Wednesday, 4 May 2016

Kolej Matrikulasi Kelantan

Assalamualaikum

       Hai peeps. Acecee akhirnya pada tanggal 26/4/2016 aku bergelar jugak bekas pelajar matrikulasi sesi 2015/16. Kepada adik-adik yang mohon matrikulasi, keputusan Matrikulasi dan keluarkan? Macam mana? Dah fikir nak masuk tak? Mesti sekarang tengah duk fikir nak sambung mana kan? Macam aku tahun lepas laa. Lepas dapat result terus pergi survey Universiti mana yang menepati citarasa hati ni (tapi sekarang baru sedar watpa nak tengok U mana yang menepati hati, orang pilihlah ikut course yang kita nak T_T). Masa tu tak terfikir langsung pasal matrik. Tersangatlah choice yang paling bawah. Dulu aku dapat Upu course Diploma Analisis Pelaburan yang mana aku tak beberapa berkenan. Kebetulan aku dapat tawaran untuk sambung ke Matrikulasi Kelantan jurusan Perakaunan. Masa tu aku dah tak fikir apa-apa sebab dapat upu pon course tak minat, politeknik tak mintak. Jadi matrik ni penyelamat terakhir aku untuk aku kekal dalam accountancy course. hehe! jadi pada 24/5/2015 bermulalah detik aku sebagai pelajar matrikulasi. berdebar? kecut perut? takut? tu semua normal. hee~


jadi adakah awak-awak ni bakal pelajar di matrik?
kalau iya teruskan kalau bukan pun takpe dipersilakan untuk baca ;)

Kalau nak tahu Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) ni tak ada program dua tahun jadi semua pelajar sama umur dan diberi masa selama 10 bulan je untuk belajar sebelum sambung ke peringkat lebih tinggi. Tak sampai setahun pun awak. :3 nama je program satu tahun (PST) tapi dengar cite yang start tahun depan setahun setengah eh?. Okay, dah2. Bulan 6 nanti korang akan masuk kan? kalau matrik bulan 6 nanti. Kalau Upu mungkin lewat sikit. ;) (rasanya setahun je, tak jadi kan yang setahun setengah tu)

Jadi soalan yang biasa aku dengar, Matrik ni susah ke?
Emm, nak kata susah tak jugak, nak kata senang pun tak juga. Belajar kan? mana ada yang senang haha. Tapi eh eh jangan down dulu. Aku cuma kata je, matrik ni sebenarnya tak sesukar yang dikhabarkan orang ramai. Aku dulu pon takut tapi lepas dah merasai sendiri sebenarnya tak la seteruk yang dikhabarkan. Life dekat sini enjoyable. Sangat berbeza dengan sekolah dan berbeza dengan universiti dimana korang kena be independent. Kalau sambung STPM korang masih terikat dengan budaya persekolahan, tapi tak teruk mana pon kan? Sekarang aku rindu zaman sekolah sobs sobs. Kalau dekat sini korang half independent half not. Depends on lecturer masing2. 

Jurusan Perakaunan ni susah tak? Sains?
Okay aku cerita mengenai jurusan perakaunan dulu ye sebab aku aliran perakauanan. As an accountancy student. Kehidupan kitorang tak sesukar kehidupan budak pure sains. Aliran perakaunan terbahagi kepada 4 subjek wajib iaitu

  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniaagaan ( Business Management )
  • Mikroekonomi/Makroekonomi
  • Maths for Accounting

So, ni la subjek korang yang korang kena fokus betul-betul untuk dapatkan 4flat. Kalau perakaunan dia lebih menjerumus kepada form 4/5 untuk kedua-dua sem. Tapi bagi aku yang sem 1 punya lagi senang. hehe. tapi sem 2 tak payah mana pun. Untuk sains student yang tukar ke bidang perakaunan. Most of them boleh survive sebab account memang senang kot? ke diorang memang kepala mudah faham entah lah haha. Bagi akulah subjek yang paling sukar sedikit ekonomi sebab aku memang dah set dalam kepala susah kot haha walhal tak la sesukar mana. Business dan Maths boleh dikatakan subjek yang agak sederhana sebab kalau korang ambik perdagangan time form 4/5 korang belajar benda sama je cuma lagi details. dan untuk maths, belajar macam add maths, sem 1 memang 90% pure add maths, dan sem 2 baru masuk maths in finance. Tapi masih mengekalkan adat add maths haha dan Akaun paling senang. Sebab apa aku boleh kata Akaun senang? sebab majoriti dapat A waktu exam. Aku dikhabarkan bermula sesi depan akaun in English? mungkin. Jangan nangis dulu, haha sebenarnya korang lagi untung sebab masuk U nanti belajar English jugak. Kalau dah latih dari awal-awal lagi senang kan?  

