Wednesday, 18 November 2015

Top 5 Movie Layan Habissss

So dibawah adalah antara senarai-senarai filem yang paling best bagi aku. 



5. The Fault in Our Stars [ IMDb Rating : 7.9/10 ]

mula-mula aku pandang sipi je cita ni. Nampak macam tak best mana, yalah heroin sakit so nampak macam tak menarik kot. Bagi aku. Haaa last-last aku yang tangkap leleh tengok movie ni hahaha. Sedap :) Cerita dia mengisahkan Hazel Grace dan Gus Waters. Kalau nak tengok cerita ni sediakan tisu dekat tepi ya dan popcorns jangan lupa. :p


4. The Longest Ride [ IMDb Rating : 7.1/10]

cerita ni mengisahkan tentang seorang art student (sophia) yang obses dengan arts dan 
(Luke) seorang bull rider, mamat ni pulak obses untuk jadi bull rider professional. Pernah tengok laki dalam video clip Wildest Dream - Taylor Swift? Haaa dia la tuu.. bagi aku cerita ni sedap dan jalan cerita okay lah. Tak bosan kalau tengok dan boleh tangkap leleh kalau korang tengok kisah Ruth dengan Ira. Memang feeling habesss wey. Haa nak tahu sapa Ruth dengan Ira kena tengok lah. ;)


3. Love, Rosie [IMDb Rating : 7.2/10]

kawan aku yang dok cerita pasal cerita ni memanjang sampai aku pun decide nak tengok. Berunsur komedi-romantik bagi aku cerita ni sedap tapi paling kesian dekat Rosie lah. Banyak dugaan dia kena hadapi. Rosie dengan Alex ni kawan baik since kecik. Actually diorang love each other tapi masing-masing ego sampaikan masing-masing terjerumus dengan masalah tersendiri. Best. Bolehlah layan tapi tak sampai boleh buat aku menangis. Yalah, komedi romantik. Lebih ke lawak sebenarnya haha.


2. Paper Towns [IMDb Rating : 6.5/10]


Aku tengok movie ni at first sebab ada model feveret aku Cara Delevigne dengan pelakon yang aku kenal dalam cite The Fault in Our Stars Isaac (Nat Wolff) kikiki. Tapi lepas tengok rasa macam best pulak. Cerita ni mengisahkan Quentin (Nat) yang fall in love dengan Margo (Cara) sejak kecik tapi dia tak berani nak luah. Quentin ni nampak innocent sikit dan beradab sikit daripada kawan-kawan dia yang lain. Suatu hari tu Margo menghilangkan diri dan dia tinggalkan clue untuk Quentin cari dia. Sangat best. Lupa nak kata yang Margo ni mysterious sikit. Dia sukakan aktivi yang luar biasa dan pelik daripada orang lain. Menangis jugak aku tengok haha!


1. A Walk to Remember [IMDb Rating : 7.4/10]

bebanyak filem bagi aku filem ni paling tangkap leleh. Sangat sangat sangatlah best, Ambik masa gak nak suruh aku tengok cita ni sebab ni cita lama. Aku ni jenis susah sikit kalau cita lama-lama tapi cita ni memang salute ah. Ubah perception aku terhadap old movies. Memang hubungan antara Jamie dengan Landon ni epic. kehkeh. Memula aku ingat nama dia London xD. dan aku pelik kenapa nama heroin macam nama laki? tapi aku letak tepi nama nama tu. Aku tengok dan sangat puas hati. 1 jam 30 minit terasa seperti 10 minit je ececece. ;p

Saturday, 18 April 2015

IPTA atau IPTS?

Assalamualaikum.

Wah.. dah lama tak update belog. Rasa macam malas la pulak nak updatenya hikhik. Sebab aku lama tak update ni asalnya tengah buah lesen kereta. Bila dah letih tu memang laa malas hikhik tambah-tambah balik daripada tempat belajar petang!. datang pukul 7.30 pagi balik 5.00 petang. zzz. Memang letih dan memenatkan. Dan haritu tarikh 6/4 aku test JPJ. zzz. Jalan raya lulus dalam litar terkandas dekaat parking HAHA. Kena line putih.. sampai sekarang tak repeat lagi. hehe inshaAllah minggu depan. :) Lesen L pon dah nak mati kihkih.

Student lepasan SPM biasalah kan hehe. Mesti dapat tawaran nak sambung belajar memana. Yang dah sambung belajar pon dah adaa. Genius betul otak diorang zzz. hikhik. 

Biasanya, lepas dapat keputusan yang paling utama mestilah isi UPU. Ada sorang akak yang aku kenal dia terlupa isi UPU hikhik. Time memula dia kata gitu aku lak terkejut. Ada ke lupa? tapi aku sedar sifat manusia ni pelupa.. lagipun kalau lupa UPU takpa. Swasta kan ada. Cuma nak minta swasta poket kena loaded atau mohon mana-mana pinjaman. Macam akak yang aku kenal ni dia mohon swasta kolej sunway course CAT. Sekarang nak sambung ACCA dah. haa bukan calang-calang orang. hikhik. CAT-ACCa ni berkaitan akaun jugak tapi sijil dia lagi laku daripada course akaun sebenarnya. zzz.  


And untuk sekarang keputusan UPU belum keluar lagi. Tapi STPM, Matrik, IPG & Sesetengah kolej swasta dah keluar. Untuk IPG baru keluar dia punya test. orang panggil UKCG kan? tak sure tapi ramai yang kata IPG ni susah nak masuk. But it's okay sesiapa nak masuk IPG doa banyak2 biar semuanya berjalan lancar. 

Bila aku cek cek.. Bidang yang ditawarkan oleh IPTS lebih menarik daripada IPTA for example. Course CAT. Majoriti semuanya swasta. Tak silap  kalau IPTA hanya UiTM yang menawarkan bidang CAT kan?? Aku memang berminat nak sambung CAT. hikhik memang semangat time nak mohon tu tapi I know memang tak boleh punya hahaha. Sebab swasta.. All you need is money.. Abang aku dah masuk swastaa. memang banyak sangat keluarkan duit. Tu sebab parents aku tak beberapa nak syorkan sangat bahahaa. Tapi haritu ada tanya mak boleh tak kalau nak swasta? Mak aku suruh tanya abah aku. zzz. kekeke. Entahlee. Apapun boleh je minta pinjaman MARA atau PTPTN atau mana2 yayasan.. cuma bila aku fikir2 balik... macam takde jodoh dengan IPTS je aku nih hahaha.


Wednesday, 11 February 2015

Pengalaman Berjogging di Bukit Bauk!

Assalamualaikum :)

      Aku ni jenis pemalas tapi sangat excited when it comes to any aktiviti senaman or jogging yang mana boleh menguruskan badan.. yang tulah aku ikut.. tapi pada dasarnya aku memang jenis yang susah nak keluar rumah. Alasan aku.. Pertama takut burn ececece .. Kedua sebab memang aku ni pemalas hahaha. Jahat! :P So haritu kami adik beradik.. total 6 orang tapi abang aku sorang stay dekat KL so dia tak join sekali. Tinggal 5 orang tapi kakak aku tak join hihi.. Kakak ipar pon join hehe.. anak saudara pon join tau! haha :P


ni masa mula2 nak masuk xD

adik aku memang jauh kehadapan. T_T aktif gila dia sukan!







tu atas tu ada lagi track tuu. yang ni baru separuh T_T letih bhaii

ni aku berhenti sat.. orang banyak lemak gini ah.. T_T


So korang tau tak dekat mana bukit bauk? Bukit Bauk ni terletak di Dungun.. Negeri Terengganu. Ambil masa dalam 15-20 minutes by car jugak dari rumah aku.. Tempat dia dalam hutan.. dulu tempat ni memang gelap tapi sekarang memang tak ah sebab setiap pagi dengan petang memang ada orang jogging punya.. dah nama pon tempat jogging kan :D.. Especially weekends. Lagila ramai.. Nak joggin dekat sini memang mencabar sikit. Aku admit haha sepanjang aku naik.. tak lari pon. Jalan macam normal je tapi dia punya nak naik memang susah.. bukit kan xD. berpeluh aku.. padahal tak lari.. satu jam baru half track. Dia ada 3 track tak silap aku.. yang aku berhenti tu baru track pertama D:.

