Monday, 20 February 2017

Homesick

Assalamualaikum

      Bila nak ceritakan pasal homesick ni, rasanya semua yang pernah berjauhan daripada mak ayah confirm lalui perasaan ni kot. Homesick rindu rumah, rindu tilam katil rindu mak ayah, rindu masakan mak, rindu adik beradik tu antara angkatan2 homesick lah tu. Tapi rasanya definisi paling sesuai bagi homesick ialah rindu mak ayah bila berjauhan daripada  mereka :'( Betul tak?


      Perasan tak bila mak ayah datang melawat korang di asrama ke kolej ke terus hilang homesick tu. tapi bila mak ayah nak balik semula ke rumah, terus rasa sebak dada, rasa macam nak ikot mak ayah detik tu jugak. rasa macam tak nak lah belajar nak duduk rumah je dengan mak ayah. Nak balikk, nanti balik aku nak tolong mak ayah buat apa yang  patut ( tapi bila balik buat tak ni? )

      Aku mula merasai detik2 manis homesick ni waktu form 1. Sekolah tu asalnya aku tak duduk asrama pon, tapi disebabkan kawan gatal ajak aku, aku pon rela hati dan dengan confidentnya rasa yang aku mampu duduk asrama. Tup tup seminggu lepas tu aku demam, menangis gila-gila masa tu tak nak balik asrama, kemudian muncullah khabar gembira bila ayah aku kata "keluarlah asrama tu kalau taknak sgt" aku rasa ayah aku saja2 je bgtau macamtu tapi aku ambik serius kot sampai aku rasa demam aku pon mcm dah hilang skjp haha. 2 hari kemudian aku dah heboh la ni bagitau kawan nak keluar asrama sambil packing barang2 nak keluar *acah*. Ramai jgk kawan aku tak bg aku keluar tapi aku degil jugak. Bila kereta ayah sampai dan nak ambik aku tetiba ayah aku tanya "eh barang ni kenapa byk sgt?" then aku pon bgtau "nak keluar asrama" (muka selamba) tapi sejurus kemudian air muka ayah aku berubah dan ayah aku mula potpetpotpet dan menitis-nitislah air mata aku sebab ingatkan kena punggah balik barang tu masuk hostel. tup tup lagi skali ayah aku kata "buat masuk semua dalam kereta" masa ni aku punggah barang seorang mgkin sbb ayah aku masih marah dkt aku kot hehe, duit dah byk kot habis beli brg hostel tiba2 keluar. tapi aku tak kisah asalkan boleh keluar asrama aku rela angkat beg sorg diri. bukan byk pon aahaha ;p 

p/s: tak baik tau susahkan ayah. selfish betul aku masa ni 

        Maka selama 5 tahun alam persekolahan tak pernah aku nak stay semula di asrama. Aku dengan kawan aku sorang ni bila sebut asrama je terus muka berubah. Kira fobia dia teruklah masa tu, padahal kalau ddk asrama paling lama 2 minggu je x balik. lepas tu baliklah. entah. apa aku fikir tah masa tu.

       Nak tak nak lepas form 5 mestilah sambung belajar kan, takkan nak jadi penganggur hiks. Taklah, actually sbb aku mmg nak sambung belajar. Bergantung atas kemahuan masing2 nak sambung atau tak. Rezeki masing2 Allah dah tetapkan kan. Sebulan lepas dapat result SPM, aku dapat tawaran sambung belajar dekat Kolej Matrikulasi Kelantan dengan Diploma di UiTM kampus dungun which is about 20 minutes away from my home (dekat gila kan ) tapi kos pulak macam tak beberapa bes, kos diploma analisis pelaburan. Jadi aku pilih Matrik di Kelantan, masa ni aku dah tak beberapa nak homesick. Kiranya walaupun 5 tahun tak pernah duduk jauh2. Tapi Alhamdulillah, my matriculation life went so so well!



Selesai program matrikulasi, menganggur selama 5 bulan dan seterusnya ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat Degree ( which is now and currently in semester 2 ). Tp menjadi2 pulak homesick sejak duduk sini HAHA. Mungkin homesick ni antara penyakit yang tiada ubatnya kecuali kita boleh kurangkan dengan sibukkan diri bersama kawan2, atau join mana2 aktiviti2. kannnn. Tapi nak bagitau certain orang shj homesick sbb aku ada kawan yang entah, siap tak nak balik cuti mid sem kekeke. Hati sado takpelah. Aku hati tisu. Aku tiap kali ada cuti pon aku balik.