Okay kalau Jurusan Sains pulak aku kurang sikit tapi roomates aku semua sains. Sains terbahagi kepada 3 pulak :

  • Modul 1 ( Biologi, Fizik, Kimia, Maths )
  • Modul 2 ( Fizik, Kimia, Science Comp, Maths )
  • Modul 3 ( Biologi, Kimia, Science Comp, Maths )
Kawan cakap kalau ambil modul 2 memang dimonopoli oleh lelaki mungkin sebab course ni lebih tertumpu untuk melahirkan bakal-bakal engineer dan saintis. Modul 1 dengan modul 3 lebih dimonopoli oleh perempuan sebab ada biologi eh? kena membaca? eh? lelaki tak suka membaca eh? haha entah. Mungkin la. Tak ambik kisah sangat. Kalau berdasarkan roommates akulah ( modul 2, dan modul 1) modul 2 ni nampak macam relax gak, kadang-kadang aku pulak yang nampak banyak kerja yang kena settlekan haha. Tapi yang modul 1 tu nampak busy sikit. Tapi sebusy-busy pon jangan sampai stress ye, Kawan aku ni pandai, at least dia tengok movie, layan youtube untuk releasekan tension. Rumet aku tak la sampai stay up memalam untuk study tapi rumet orang lain ada haha. And aku ada kenal sorang student modul 1 yang tak tidur sampai 2 hari untuk study tapi berbaloi sebab at least dapat 4flat haha. cuma bagi aku cara tu cara yang paling bawah. tak elok la tak tidur sampai mengantuk susah nak bangun dan akhirnya ponteng kelas. Lecturer ni kadang-kadang ada tau yang terasa hati disebabkan tak hadir ke lecture diorang.


Elaun yang dapat setiap bulan korang rasa cukup tak?
Okay so ni memang semua tau kan masuk matrik memang dapat elaun setiap bulan RM250. Tapi bagi aku memang TAK CUKUP! tambah2 dengan makanan yang disediakan dekat cafe haha tapi kadang-kadang rasa malu jgk nak mintak dengan parents, siblings jadi terpaksalah makan maggi dan pandai-pandailah korang jimat. Yang duduk dekat dengan kolej tu call2 lah mak suruh hantar makanan kongsi dengan rumet2 hahahaa. jimat poket. Tapi ni semua atas orang, aku ni macam jenis boros dan suka belanja orang lain makan haha. Mungking tu faktor yang jadi tak cukup tu xD. Kena ingat dalam rezeki kitaa, ada rezeki untuk org lain juga hihi.


Jadual Pembelajaran?
Em, jujur, aku student akaun dan jadual aku tak sepack jadual budak sains. Cuma hari Ahad aku balik pukul 4. Hari lain pukul 3 dan hari Khamis semua students balik pukul 1. Kalau bebudak sains. Setiap hari pukul 4-5 tu normal. Yang tak normal bila depa-depa ni pukul 2-3 dah takde kelas. haha tu lecturer diorang cancel kelas lettuu. tapi tak la full kelas tu dari pukul 8 ke pukul 5. ada gap kadang-kadang 2 jam. gitula.


Release Tension?
Haa yang ni aku terror, haha aku bukan study sangat pun, jenis yang tak hadap buku selalu la. Aku kalau nak release tension aku punya port hari khamis dengan jumaat ah. Pukul 8 malam berkumpul dengan sahabat handai aku dalam bilik tv dan yeaahhhh. Tengok la tv pepuas dah esokkan tu cuti kan. hahaha pernah satu hari tu kitorang tido dalam bilik tv terus, kawan-kawan aku ambikkan selimut bantal habis diorang punggah dari bilik diorang. Padahal larangan keras kot tido dalam bilik tu. kihkih. kiranya aku ni bukan jenis yang straight sgt dengan rules okay ;p. Selain tu, baca novel since our library dah terlampau banyak novel daripada buku rujukan hahaha. Korang nak buku prima ke, kaki novel ke, alaf 21 ke, penulisan2u ke semua ada. Buku novel Nicholas Sparks pun ada. Saya Sebenarnya Isteri Dia pun ada. haish. betul-betul juling mata aku kalau gi bahagian novel ni. Lagi? jogging. korang boleh gi jogging naik bukit, bawa basikal keliling matrik. Pergi main gym, badminton.. Matrik pon ada kemudahan wifi jadi korang bosan-bosan boleh main instagram, facebook, whatsapp dll. Selfie pun termasukkkkk. Korang kan suka selfie hahahaha. (tapi apa yang aku cakap ni berdasarkan pengalaman dekat matrik kelantan, im not sure about another matriculation facilities)

Lecturer?
Dekat matrik lecturer ni umpama mak/ayah angkat. Kalau yang muda sikit macam kakak/abang angkat wah3. Seronok, kadang-kadang boleh buat macam kawan, Tapi jangan over sangat hahaha. lecturer ni kekadang dalam tutor atau kuliah depa garang tapi kat luar lembut wehhh..Jadi jangan cepat-cepat buat telahan awal lecturer ni garanglah, tulah nilah. hehe kalau depa tak garang korang pulak yang pijak kepala diorang nanti kan2. Dan yang paling terharu bila lecturer sanggup tolong students untuk fahamkan subjek yang diajar, kekadang usaha diorang lagi kuat berbanding kita tau. Lecturer sanggup bertungkus-lumus buatkan soalan extra untuk kita, sediakan makanan sebab makanan ni salah satu cara untuk umpan pelajar datang kemeja diorang. Kuihlah, coklat, jeruk, kek, apalagi, macam-macam ada. Jadi hargailah merekaa. Nanti rindu sumpah. Kalau kita tak lepas kuiz, madam jugaklah yang tolong kita, diorang re-quizkan balik. Baik sangat

