Sunday, 6 October 2013

Cara Merawat Constipation a.k.a Sembelit =_=''

Assalamualaikum,
            Mesti korang gelak sakan baca tajuk tukan? hahaha, atau korang sendiri yang cari aku tak tau la yang tu, tapi takpelah, sebab tuan punya belog ni pon menghidap penyakit ni sebenarnya. :( Sape laa nak penyakit ni kan, takde pon yang nak tapi cara pemakanan macam nak-nak je. Kalau dah terkena constipation ni berjam-jam duduk dalam tandas, Sumpah!! serik weh! :( aku ni pon bukan nak tulis sangat pasal constipation ni tapi dalam dunia ni bukan aku sorang yang kena, jadi malu tu malu laa jugak, tapi malu berpada-pada laa hehe. Ni untuk kebaikan kita jugak. Kita kat sini refer untuk yang terkena lah, 

Setiap yang terjadi mesti ade sebab kan? Tipu ah kalau takde sebab. Same ah dengan constipation ni, ade sebab jugak antaranya cara pemakanan kita, atau kita tahan atas sebab2 tertentulah tapi rasanya ade je yang malas pergi tandas hahaha. Kalau cara pemakanan tu mungkin makanan tak hadam kot, macam aku ni dah terbiasa, makan laa ape2 pon nasi ke, laksa ke, mee ke. Jenis aku suka kunyah 7-8 kali pastu telan. Tak ikut sunnah langsung, :( kena biasakan diri kunyah 40 kali ni.

Okey ni langkah nak rawat sembelit :) Kita try okey pastu tawakkal.

1.Amalkan Pemakanan Yang Mengandungi Fibre



Mak aku kata, kalau terkena sembelit, makan pisang atau betik. Bagus katanya. Malangnya, stok buah-buahan macam ni bukan selalu ada kat dalam peti tuu :(

2. Minum Air Mineral



well, aku rasa semua orang tau yang badan kita ni mngandungi sebanyak 85% air. Lebih kurang laa, tak silap aku. Jadi air ni cukup penting dalam kehidupan kita. 

3. Herba Kencana


stok herba ni memang selalu ada kat rumah aku cuma aku je yang tak berani minum, sebab mak aku kata lepas telan je herba ni. Terus rasa nak buang air besar, cuma kesan dia tu mungkin ambik masa dalam tempok sehari macam tu aaa..~ Highly Recommended untuk yang ade masalah constipation.

4. Madu


sudah termaktub dalam al-Quran yang madu ni boleh menawarkan segala penyakit, InshaAllah. Jadi kalau sesiapa yang ada stok madu selalu kat rumah bolehlaa amalkan setiap hari, bagus :)

5. Pergi jumpa doktor terus


kalau malas nak amalkan semua tu atau tak cukup duit atau jimat duit atau apa-apalah, korang pegi terus jumpa doktor hahaha. Senang! bagus juga jumpa doktor cuma malu laa kalau kita ni perempuan jumpa doktor laki, so carilaaa doktor yang sama jantina hehehe. Ubat yang doktor kasi pon boleh pakai jugak.


Dan banyak lagi cara-caranya.! cuma malas nak tulis hehe. Aku jenis pemalas tau! nak pergi sekolah esok pon malas. :( dahlah esok confirm kena denda sebab latihan bahasa arab yang cikgu kasi tak siap lagi. Kalau korang nak tau, kalau nak tau laa hehehe, kalau tak nak boleh pangkah atau close jee tab blog ni :p Keje sekolah lain senang je aku siapkan tapi kalau berkaitan dengan subject arabic, satu pon aku tak sentuh melainkan masa nak belajar subjek ba. Hish! teruk gile! 

Ok bai baiiiiii~ Esok sekolahhh :) *layan lagu hazama-relakan jiwa jap pastu nak main edit photoshop pastu tidoo pastu bangun pastu pergi sekolah pastu pastu pastu aaaaaaaa....... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh!