Sunday, 22 December 2013

Tips Nak Cemerlang Subjek Math & Seangkatannya.


Aku selalu dengar orang kata, kalau dah bijak subjek science mesti lemah subjek matematik, dan kalau matematik pulak terror mesti subjek science ko. Ye ke? Aku tok caye. hahaha. Bagi aku subjek matematik lebih senang daripada science. Hehe tapi dalam masa yang sama science tak sesukar yang disangka. Tips nak lulus matematik teramatlaahh senang! Ni untuk matematik moden je. Additional Addmath dikecualikan sebab aku tak beberapa terroor tapi still boleh guna tips yang sama memandangkan kedua-duanya melibatkan angka dan formula. Tips ni aku yang guna. Aku tak tau effect dia berkesan ke tak tapi apa salahnya try and error kan? Kita belajar daripada kesilapan sendiri. hihi

1- Buat matematik kena ikut berdasarkan Formula yang telah disediakan. Kalau dalam exam paper, dia dah ada dekat halaman mula-mula sekali, aku tak hafal sangat formula ni cuma ada la dalam 2-3 formula kena hafal sebab dia tak letak dekat halaman depan tu, Kalau add math pulak banyak la sikit, formula add math yang disediakan dekat m/s depan pon ciput jee. :( tak membantu tu pasal aku tak terror sgt muahaha. Tapi yang penting Formula.

2- Tak kira la subjek matematik ke science ke, kita kena selalu buat Latihan walaupun aku tak selalu buat pon *muka toya* hahaha. Serius wey, latihan kena ada selalu. Kalau cikgu math aku dia memang sediakan latihan lepas mengajar kasi ingat katanya, cikgu tu jgk wajibkan semua murid dia ada file untuk kertas yang dia dah bagi dan kena bawak setiap kali subjek matematik. Tapi it works. Masa exam smooth je jawab. Cuma ada la satu question yang cari nahas. haha. By the way, jawab exam math jgn terburu-buru nanti jadi careless macam aku sobs sedih beb :'( markah bagi soalan target ciput je dapat sebab careless pnye pasal.

3- Fokus pon penting jugak time cikgu tengah mengajar, kalau tak faham cepat-cepat angkat tangan atau direct pergi kat cikgu and tanya cikgu sampai paham. Tanya apasal yang tu macam tu, yang ni macam ni. Kalau tak bertanya sampai bila-bila pon tak tau, kalau habis malu pon pergi jumpa kawan kita yang paling terror untuk subjek yang kita nak tanya tuu..

4- Buat Revision/Study Group dengan kawan-kawan, ajak kawan yang pro dalam subjek yang kita nak study tu. Dalam kelas aku, terutama time add math ramai yang tak paham sebab cikgu tu slow talk (cakap perlahan) hahaha muke handsome putih melepak tapi suara dia adoii perlahan gile, mengantuk pon ada masa dia mengajar, dia ajar kemain cepat. Memang ribut sampai satu pon tak paham, tapi yang simple paham lerr. hehe. Dia pon jarang masuk kelas sebab dia ni boleh kira guru disiplin jugak ler, pegang rotan all the time. Tapi baikk. hihi. So disebabkan kitorang tak paham, kawan aku volunteer herself nak ajar & jadi guru tak bergaji, dia laa dok ajar depan whiteboard. Kawan-kawan lain including lelaki dok dengar kalau tak paham panggil dan dia terang satu-satu. Dia bijak add math so bila time cikgu add math tak masuk dia ajor lerr kat depan. hihi.. bab 10 differentiation dia sorang ajo dan Alhamdulillah bab ni tak semudah yang disangkaa!! :'( menangis air mata darah jawab huaaaaaa..

5- Belajar dengan adik beradik pon boleh. Kalau kita ada abang/kakak yang pandai subjek-subjek tertentu suruh lerr diorang ajoo.. kalau dia taknak dia kakak/abang yang kejam! sampai hati taknak ajar adik sendiri haha. Nasib baik aku dah perfectoo. Kakak aku ajar prinsip akaun dan abang aku ajar add math/math/science. Kalau belajar dengan adik-beradik lagi untung, tak payah pergi daftar tuisyen. :) belajar pon ikut suka hati bilaa-bila masa jeee muahaha. 

Selamat Mencuba, semoga usaha kome-kome semua berbaloii.. Takpee.. kita semua start daripada bawah, belajar slow-slow. aku pon bukan amalkan sangat tips yang tertera. ahahhaha. btw tips tu bukan matematik je boleh guna, subjek lain pon bolehhh :) sekadar berkongsi pengalaman aku stuudy camane. :) happy learning.

No comments:

Post a Comment