambat daripada orang lain sebab tak selalu praktis. Tapi kebanyakkan lukisan aku mcm gmbr kat atas, tak lukis sampai habis!! 

.....



Thursday, 4 January 2018

Selamat Tahun Baru 2018!

Assalamualaikum

Tahun baru orang kata azam baru. Betul ke? Azam aku sama je setiap tahun hehe. Selamat ulang tahun ke 7 kepada blog ni, tak sangka dah 7 tahun hehe.


tahun ni aku sambut tahun baru dengan final exams. Esok first paper tapi selamba je update blog haha. Lagi berbaki 11 hari sebelum habis semester 3. Dah nak masuk semester 4 pun. haha. Apapun semoga berjaya kepada aku dan sahabat-sahabat aku yang akan menduduki finals jugak. Juga kepada semua yang tengah bertungkus lumus final sekarang. Bitaufiq wannajah!