Tuesday, 6 January 2015

Cara Senang Belajar English..!

Assalamualaikum.

     Korang rasa English ni susah tak? Mungkin sukar bagi menguasai kemahiran grammar and ambil masa jugak la. But kita at least tahu basic pon dah memandai. Pasal grammar kita boleh improvekan hari demi hari. Okay honestly my english is not so good lah tapi these are some wayss that I use to learn English and korang boleh guna for another languages too
So here we goooo...

1 - Listen to various kind of music


Aku rasa korang confirm minat lagu English kan? So ambil peluang ni and learn English through it.
hayati lagu and remember the lyrics. Fahami makna of course. Bila faham. Perkataan tu mudah ingat. And bila tahu makna senang skit.. kalau ada lirik yang tak elok tu eloklah dijauhkan.. Jangan dengar untuk saja-saja.. So far it is working! ;)



2 - Google


Kita kan ada google hehe. Kita google je maksud English yang kita tak tahu macam aku.. ada satu lirik yang aku tak faham dalam lirik lagu Let It Go by Idina Manzel. Yang bunyi dia macam ni ".. Couldn't keep in, Heaven knows I've tried".. kalau kita direct translate jadi pelik kan.. jadi macam ni

"tak boleh tahan lagi, syurga tahu saya dah cuba"

ni bukan pelik tapi memang tak masuk akal. So I tried la google " heaven knows meaning" so baru lah aku tahu yang lirik heaven knows ni merujuk kepada "hanya tuhan yang tahu" ....Pointnya kalau jumpa ayat pelik-pelik atau maksud yang google translate pon pening nak mentranslate tu boleh search di google. Aku cadangkan Urbandictionary site.. emm tak beberapa nak recommend google translate. kalau setakat huruf biasa yg ada dalam dictionary tu boleh la guna .. tapi kalau dah macam perkataan  "to the moon and back" "top notch" "monotonous" and soo on.. sng kata prkataan yg mmbawa kpd maksud tersirat.. lebih baik guna google haa :)



3 - Play Games


main apa-apa game sebab majority game memang dalam English. Yang suka main game online macam habbo atau apa-apalah asalkan in English. Main dan fahamkan makna.. Tengok cara ayat tu ditulis and vocabulary yang mereka guna. Kalau tak boleh memorize pon at least bila kita jumpa ayat tu mungkin akan terlintas dalam kepala " eh macam pernah baca.. jap aku ingat tapi kat mana ea" kalau nasib mungkin maksud tu korang ingat haa. Game ni kalau pandai guna manfaat dia banyak jgk. "kalaula" haha.



4 - Watch English Films.


Tengok dan hayati cara percakapan diorang kalau korang nak improvekan pronunciation korang. Tapi atas filem-filem juak sebab English ni ada banyak accents so it's up to you nak pilih accent mana yang korang nak. Kalau aku, aku suka British Accent. Cute gila haha. Tapi malang sangat sebab aku tak beberapa minat Harry Poh-Ter (Potter). Kalau sapa-sapa minat british accent korang try tengok cerita Once Upon A Time....  normally bila tengok movie kita focus kepada cara sebutan dengan ejaan. Tapi jangan guna subtitle melayu pulak..haha gunalah English.. untuk lebih mudah faham.. diorang cakap laju so susah jugak nak catch up.



