Thursday, 26 September 2013

Check Gigi Lagi!

Assalamualaikum
       Eh, korang mesti rajin dengar lagu Friso Gold yang ade lagu start macam ni, we've only just met~ haaa lama dah aku cari lagu ni, bestt wooo. Nasib baik jumpa ni videonya, dipersilakan

haaahaaa best wehhh :p


........

balik pada topik asal, hari ni sekolah aku buat check gigi!! check gigi lagi!! khas untuk form 4!! why? why? kenapa untuk form 4 je! hahahaha kecut perut weh, first time aku masuk, rasa macam jejak kaki dalam bilik operation je, haha seram!!

haa macam ni laa susunan diaa, banyak gila tempat check gigi

bila nurse tu nak check gigi aku, aku tanyelaa, asal form 4 je kene? dia kata, ni testimoni je, macam praktis je hahaha, ooo praktis :p tapi best, aku rasa macam nak tido masa dia check tu sebab lembut je, OH lupa nak kasi tau, aku check gigi start pukul 9.30 pagi sampai 1.30 tgh hari. 3 Jam!!! wooottt, semua kena check dengan 10 orang doktor/nurse, tapi ade 5 doktor/nurse yang check 2 kali, maknanya kitorang kena check gigi sebanyak 15 kali! hahahaha terkejut memang ahh!!!



Tuesday, 17 September 2013

ABJZ : Anda Bijak Jauhi Zina

Assalamualaikum
           Anda bertemu lagi dengan saya, pemilik bagi blog yang boleh dikatakan agak 'cun' ini. Hari ini saya akan membicarakan topik yang sedang hangat tidak kira di mana anda berada kerana boleh dikatakan topik ini sering menjadi juadah/santapan mata kita ketika menonton/membaca berita berkaitan hal semasa. Seringkali terpapang di dada-dada akhbar, kaca-kaca televisyen, mahupun corong-corong radio tentang pembuang bayi yang semakin menular di kalangan masyarakat tahun demi tahun. Nauzubillah.. haisshh sah! aku ada bakat jadi pengacara televisyen. puihhh :p. Ok2 let's get back to the main topic. ABJZ? What the heck is that? ABJZ is an abbreviation for Anda.Bijak.Jauhi.Zina. Say no to ZINA!!.. atau kalau kita nak kata kat diri sendiri. Saya.Bijak.Jauhi.Zina.

(: baca surah Al-Isra' 17:32 :)

Sebenarnya, ABJZ ni merupakan sebuah syarikat yang mana matlamatnya adalah untuk membantu remaja menghayati Islam sebagai the way of life atau cara hidup, membantu remaja membina semula keyakinan diri dan membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manafaat kepada masyarakat. Untuk matlumat lanjut boleh layari laman sesawang ni....

Berdasarkan pengalaman aku semasa kem motivasi ni dijalankan. Best, memang best cuma ada laa part yang sangat mengerunkan sampai rasa dah tak boleh tengok. Takut!! Tapi diselitkan juga lawak jenaka, takkan nak serious all the time kan. Tapi bagus kem ni, untuk menyedarkan remaja zaman sekarang yang semakin berleluasa pergaulan mereka. Kalau dulu kita boleh kata kat bandar je ade semua benda camni tapi sekarang dekat ceruk kampung pon ada. Tapi tak semua la. Wallahualam. Program ni In Sha Allah dengan izinNya menyedarkan diri kome-kome semua. Kalau tak hundred percent berubah mungkin dalam 35, 50, 75 percent berubah In Sha Allah. Tapi kena ada laa semangat Istiqamah tu :) aku ni pon separa sedar lagi tapi my passion has massively increased when listening to this motivation. Highly Recommended !! 

