Saturday, 1 September 2018

Belajar melukis??

Assalamualaikum,

Siapa minat melukis? Angkat tangannnnnn yay! Kita geng! Walaupun aku bukanlah datang dari bidang lukisan atau pelajar jurusan seni, keluarga bukannya orang berseni, tak ada latar berlakang seni pun yang mengalir dalam darah ni. Tapi tak jadi halangan utk aku minat melukis Cewah ayat 


Aku minat melukis sejak aku umur 16, sebenarnya dah agak tua tapi tak ada istilah tua untuk mulakan belajar. Aku mostly "self-taught

Semangat tu semangat, tapi tak ada basic skill lagi masa ni!! so macam mana?? lukis orang lidi pon tak lepas lagi masa nii

Tapi its okay belum cuba belum tahu, bagi akulah, nak melukis ni kena banyak bersabar

Melukis ni kena sabar, sebab hasilnya tak akan keluar dalam masa sehari, sebulan bahkan setahun! korang kena teruskan berlatih, cara shading etc. Macam aku ni, aku tak motivated sangat untuk praktis lukis hari-hari sebab aku bukan jenis penyabar sgt. Bila aku dah start buat tu aku rasa nak perfect je, tibe rasa bila lukis rose, aku nak rose tu sebijik macam gambar rose yang aku rujuk, tak sedar diri kot yang masa tu aku masih pangkat newbie (sekarang tak pandai mana jg hehehe), kelakar juga bila igt balik. Tapi mungkin atas kemahiran dan kesungguhan masing-masing, kalau rajin, dalam beberapa bulan pon dah boleh pro ;)



antara lukisan tahun 2014, tingkatan 5. Buku banyak hilang, yang ni je jumpa

Practice makes perfect

Kalau macam aku ni, takde basic, sangatlah hodoh masa mula-mula melukis tu mcm gmbar2 di atas, Allahu. Tak tau gaya apa. Ada juga waktu aku putus asa, aku berhenti jap melukis. Aku tak lukis banyak pon dalam sebulan tu, ada la dalam dua tiga kali. Tapi bila dah banyak kali melukis aku dah terbiasa. Masa ini kita sedar yang lukisan sebelum ni mungkin x cantik macam yang kita nak la, tp it keeps getting better and better;)

Banyak tengok tutorial dekat youtube

Instagram, youtube aku suka follow sesiapa je yang pandai melukis, dalam masa aku rasa kagum, aku jgk jadikan diorang ni sebagai pembakar semangat. Siapa minat lukis mesti rasa takjub dengan orang yang pandai melukis ni kan? Dalam apa-apa course la. Mesti akan rasa kagum dengan orang yang lagi berkemahiran daripada kita.

Ni antara hasil hasil sekarang, dah 5 tahun lebih praktis, Sekarang dalam setahun tu dalam 3-4 lukisan je aku buat. 



Banyak lagi kena improve ;)


masih dalam proses pembelajaran, cuma aku belajar lagi lambat daripada orang lain sebab tak selalu praktis. Tapi kebanyakkan lukisan aku mcm gmbr kat atas, tak lukis sampai habis!! 

.....



Thursday, 4 January 2018

Selamat Tahun Baru 2018!

Assalamualaikum

Tahun baru orang kata azam baru. Betul ke? Azam aku sama je setiap tahun hehe. Selamat ulang tahun ke 7 kepada blog ni, tak sangka dah 7 tahun hehe.


tahun ni aku sambut tahun baru dengan final exams. Esok first paper tapi selamba je update blog haha. Lagi berbaki 11 hari sebelum habis semester 3. Dah nak masuk semester 4 pun. haha. Apapun semoga berjaya kepada aku dan sahabat-sahabat aku yang akan menduduki finals jugak. Juga kepada semua yang tengah bertungkus lumus final sekarang. Bitaufiq wannajah! 

Thursday, 28 December 2017

[Review] Star Wars : The Last Jedi & Jumanji : Welcome to the Jungle

Assalamualaikum gais :)

Dah lama tinggal blog since post yang terakhir. Rasanya dalam 6 bulan juga kot. Untuk menghidupkan balik blog ni yang rasanya memang dah nazak dah pon. My blog has no touches at all.
I nak review these 2 movies yang menjadi bualan ramai ni pada bulan ni. The Last Jedi and Jumanjiiiiii!

Have you gais seen it? These 2 were really worth the money! 

Untuk The Last Jedi I gave 10/10



Sejujurnya, I am not a star wars fanatic. But the last jedi deserved a big recognition from me! it was actually better than the force awakens since Luke Skywalker played a kinda major role in it. Then there were these Rey and Ren thing which people were kinda ship for but you know *whispering* it would not be called a movie if there was no shipping thing like this involved right? shhh* jadi sepanjang movie the last jedi ini dipaparkan, memang takde scene yang boleh buat u gais mengantuk unless you are not into star wars movie ;) fighting scenes banyak! the graphic, which u gais knew already, absolutely stunning. how they dominated your mind untuk terus berfikir how this, how that  haha. Don't worry I won't spoil to the detail. But the supreme leader deserved that! 
.
.
nahh ambik ni, this is the cutest thing in star wars viii

Anyway we have to keep waiting for another 2 years for Star Wars IX that would be released in 2019 the earliest. Sebab masih tergantung who's Rey's parents and Ren is still teguh with his dark side. I remember the day I finished watching the Force Awakens and counting days to watch the Last Jedi. The loop is happening again x)

Untuk Jumanji : Welcome to the Jungle I gave 10/10


One word, best! tapi lagi sejujurnya I only enjoyed the scene when they sucked into the game, hehe. the beginning in real world tu agak bosan. Mungkin bagi aku je kot. Tapi it was not that long to wait until the main characters bertukar jadi watak dalam game tu. movie dia memang dari awal sampai akhir mostly lawak memanjang. 

keempat-empat diberi kelebihan masing2 mengikut chars yang dipilih

dalam keempat-empat watak tu, dwayne johnson macam serius sikit, 3 yang lain tu memang lawak habis haha. tak rugi kalau beli tiket jumanji, lagi worth if you watch it in 3D. kalau jenis layan movie mmg kualiti penting la kan. :D jumanji ni lain sikit daripada jumanji yang tahun 1995 tu, ada orang kata better letak tajuk lain selain jumanji sebab concept dia dah lari. cuma boleh lihat kesamaan dia masa beginning dgn ending jelah. but totally absolutely worth your money .