Sunday, 29 December 2013

Segmen Aktifkan Azam Baru Tahun 2014

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Sempena menyambut kedatangan tahun baru, segmen khas ni dibuat untuk penyenaraian azam baru anda tahun 2014 ini. Moga dengan adanya azam baru, segala apa yang dirancangkan, tercapai matlamat. Teringin jugak nak tahu azam baru anda semua. So, jom kita meriahkan segmen ni.

HADIAH:
2 pemenang akan menerima hadiah novel

Senarai azam baru anda sempena tahun 2014:
- Menjadi seorang anak yang solehah dan taat kepada Ibu & Ayah
- Menjadi hamba yang patuh kepada perintah Allah
- Dapat keputusan yang at least membanggakan kedua ibu bapa aku :)

TAMAT: 31 JANUARI 2014

Sunday, 22 December 2013

Tips Nak Cemerlang Subjek Math & Seangkatannya.


Aku selalu dengar orang kata, kalau dah bijak subjek science mesti lemah subjek matematik, dan kalau matematik pulak terror mesti subjek science ko. Ye ke? Aku tok caye. hahaha. Bagi aku subjek matematik lebih senang daripada science. Hehe tapi dalam masa yang sama science tak sesukar yang disangka. Tips nak lulus matematik teramatlaahh senang! Ni untuk matematik moden je. Additional Addmath dikecualikan sebab aku tak beberapa terroor tapi still boleh guna tips yang sama memandangkan kedua-duanya melibatkan angka dan formula. Tips ni aku yang guna. Aku tak tau effect dia berkesan ke tak tapi apa salahnya try and error kan? Kita belajar daripada kesilapan sendiri. hihi

1- Buat matematik kena ikut berdasarkan Formula yang telah disediakan. Kalau dalam exam paper, dia dah ada dekat halaman mula-mula sekali, aku tak hafal sangat formula ni cuma ada la dalam 2-3 formula kena hafal sebab dia tak letak dekat halaman depan tu, Kalau add math pulak banyak la sikit, formula add math yang disediakan dekat m/s depan pon ciput jee. :( tak membantu tu pasal aku tak terror sgt muahaha. Tapi yang penting Formula.

2- Tak kira la subjek matematik ke science ke, kita kena selalu buat Latihan walaupun aku tak selalu buat pon *muka toya* hahaha. Serius wey, latihan kena ada selalu. Kalau cikgu math aku dia memang sediakan latihan lepas mengajar kasi ingat katanya, cikgu tu jgk wajibkan semua murid dia ada file untuk kertas yang dia dah bagi dan kena bawak setiap kali subjek matematik. Tapi it works. Masa exam smooth je jawab. Cuma ada la satu question yang cari nahas. haha. By the way, jawab exam math jgn terburu-buru nanti jadi careless macam aku sobs sedih beb :'( markah bagi soalan target ciput je dapat sebab careless pnye pasal.

3- Fokus pon penting jugak time cikgu tengah mengajar, kalau tak faham cepat-cepat angkat tangan atau direct pergi kat cikgu and tanya cikgu sampai paham. Tanya apasal yang tu macam tu, yang ni macam ni. Kalau tak bertanya sampai bila-bila pon tak tau, kalau habis malu pon pergi jumpa kawan kita yang paling terror untuk subjek yang kita nak tanya tuu..

4- Buat Revision/Study Group dengan kawan-kawan, ajak kawan yang pro dalam subjek yang kita nak study tu. Dalam kelas aku, terutama time add math ramai yang tak paham sebab cikgu tu slow talk (cakap perlahan) hahaha muke handsome putih melepak tapi suara dia adoii perlahan gile, mengantuk pon ada masa dia mengajar, dia ajar kemain cepat. Memang ribut sampai satu pon tak paham, tapi yang simple paham lerr. hehe. Dia pon jarang masuk kelas sebab dia ni boleh kira guru disiplin jugak ler, pegang rotan all the time. Tapi baikk. hihi. So disebabkan kitorang tak paham, kawan aku volunteer herself nak ajar & jadi guru tak bergaji, dia laa dok ajar depan whiteboard. Kawan-kawan lain including lelaki dok dengar kalau tak paham panggil dan dia terang satu-satu. Dia bijak add math so bila time cikgu add math tak masuk dia ajor lerr kat depan. hihi.. bab 10 differentiation dia sorang ajo dan Alhamdulillah bab ni tak semudah yang disangkaa!! :'( menangis air mata darah jawab huaaaaaa..