Friday, 13 January 2017

2017 Already!?

Assalamualaikum
Pejam celik pejam celik dah masuk 2017! Ma sha Allah tak sedar langsung masa berjalan kan! Sedar tak sedar aku pon dah habis semester 1. Lagi 7 semester to go  In sha Allah, doakan dipermudahkan segala urusan!
Banyak nak cerita sebenarnya! Tapi as for now my laptop rosak! Need to buy a new laptop. Sayang sebenarnya since Ive been using the old one since I was 16. Jadi tak boleh update blog la utk seketika hiks. Nipun guna alternative lain (fon) Tp in sha Allah soon!. Sebab I created this blog purposely just for fun and as my open diary *kononlah* tak sangkalah pulak sampai dah berumur 6 tahun ye blog ni . How time flies.
Happy New Year!

Friday, 18 November 2016

Amalan Islam Yang Dilupakan

Islam itu dagang dan akan kembali dagang. Islam itu datangnya membawa perbezaan dan kalau Islam itu diamalkan kembali, ia juga akan membawa perbezaan. Islam itu lain daripada yang lalin. Ketika awalnya dahulu, Islam itu terpinggir, jauh tersisih dari carahidup orang-orang Arab jahiliah. Di akhir zaman juga ia terpinggir. Cara hidup Islam yang sebenar jauh tersisih dari cara hidup umat Islam di zaman jahiliah moden ini.

Al-Quran itu dinamakan Al furqan atau "yang membezakan". Siapa yang mengamalkan Al Quran, cara hidupnya akan berbeza dengan orang yang tidak mengamalkan Al Quran. Siapa yang banyak meninggalkan Al Quran, maka Islamnya tidak syumul.

Sendi-sendi kehidupan umat Islam kini sudah terlalu banyak yang rosak. Sudah tidak kelihatan lagi cirri-ciri dana amalan Islam di dalam kehidupan umat Islam. Banyak daripada amalan umat Islam telah dilupa dan ditinggalkan. Ia telah digantikan dengan amalan-amalan yang ditiru dan diciplak dari amalan para penjajah, orang-orang Barat, Yahudi dan Nasrani.

Di zaman Rasulullah  dan para Sahabat, kalau diibaratkan ilmu Islam itu ada sepuluh, amalan umat Islam juga ada sepuluh. Sebab itu Islam ketika itu syumul dan terlaksana di semua bidang kehidupan. Pada zaman Tabiut Tabi'in, ilmu Islam tetap ada sepuluh tetapi amalannya sudah kurang menjadi sembilan. Ketika itu Islam masih lagi kelihatan syumul. Pada zaman 300 tahun hingga membawa kepada 700 tahun umur Islam, iaitu di kala mana empayar Islam masih wujud, amalan Islam terus berkurangan walaupun ilmunya tetap sepuluh.

Pada era selepas 700 tahun hingga sekarang ini iaitu di kala mana empayar Islam telah runtuh dan umat Islam mula dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, semakin banyak amalan dan cara hidup Islam ditinggalkandan diganti dengan amalan-amalan dan cara hidup penjajah. Sekarang ini, tidak salah kalau kita angarkan bahawa nisbah amalan Islam hanya tinggal satu walhal ilmunya tetap sepuluh, sama seperti zaman Rasulullah  dahulu. Islu Islam tidak rosak. Ilimu Islam tidak berkurangan. Ilmu Islam tidak susut. Yang menjadi kurang, menjadi susut dan yang rosak adalah amalannya yang sudah banyak ditinggalkan dan dilupakan umat Islam. Maka terbuktilah kebenaran firman Allah yang bermaksud:

" Dan sekali-kali tidak akan redha kaum Yahudi dan Kristian itu kepada engkau (Ya Muhammad) selagi kamu tidak mengikuti cara hidup mereka."

Amalan yang tinggal di waktu ini hanyalah apa yang termaktub di dalam rukun Islam. Itu pun kerana ianya dijadikan rukun. Kalau tidak, mungkin amalan-amalan tersebut dilupakan juga. Amalan-amalan yang menjadi rukun ini kalau tidak diyakini dan diamalkan, maka akan terjejas keimanan. Justeru itu, masih ada umat Islam yang bersolat, walaupun ramai sudah tidak bersolat atau tidak tahu bagaimana hendak bersolat. Masih ada orang Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan. Masih ada umat Islam yang membayar zakat dan masih ada yang menunaikan haji. Amalan-amalan yang lain yang tidak merupakan rukun, hamper kesemuanya sudah lenyap ditelan zaman.

Itu sebab Islam di zaman ini tidak syumul lagi. Itu sebab orang Islam tidak banyak bezanya dengan orang bukan Islam. itu sebab umat Islam sudah hilang identity mereka. Kecantikan dan keindahan Islam sudah tidak dapat dilihat lagi. Keselamatan dan kesejahteraan yang dijanjikan oleh Islam tidak dapat dirasakan lagi. Umat Islam berpecah belah. Akhlak dan moral umat Islam runtuh menyapu bumi. Masyarakat umat Islam kucar-kacir. Ekonomi umat Islam mundur. Itu sebab juga umat Islam tidak dihormati dan digeruni malahan dikeji dan dihina di seluruh dunia. Kebanyakan umat Islam hari ini hanya Islam pada keyainan tetapi tidak Islam pada amalan. Lain yang diyakini, lain pula yang diamalkan. Mereka mengaku Islam, tetapi cara hidup, cara fakir dan cara menilai sangat kebaratan.

Bila dikembalikan semula amalan-amalan Islam yang telah ditinggalkan dan dilupakan, masyarakat menjadi huru-hara. Banyak mata yang terbeliak. Ramai yang terkejut. Ramai yang terpekik terlolong menuduh songsang dan sesat. Sedih. Umat Islam sendiri sudah tidak kenal Islam. Islam hanya tinggal rukun. Islam pada mereka hanya solat, puasa, zakat dan haji.

Umat Islam sudah lupa berpkaian secara Islam. mereka sudah lupa makan minum dan bergaul secara Islam. mereka lupa berekonomi, menjalankan pelajaran dan pendidikan, berkebudayaan, bermasyarakat dan berpolitik secara Islam mereka sudah lupa bersahabat dan berjiran secara Islam. mereka sudah lupa berhibur secara Islam. mereka sudah lupa tentang had-had dan batas-batas yang ditetapkan oleh Islam.

Apabila ditonjolkan pakaian secara Islam yang menutup aurat, mereka terkejut. Pakaian yang mengikut sunnah , mereka tidak tahu. Pada masa yang sama, mereka memandang amalan poligami itu hina walhal ianya satu amalan yang mulia dan merupakan salah satu syariat Islam dan menjadi amalan Rasulullah. Malahan poligami ialah tradisi bagi orang-orang soleh. Sebaliknya tidak pula dipandang salah atau hina apabila muda mudi bergaul bebas atau berjalan berdua-duaan ke sana ke mari. Dadah, arak zina dan judi yang berlaku di tengah-tengah masyarakat dipandang ringan dan dianggap sebagai perkara biasa atau sebagai masalah individu dan orang lain tidak perlu masuk campur atau ambil pusing.

Itu belum lagi diperkatakan tentang berekonomi secara Islam yang menentang penindasan, riba, monopoli dan pembaziran yang sangat berbeza dengan sisitem kapitalis yang diamalkan hanya mementingkan untung berlipat ganda. Ataupun soal pelajaran dan pendidikan Islam yang membawa kepada Tuhan dan bukan kepada kebendaan. Atau soal kebudayaan Islam yang membawa kesedaran dan membina kehalusan akhlak manusia dan bukan melalaikan, merosakkan akidah, akhlak, moral dan yang memudahkan pergaulan bebas muda-mudi dan penggunaan dadah. Sistem social Islam yang berkasih sayang, bertolong bantu, kuat menguatkan, bersatu padu, penuh dengan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan serta bukan system social yang menindas dan menekan, hidup nafsi-nafsi, yang kuat timbul, yang lemah tenggelam seperti kehidupan haiwan di belantara atau seperti pokok di hutan yang berebut-rebut meninggalkan pucuk masing-masing untuk mendapatkan cahaya matahari. Dan juga system pentadbiran Islam yang menyatupadukan umat, yang adil , yang bebas dari krisis, pilih kasih dan perebutan kuasa, yang melagangkan ketuhanan dan bukan ideology ciptaan manusia dan yang mementingkan pembangunan insane dan kerohanian lebih daripada pembangunan material. Sudah begitu jauh cara Islam umat Islam kini dari cara hidup Islam yang sebenar. Cara hidup musuh dianggap Islam, cara hidup Islam dipandang serong, dimomok dan dikatakan ketinggalan zaman.

Untukmenebus kembali maruah umat Islam yang sudah punah ranah ini, untuk membawa` umat Islam kembali ke mercu kegemilangannya dan untuk menjadikan umat Islam itu pewaris bagi bumi Allah ini, maka kita perlu tingkatkan amalan Islam kita ini. Kita perlu hidupkan semula segala amalan-amalan Islam yang telah lama kita tinggalkan dan kita lupakan. Umat Islam perlu kembali kepada amalan-amalan Islam yang sebenar.

Kalaulah amalan Islam kita pada hari ini diibaratkan hanya satu dari sepuluh ilmu Islam yang ada, marilah kita tingkatkan amaln kita itu kepada 2, 3, 4, 5 dan seterusnya setakat mana yang kita mampu. Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Kalau tidak ada ketiga-tiga perkara ini, Islam tidak akan terlaksana. Islam hanya akan menjadi seperti benih yang belum ditanam. Pokoknya tidak ada. Kalau pokok Islam tidak ada, masakan kita dapat nikmati buahnya yang enak, lazat dan manis. Dengan ketiga-tiga perkara ini juga, Islam kita akan bertambah syumul dan bertambah syumul. Di atas kesyumulan inilah letaknya nikmat, rahmat dan keampunan Tuhan.

Sumber : Halaqah.net