Tuesday, 10 September 2013

Aku & Dentist

Assalamualaikum
        Weh, semalam kemain happy hahahah sebab dah berjaya cabut gigi geraham bahagian atas kanan, sebenarnya kisah dia macam ni, dekat sekolah kan biasanya setiap tahun ada buat check up untuk gigi kan, so tahun lepas ada la nurse ni check gigi aku dia kata gigi aku ni kena cabut, tapi tak boleh buat kat sekolah kena pergi kat pakar, hoih aku bila dia kata macam tu lagi la kecut perut. Jumpa pakar? macam teruk je, tapi ni tahun lepas punya hal, aku tak pergi pah sudoh orang ganu kate hahaha. Sampai laa minggu lepas, aku volunteer myself gi check gigi untuk tahun ni, nurse tu pon kata 'awak ni tak pergi cabut lagi ke gigi tu'? aku pon macam hehehehe. Sampailah semalam aku pegi sekolah ade budak ni kata kawan dia menangis sebab gusi dia kena belah, so kawan aku ni tanya laa mungkin gigi dia teruk sebab tu kena belah, budak tu jawab tak de pon, gigi dia macam biasa aahh, tapi tak tahu pehal kena belah. Maybe doktor tu tak pakar lagi sebab ade orang kata dia doktor praktikal, probably laa. Aku pon bila dengar perkataan belah terus kaki aku jadi sejuk and jantung tak berdegup secara normal. Memang sepanjang 45 minit dalam bas tu aku sejuk whereas tak pasang aircond sebab jimat minyak hahahhaa..


So lepas balik dari sekolah tu terus aku berazam yang aku nak cabut gigi malam ni jugak! hahaha. Dengan semangat waja aku, memang pukul 7.55 p.m aku dah keluar dari rumah on the way nak ke klinik gigi. Sampai je kat klinik nurse kata duduk la dulu sebab doktor dtg pukul 8.30, so I decided nak pusing-pusing la dulu kedai dekat sini ni hehee. Aku minta permission nurse and keluar, haaa dekat sini ada part yang agak mengerikan bagi aku, kakak aku dengan adik aku. Masa aku nak pergi jalan-jalan/pusing-pusing ni ada 3 orang bangla duk ikutt je. Aku masuk pharmacy dia tunggu kat luar, aku masuk pasarayaku dia masuk jugak, aku keluar dia pon keluar jugak. Memang nervous dengan trembling gilaa ah masa tu.. Terus aku ajak kakak aku masuk kedai 2 Ringgit duduk diam menyelit dekat bahagian makanan, hoihhh lepas 4-5 minit tu terus ajak kakak dgn adik balik ke klinik sambil jalan laju-laju. Alhamdulillah sampai jugak kat klinik.



Masuk je pastu tunggu dalam 10 minit doktor mari and nama aku yang mula-mula kena panggil hahahah. Terkejut jugak tapi tak nervous pon hahaha *angkuh gila* masuk je terus duduk atas kerusi tukan. Masa tu aku baca bismillahitawakkaltu'alaAllah doktor pong inject, sakit macam kena gigit semut sikit je. pastu aku tanya doktor..

Aku : Doktor siap dah ke?

Doktor : *suka* Baru inject tak siap lagi, nak keluar boleh tapi kena bayar la, gigi tu tak cabut lagi. 

Aku : *lol* 

Lepas tu doktor tunggu sampai gusi betul-betul kebas, time ni aku tanya doktor (byk sungguh soalan)

Aku : Doktor sakit tak?

Doktor : Tak sakit pon.

Masa ni doktor jalan nak prepare alat nak cabut gigi, aku pon nervous kejap terus tanya

Aku : Doktor kena belah ke?

Doktor : Hissh mana ada belah.

Aku tak pandai buat dialog tapi lebih kurang ayat yang aku tulis tu laa huhuhu. Alhamdulillah tak sakit pon cabut gigi ni :p. Tak rasa apa-apa, hoho bertuah aku tinggal kat kawasan ni, mak aku kata service kat klinik ni memang bagus, ramai kata cabut gigi tak sakit. Kalau kat klinik lain tak tau laa. huhu. Malam tu pukul 1 baru aku tidur sebab darah tak berhenti keluar hhohoho. Okey, Sekian cerita yang tak nampak macam cerita ni :::::)

No comments:

Post a Comment