5- Belajar dengan adik beradik pon boleh. Kalau kita ada abang/kakak yang pandai subjek-subjek tertentu suruh lerr diorang ajoo.. kalau dia taknak dia kakak/abang yang kejam! sampai hati taknak ajar adik sendiri haha. Nasib baik aku dah perfectoo. Kakak aku ajar prinsip akaun dan abang aku ajar add math/math/science. Kalau belajar dengan adik-beradik lagi untung, tak payah pergi daftar tuisyen. :) belajar pon ikut suka hati bilaa-bila masa jeee muahaha. 

Selamat Mencuba, semoga usaha kome-kome semua berbaloii.. Takpee.. kita semua start daripada bawah, belajar slow-slow. aku pon bukan amalkan sangat tips yang tertera. ahahhaha. btw tips tu bukan matematik je boleh guna, subjek lain pon bolehhh :) sekadar berkongsi pengalaman aku stuudy camane. :) happy learning.

Sunday, 15 December 2013

Unfold Part I & II

Assalamualaikum, 
cerita unfold ni fully made by malaysians (chinese)
mengisahkan hubungan percintaan jarak jauh
p/s : aku bukan jenis jiwang tapi jalan cerita dia best. JinnyBoyTv memang genius hahaha.

Part 1
 

Part 2

Thursday, 12 December 2013

Novel - Novel karya Acik Lana

Assalamualaikum :)

        Kalau korang kenal, korang kenallah. Acik Lana ialah seorang penulis yang berbakat dan kebanyakkan novel yang ditulisnya memang tak puas baca, best aahh. haha. Sekarang acik lana tengah usahakan karyanya yang terbaru Akadku Yang Terakhir, so far banyak feedback yang positif dan mintak-minta buku ni tak limited macam Perempuan yang Paling Aku Cinta hihihi :p kalau diikutkan rasa dihati, semua karya acik lana ni rating dia 5/5 stars.. xD So jom terjah novel karya beliau :)

Karya Pertama - Aku Bukan Mistress


novel ni dah lama baca dan jalan cerita dia memang best. Mengisahkan tentang Mya yang menjadi perempuan simpanan Mikail, dan kawan kepada Mikail ni, Adam nak ke Mya, jadi kiranya Adam ni bersifat talam dua muka depan Mikail baik, depan Mia macam hape perangai! And then ada peristiwa buruk terjadi dekat Mya dan start situ Mikail jadi overprotective terhadap Mya. (rasanyala, ku tak ingattttt!) Ahaa tak nak expose sangat, yang dah baca confirm dah tau, kalau yang belum pergi beli right now! Sumpah best! Novel ni bakal didramakan. aku tersangat excited hihi :p  [ Full Review Sini ]

Karya Kedua - Maaf Jika Aku Tak Sempurna


Macam yang aku kata novel acik lana 5/5 starts xD novel ni romantik sikit, mengisahkan tentang Melina seorang gadis yang kuat bersosial sampai ayah & mak dia dah tak tau macam mana nak sedarkan anaknya yang sorang ni shinggakn ayahnya Datuk Zakri sanggup menebalkan muka meminta jasa baik Luqman seorang lelaki yang handsome untuk menjaga melina ni kikiki, sampai melina terpesona kejap masa first tengok luqman ni sebab badan dia tough, mata color coklat okey imagine sndirilah. Siap berangan jadi makwe luqman haha. Tapi lama-lama melina jadi menyampah dengan luqman disebabkan luqman ni asyik stick dekat dia wherever she goes. buku ni Highly Recommended [ Full Review Sini ]

Karya Ketiga - Kalau Memang Harus Begitu

Kalau baca novel ni memang akan fikir mane konflik yang biasa kita baca dalam kebanyakkan novel. Daripada awal novel ni sampailah m/s ratus-ratus asyik mengisahkan percintaan antara Adara dengan Zidan Adiputra yang sweeet gituuu, tapi bahagian akhir novel ni baru ada konflik besar yang melanda. First baca novel ni kelakar gilo - giloo hahahhaa. :p [ Full Review Sini ]

Karya Keempat - Pelangi Cinta Buat Suami



Tengok cover cantik gilaa tapi hari tu tak sempat nak beli, dah rembat 2 buah novel kalau beli jugak yang ni melayang 60 lebih jugak duit akuuu ~ Aku tak tau nak review camne kekeke xD tapi dah baca sampai bab 40 lebih. Okey. Rasanya boleh dikategorikan best sebab aku start baca pukul 1 pagi sampai pagi tak tido-tidoooo~ woihh.. Kalau baca buku ni nampak pelik sikit sebab macam perigi pulak yg cari timba, xD biasanya timba yang cari perigi kan kekeke :p tapi ada kisah sebenarnya kenapa Imanina tergila-gilakan Tengku Qalif. Nak tau bacaa :) [ Full Review Sini ]

Karya Kelima - Perempuan Yang Paling Aku Cinta [Limited Edition]


Buku ni limited edition maknanya kalau nak buku ni kena tempah direct dengan Acik Lana. Tapi sekarang tempahan dah ditutup disebabkan terlajak ramai pulak yang buat payment, kecewa toksah kata, aku mana pandai bab beli-beli online ni, haaahaa aku suruh kakak aku beli dia tak nak, geram aku xD. Sempat laa baca sampai bab 40 dan memang best, hahaha gilee aku kalau dapat buku ni meroyan tak sudah. xD Mengisahkan hubungan Bunga dan Karl Hakimi, weh karl hakimi ni mat salleh celup oke :p of course hansom. kekeke. aku tak pandai laa nak terang novel ni hahaha baca sendiri [ Full Review Sini ]



Okey setakat tu saja, nak kata review tu bukan review sangat sebenarnya. Saja nak menyemak hahahaa. Sekarang Acik Lana tengah usahakan karyanya yang terbaru dan InshaAllah tahun depan akan dipublishkan. Tajuk Akadku Yang Terakhir. Kalau nak baca mana-mana novel diatas boleh baca kat blog acik lana, tapi sampai bab 40 lebih macam tu je laa. nak lebih-lebih boleh beli hehe :p [ Blog Acik Lana ]

Tuesday, 3 December 2013

Ahmad Ammar Insan Terpilih

Assalamulaikum
        Rupanya dah sebulan arwah meninggalkan alam yang fana ni, InshaAllah, roh arwah dicucuri rahmat-Nya. Infformasi ni aku tahu melalui surat khabar je disebabkan facebook aku dah deactive, jadi berita-berita semasa memang kadang2 tak tau langsung. Tapi apa-apa pun, aku kagum dan malu dengan arwah, rasanya diri ni rendah. Dalam masa yang sama, aku buat perbandingan dengan diri aku berkaitan persamaan akhlak aku dengan arwah, Astagfirullah, jauhnya beza. Malu dengan diri sendiri, banyak usaha dan rintangan yang perlu aku tempuhi untuk mendapatkan kesempurnaan diri ni. Apa yang aku rasa bila baca kisah arwah, perasaan yang paling menonjol ialah cemburu. Cemburu dengan akhlak dan sifatnya, dan sudah pasti aku juga sedih, sedih membaca kisah arwah ;') kisah arwah yang banyak memberi pengajaran kepada kita dan memotivasikan aku untuk terus berusaha menjadi orang yang InshaAllah lebih baik. Apa-apa pon jom kita doakan arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan semoga arwah  mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak :') Jom baca kisah Ahmad Ammar seorang insan yang istimewa Di Sini ;') 


Jom kita sama-sama tanamkan azam dalam diri supaya menjadi orang yang lebih baik daripada hari ini.



pemergian arwah dicemburui, bagaimana dengan kita? Allahu