5 - Join Mana-mana Forum


Join lah mana-mana forum yang menggunakan English sebagai bahasa rasmi.. Belajar menyemakkan diri dalam sana and buat-buat ramah ( ala diorang bukan kenal pon ) hahaha. Niat tu kena betul. Bila kita join tu kita tengok la cara mereka menulis in English. Beza tu memang tapi kita nak belajar kan? so perlu ke kisah dengan diorang? xD



6 -  Pen Pals


tahu apa Pen Pal? Pen pal ni kawan kita daripada luar negara. Dalam negara tak dikira sebagai pen pal. Macam korang balas-balas surat dengan kawan korang dari luar negara. Tanpa melihat muka diorang haa tulah pen pal. Kalau diorang baik hati diorang kasih gambar.. Cari lah pen pal yang boleh cakap English.. doesn't matter dia mat salleh ke.. chinese ke mana-mana asalkan diorang sanggup ajar korang English or kalau tak nak diorang ajar.. just tanya apa-apa soalan yang korang tak faham :)
Macam mana nak dptkan pen pal? Cari je kenalan internet TAPI!! haa warning ni! cek dulu background diorg. Jangan main kenal je okay?. Laman web aku recommend Interpals. :)




cuma kalau bahagian penguasaan grammar. Agak mencabar sikit. Aku bab grammar tak pandai sgt sbb bila aku tulis in English it comes out automatically.. apa pun tips grammar mungkin kena belajar dengan cikgu kot. Banyakkan membaca buku and practice.. Untuk students SPM tahun 2016, korang kena lulus 3 subjek untuk melyakkan diri korang dapat sijil. Tapi takpa. Ada banyak masa lagi ni :) jangan bimbang hehe. 


Sekian serba sedikit pengalaman aku belajar English hehe :) Belajarlah apa-apa bahasa. Makin banyak bahasa kita tahu lagi ramai orang respect kita ;D inshaAllah :) 

#DoakankeputusanSPMsaya :)

Sunday, 4 January 2015

Face Swap [ Photoshop Tutorial ]

Assalamualaikum.

    Pernah tak nampak artis luar negara ( macam avril lavigne, taylor swift ) pakai tudung? Semua tahu yang ni memang edit. Pakai software edit-edit macam photoshop ni ler. Ada keburukan dan kebaikan masing-masing. Sekarang aku nak 'buat khianat' dengan my favorite singer, Taylor Swift. HAHA. Aku akan edit muka dia pakai tudung.. hehe  >:D

1- Buka gambar ni guna photoshop



2- Guna PenTool dan buat garisan sekitar muka untuk dicrop 
then right click > make selection > ok



3 -Tindih muka yang dicrop tu atas muka yang korang nak diedit.
Resize muka ikut kesesuaian gambar and erase. Hardness buat 0



4 -Result dia jadi macam ni tapi nampak tak tone kulit tu tak sekata?
So boleh pakai product pencuci muka Safi eh 



5 -Pergi dekat Image > Adjustments > Hue & Saturation.
tukar mengikut kesesuaian image.


Lagi sekali Image > Adjustments > Brightness/Contrast and ubah mana yg patut

.
.
.

6- Taddaa ni hasilnya selepas aku resize gambar ni jadi slim sikit :)


nilah jadi bila Taylor Swift bertudung haaha

Sources : Gambar Taylor Swift
              Gambar Tudung ( kredit kepada TheCrescent )

Saturday, 3 January 2015

Happy New Year..!

Assalamualaikum

    Pejam-celik pejam-celik dah masuk tahun 2015, masa sekarang memang cepat kan? aku ingat lagi tahun 2004, masa cuti sekolah bulan 11-12 tuuu. Alahaii, lama sangat cuti sekolah. Sampai rasa bosan duduk dekat rumah. Tapi sekarang tup-tup 2015, tup-tup 2016. Macam mak aku cite la.. dulu zaman mak aku sekolah.. Cuti dia macam kita la 1 bulan - 2 bulan cuti. Tapi mak aku kata kelas dia dah naik semak samun.. Sebab lama sangat. Sekarang memang tak aa. 



Haa nama pun tahun baru mesti korang ada azam baru semuanya kan?
 Apa pun azam kita.. Yang penting Istiqomah :)



Aku dah 18 tahun? eh? macam tak caya T_T haha. ehh tak-tak aku masih 17 aku yakin
sebab aku lahir bulan 11 so bulan 11 ni laa baru 18! Aku masih budak sekolah tau ._____.'
hehehe.