Monday, 20 February 2017

Homesick

Assalamualaikum

      Bila nak ceritakan pasal homesick ni, rasanya semua yang pernah berjauhan daripada mak ayah confirm lalui perasaan ni kot. Homesick rindu rumah, rindu tilam katil rindu mak ayah, rindu masakan mak, rindu adik beradik tu antara angkatan2 homesick lah tu. Tapi rasanya definisi paling sesuai bagi homesick ialah rindu mak ayah bila berjauhan daripada  mereka :'( Betul tak?


      Perasan tak bila mak ayah datang melawat korang di asrama ke kolej ke terus hilang homesick tu. tapi bila mak ayah nak balik semula ke rumah, terus rasa sebak dada, rasa macam nak ikot mak ayah detik tu jugak. rasa macam tak nak lah belajar nak duduk rumah je dengan mak ayah. Nak balikk, nanti balik aku nak tolong mak ayah buat apa yang  patut ( tapi bila balik buat tak ni? )

     Aku dgn homesick ni boleh dikatakan kawan manja2lah, kalau dia datang nak melekat dengan aku dia datang ( sukahati dia je datang ) tapi so far tak pernah declare as bestfriend dan kalau boleh mmg tak nak declare pon. Aku ni jenis yang rapat dengan mak antara adik-beradik aku, tak pernah malu la dengan mak as for now umur dah 20 tapi masih kadang2 pergi dekat mak ddk sebelah mak ( acah2 lentokkan kepala atas riba ) eh gedik tapi dgn mak adik beradik je aku berani. kawan pon aku tak berani nak buat gini eh. gurau dengan mak tu mmg selalulah hehe. bergaduh pon dua kali lima. tapi gaduh2 manjaa. tak pernah simpan dalam hati. masih ada rasa respect yg tinggi dekat mak ayah aku.

      Aku mula merasai detik2 manis homesick ni waktu form 1. Sekolah tu asalnya aku tak duduk asrama pon, tapi disebabkan kawan gatal ajak aku, aku pon rela hati dan dengan confidentnya rasa yang aku mampu duduk asrama. Tup tup seminggu lepas tu aku demam, menangis gila-gila masa tu tak nak balik asrama, kemudian muncullah khabar gembira bila ayah aku kata "keluarlah asrama tu kalau taknak sgt" aku rasa ayah aku saja2 je bgtau macamtu tapi aku ambik serius kot sampai aku rasa demam aku pon mcm dah hilang skjp haha. 2 hari kemudian aku dah heboh la ni bagitau kawan nak keluar asrama sambil packing barang2 nak keluar *acah*. Ramai jgk kawan aku tak bg aku keluar tapi aku degil jugak. Bila kereta ayah sampai dan nak ambik aku tetiba ayah aku tanya "eh barang ni kenapa byk sgt?" then aku pon bgtau "nak keluar asrama" (muka selamba) tapi sejurus kemudian air muka ayah aku berubah dan ayah aku mula potpetpotpet dan menitis-nitislah air mata aku sebab ingatkan kena punggah balik barang tu masuk hostel. tup tup lagi skali ayah aku kata "buat masuk semua dalam kereta" masa ni aku punggah barang seorang mgkin sbb ayah aku masih marah dkt aku kot hehe, duit dah byk kot habis beli brg hostel tiba2 keluar. tapi aku tak kisah asalkan boleh keluar asrama aku rela angkat beg sorg diri. bukan byk pon aahaha ;p

        Maka selama 5 tahun alam persekolahan tak pernah aku nak stay semula di asrama. Aku dengan kawan aku sorang ni bila sebut asrama je terus muka berubah. Kira fobia dia teruklah masa tu, padahal kalau ddk asrama paling lama 2 minggu je x balik. lepas tu baliklah. entah. apa aku fikir tah masa tu.

       Nak tak nak lepas form 5 mestilah sambung belajar kan, takkan nak jadi penganggur hiks. Sebulan lepas dapat result SPM, aku dapat tawaran sambung belajar dekat Kolej Matrikulasi Kelantan dengan Diploma di UiTM kampus dungun which is about 20 minutes away from my home (dekat gila kan ) tapi kos pulak macam tak beberapa bes, kos diploma analisis pelaburan. Jadi aku pilih Matrik di Kelantan, masa ni aku dah tak beberapa nak homesick. Kiranya walaupun 5 tahun tak pernah duduk jauh2. Tapi Alhamdulillah, my matriculation life went so so well!



Selesai program matrikulasi, menganggur selama 5 bulan dan seterusnya ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat Degree ( which is now and currently in semester 2 ). Tp menjadi2 pulak homesick sejak duduk sini HAHA. Mungkin homesick ni antara penyakit yang tiada ubatnya kecuali kita boleh kurangkan dengan sibukkan diri bersama kawan2, atau join mana2 aktiviti2. kannnn. Tapi nak bagitau certain orang shj homesick sbb aku ada kawan yang entah, siap tak nak balik cuti mid sem kekeke. Hati sado takpelah. Aku hati tisu. Aku tiap kali ada cuti pon aku balik. MUAHAHA