Monday, 8 December 2014

Anti Lipas

Assalamualaikum

Aku rasa tahap ketakutan aku terhadap lipas ni dah sampai level maximum. Tahap trauma, fobia semua ada. Tapi aku pelik, binatang kecik punya saiz mcm ni pon boleh takut. HAHA. Memang aku salute dkt lipas sebab buat aku kecut perut tahap gabra parkinson fobia trauma. Tapi betoi, majoriti kaum perempuan mmg takut dengan lipas terutama time dia terbang! ya! terbang! Aku tak heran sgt kalau dia jalan straight dkn kaki dia yang tajam-tajam tu tak heran sgt, boleh spray ja hhahaha tp bile dia dah start buat mcm nk terbang.. Haa sudah! Aku mmg marathon masuk bilik, kalau nasib aku tak bbrapa baik, dalam bilik pon ada "dia" ni .. Huwaaa!

lipas kan susah nak balikkan badan dia bila dah terbalik mcm ni haha. 
time dia struggle nk bgun tu aku sembur HAHA.. 


Rumah aku banyak lipas time musim tengkujuh, orang kata "dia" nak naik dalam rumah sebab hujan. So semenjak dua menjak ni byk sgt dkt rumah! Stress aku! Time malam-malam aku jalan dgn mata meliar cari kut-kut nampak lipas boleh marathon. Kalau pintu rumah aku terbuka luas, Aku tengok je dkt pintu sebab sometimes, something terbang akan ada dan masuk straight tanpa bagi salam. >:( ..
Sebelum-sebelum ni aku nak masuk rumah, waktu malam lah. Then kakak aku dgn muka tanpa riak kata eh, ada lipas dekat tudung.. Dekat bahu!! D: apasal kejam sangat lipas ni! Aku memang gelepar. Kakak aku jenis tak takut lipas kecuali lipas tu terbang D: so aku pergi berlari kat kakak aku tujuan nk suruh lekat lipas tu dekat dia. Tapi lipas tu taknak lari, aku ingat lipas tu dah serabut dgn aku lepas aku gelepar mcm apa. Tengok2 still dgn statiknya melekat dkt tudung! Arghh. Nightmare betooii malam tu. Kalau ada lipas terbang dalam bilik tu, aku rela duduk dalam selimut!.  Tapi aku bukak skit ruang bagi nafas, D: .. kejam kau lipas, kau kejam! :'(



Aku tak suka insects yang seumpama dengan "dia" haha. Macam mentadak, "dia", kumbang, pepatung. Senang kata semua yang ada sayap golongan insects. Sebabnya aku tak suka bunyi time dia terbang tu. Memang gruesome bagi aku Ahaha. Pengalaman aku dengan mentadak bila dia duduk bertonggek atas kepala. Aku punya ganas mase tu aku grab dia atas kepala teroih jatuh entah ke mana. Jatuh depan mata je haha, then aku lari. Tapi time tu mak aku kata, suruh mentadak tu ajuk gaya mak dia tidur dll. Aku jadi ralik... tapi hanya berani menengok dengan jarak beberapa meter away from it hahaha. Adoii.. Mcm mana nak atasi trauma ni.. aku rasa mcm fobia gila2 dah kot hahaha. 


aku lupa nak kata, dalam perut mentadak tu ada satu parasit yang sangat panjang! Nak tengok try pijak dia hahaha. eii. nah satu video aku jumpa dekat youtube.


Kesian mentadak ni, Takde angin, takde ribut kene bunuh. D:

No comments:

Post a Comment