Sekarang aku dah habis. Rindu? Perasaan tu wajib. 2 minggu sebelum keluar matrik lagi aku dah rasa. Dulu selalu jugak kata tak sabarnya nak habiskan matrik. Tup-tup bila habis rindu gila-gilaa. Honestly, aku cakap. Perasaan ni tak ada tau masa habis sekolah menengah dulu. Hahah.. Okay peeps. that's all.








p/s ramai yang duk confuse kan nak pilih diploma ke matrikulasi. For me both ada kelebihan masing-masing. Tapi yang paling penting jangan lihat kemegahan institute tersebut, tengok kos yang ditawarkan dan selidik terlebih dahulu okay? For muslims, better buat istikharah. In sha Allah tak kira apa pun yang kita pilih, semoga memberi manfaat dunia akhirat. :).

Ada soalan boleh drop your question below! ;)

15 comments:

ummar rasyid said...

do you have a instagram? i want to ask you something about this place.. hehehe

Norazizah Riduwan said...

Asalammualaikum. Nak tanya. Blh x nak tukar program matrikulasi sains ke perakaunan? Nak tukar mcm mana eh?

ellehan said...

@norhafizah riduwan. Boleh tukar daripada sains ke akaun, kalau dari akaun nak ke sains je tak boleh. :) Kalau nak tukar pergi ke pejabat Hep ( hal ehwal pelajar ) masa batch sy dulu, dia akan announce dulu sape2 nak tukar kos utk isi nama kut ( x silap lah hehe ) sebab ramai je yang nk tukar aliran ni sbnrnya. jadi pihak hep akan buat announcement dulu dan akan ada la procedur seterusnya :). Seingat saya mcm tulah hehe

ellehan said...

@ummar rasyid you can ask here :)

Unknown said...

adik saya baru habis spm, dapat 8A+ 1A, dapat offer study kelantan matrikulasi.. tapi sana ada chinese student tak?? dan lepas 1 tahun matrikulasi ada any schorlarship can apply tak?

Nur Ayuni Khozari said...

Salam. Nanti kalau belajar acc in malay kat matrik nak sambung degree acc in english ade prob tak?

ellehan said...

@Unknown tahniah diucapkan kepada adik awak. bijaknya dia hehe. ramai je chinese student masa batch saya dulu cuma batch yang 98 ni kurang sikit. scholarship? sy rasa byk je scholarship yg dia boleh mohon :D kalau dia aliran sains mungkin dia boleh mohon scholarship mcm mybrainsc dan jpa :)

ellehan said...

@nur ayuni khozari Waalaikumussalam. Bagi saya tak ada masalah sangat. Konsep dia sama jugak hehe, cuma nanti awak kena biasakan diri dengan istilah2 akaun tu jelah. Tapi in sha Allah tak susah pun sebab kita hadap hari2. Lama2 akan terbiasa juga hehe. Sy dulu pun risau jugak. Tp bila dah rasa sendiri, okey2 je. Jadi jgn bimbang ye ^^,

Anonymous said...

Kak ellehan boleh pkai jubah tak di matrikulasi klantan??

ellehan said...

@anonymous kalau di matrikulasi kelantan bolehh :D, sy rasa matrik lain pon boleh rasanya :). kalau jeans baru tak boleh sebab matrik ni agak strict sikit bab2 pemakaian hehe

Anonymous said...

Gambar passport tu kalau 4 ckup x??ke kna tambah lagi??hehe

ellehan said...

rasanya cukup kot, tapi kalau nak berjaga2 bawalah lebih. masa sy matrik dulu gmbar passport tak guna sgt pun, yg sy igt cuma untuk letakkan dkt kad asrama je haha

Faqihah Rahaman said...

Selalunya kalau hari2 biasa,waktu petang(selain beriadah) dan malam tu,ada aktiviti?atau bebas nak study ke,settle kan apa yg patut?matrik ada had jgk ke blk hujung minggu?

Faqihah Rahaman said...
This comment has been removed by the author.
ellehan said...

@faqihah selalunya takde aktiviti sangat, kadang-kadang je ade, :). haah bebas. biasanya waktu petang2 ramai yang pergi naik basikal, jog dan tidurr. hehe dan ya, matrik ada had balik hujung minggu kecuali ada alasan yang munasabah untk felo benarkan student tu balik :) takpe life dkt matrik sgt enjoyable smpai korang tak terasa sgt minggu ke minggu tu hehe.

Post a Comment