Wednesday, 18 November 2015

Top 5 Movie Layan Habissss

So dibawah adalah antara senarai-senarai filem yang paling best bagi aku. 



5. The Fault in Our Stars [ IMDb Rating : 7.9/10 ]

mula-mula aku pandang sipi je cita ni. Nampak macam tak best mana, yalah heroin sakit so nampak macam tak menarik kot. Bagi aku. Haaa last-last aku yang tangkap leleh tengok movie ni hahaha. Sedap :) Cerita dia mengisahkan Hazel Grace dan Gus Waters. Kalau nak tengok cerita ni sediakan tisu dekat tepi ya dan popcorns jangan lupa. :p


4. The Longest Ride [ IMDb Rating : 7.1/10]

cerita ni mengisahkan tentang seorang art student (sophia) yang obses dengan arts dan 
(Luke) seorang bull rider, mamat ni pulak obses untuk jadi bull rider professional. Pernah tengok laki dalam video clip Wildest Dream - Taylor Swift? Haaa dia la tuu.. bagi aku cerita ni sedap dan jalan cerita okay lah. Tak bosan kalau tengok dan boleh tangkap leleh kalau korang tengok kisah Ruth dengan Ira. Memang feeling habesss wey. Haa nak tahu sapa Ruth dengan Ira kena tengok lah. ;)


3. Love, Rosie [IMDb Rating : 7.2/10]

kawan aku yang dok cerita pasal cerita ni memanjang sampai aku pun decide nak tengok. Berunsur komedi-romantik bagi aku cerita ni sedap tapi paling kesian dekat Rosie lah. Banyak dugaan dia kena hadapi. Rosie dengan Alex ni kawan baik since kecik. Actually diorang love each other tapi masing-masing ego sampaikan masing-masing terjerumus dengan masalah tersendiri. Best. Bolehlah layan tapi tak sampai boleh buat aku menangis. Yalah, komedi romantik. Lebih ke lawak sebenarnya haha.


2. Paper Towns [IMDb Rating : 6.5/10]


Aku tengok movie ni at first sebab ada model feveret aku Cara Delevigne dengan pelakon yang aku kenal dalam cite The Fault in Our Stars Isaac (Nat Wolff) kikiki. Tapi lepas tengok rasa macam best pulak. Cerita ni mengisahkan Quentin (Nat) yang fall in love dengan Margo (Cara) sejak kecik tapi dia tak berani nak luah. Quentin ni nampak innocent sikit dan beradab sikit daripada kawan-kawan dia yang lain. Suatu hari tu Margo menghilangkan diri dan dia tinggalkan clue untuk Quentin cari dia. Sangat best. Lupa nak kata yang Margo ni mysterious sikit. Dia sukakan aktivi yang luar biasa dan pelik daripada orang lain. Menangis jugak aku tengok haha!


1. A Walk to Remember [IMDb Rating : 7.4/10]

bebanyak filem bagi aku filem ni paling tangkap leleh. Sangat sangat sangatlah best, Ambik masa gak nak suruh aku tengok cita ni sebab ni cita lama. Aku ni jenis susah sikit kalau cita lama-lama tapi cita ni memang salute ah. Ubah perception aku terhadap old movies. Memang hubungan antara Jamie dengan Landon ni epic. kehkeh. Memula aku ingat nama dia London xD. dan aku pelik kenapa nama heroin macam nama laki? tapi aku letak tepi nama nama tu. Aku tengok dan sangat puas hati. 1 jam 30 minit terasa seperti 10 minit je ececece. ;p

No comments:

Post a Comment