Cara diorang sampaikan mesej pon sedap telinga mendegar, tak la sakit hati ke hape ke. Bahasa yang digunakan lembut. Tak kasar. Dalam program ni kome-kome semua akan mengetahui bagaimana keadaan remaja di luar sana yang telah tersasar dan kembali ke pangkal jalan. Cara nak menangani perasaan ni. Kepada siapa cinta kita ni perlu diserahkan. haaa. best best best. Kalau sekolah korang ada buat program cegini pergi laaa. Bila aku dengar semua kisah benar yang diorang cerita, aku berasa yang hari kiamat ni macam dah tersangatlah dekat. Zina di tempat umum???? Astaghfirullah. Istighfar bebanyak. Apa yang aku dapat dalam program ni adalah, nikmat yang kita dapat bila buat perkara yang dilarang keras oleh Allah ni sementara saja, dan penyesalan, kekecewaan, kesedihan, kesakitan yang dapat itu berkekalan sepanjang hayat dikandung badan. Tulah Allah dah kata, nikmat yang sebenarnya hanya dapat dirasai bila betul-betul/khusyuk beribadah kepadaNya sahaja. Aku belum termasuk lagi kategori tuu. bila la agaknya? :/

Through this program juga aku tau kehidupan masyarakat kaum pompeii di Itali, korang baca sendiri kat internet eh aku malas nak taip hehehe :p sebenarnya ada tengok dalam tv haritu tapi tak tau pebenda. Bila tahu kisah benar barulah tahu kejadian asalnya.



The End, hope you guys have a wonderful day in your daily life and don't forget Allah so that Allah will always remember you. Even though Allah knows everything :) Oh and also don't forget our prophet s.a.w. He had sacrificed too much. Tooo muchh. For us who doesn't even think about him. Let's remember what have we done and lets bygone be bygone. Take a new fresh step and  go ahead, new challenges is waiting for you. :) Let's clean ourself with Istighfar to Allah. (sorry for my grammar, grammar is my weakness spot in english)

p/s aku saje je buat entry ni sebab aku tengok kat pageview blog aku, banyak sungguh keyword yang tak elok. geram aku. buat tajuk lain, lain yang dicari. hishh. Nauzubillah.

Tuesday, 10 September 2013

Aku & Dentist

Assalamualaikum
        Weh, semalam kemain happy hahahah sebab dah berjaya cabut gigi geraham bahagian atas kanan, sebenarnya kisah dia macam ni, dekat sekolah kan biasanya setiap tahun ada buat check up untuk gigi kan, so tahun lepas ada la nurse ni check gigi aku dia kata gigi aku ni kena cabut, tapi tak boleh buat kat sekolah kena pergi kat pakar, hoih aku bila dia kata macam tu lagi la kecut perut. Jumpa pakar? macam teruk je, tapi ni tahun lepas punya hal, aku tak pergi pah sudoh orang ganu kate hahaha. Sampai laa minggu lepas, aku volunteer myself gi check gigi untuk tahun ni, nurse tu pon kata 'awak ni tak pergi cabut lagi ke gigi tu'? aku pon macam hehehehe. Sampailah semalam aku pegi sekolah ade budak ni kata kawan dia menangis sebab gusi dia kena belah, so kawan aku ni tanya laa mungkin gigi dia teruk sebab tu kena belah, budak tu jawab tak de pon, gigi dia macam biasa aahh, tapi tak tahu pehal kena belah. Maybe doktor tu tak pakar lagi sebab ade orang kata dia doktor praktikal, probably laa. Aku pon bila dengar perkataan belah terus kaki aku jadi sejuk and jantung tak berdegup secara normal. Memang sepanjang 45 minit dalam bas tu aku sejuk whereas tak pasang aircond sebab jimat minyak hahahhaa..


So lepas balik dari sekolah tu terus aku berazam yang aku nak cabut gigi malam ni jugak! hahaha. Dengan semangat waja aku, memang pukul 7.55 p.m aku dah keluar dari rumah on the way nak ke klinik gigi. Sampai je kat klinik nurse kata duduk la dulu sebab doktor dtg pukul 8.30, so I decided nak pusing-pusing la dulu kedai dekat sini ni hehee. Aku minta permission nurse and keluar, haaa dekat sini ada part yang agak mengerikan bagi aku, kakak aku dengan adik aku. Masa aku nak pergi jalan-jalan/pusing-pusing ni ada 3 orang bangla duk ikutt je. Aku masuk pharmacy dia tunggu kat luar, aku masuk pasarayaku dia masuk jugak, aku keluar dia pon keluar jugak. Memang nervous dengan trembling gilaa ah masa tu.. Terus aku ajak kakak aku masuk kedai 2 Ringgit duduk diam menyelit dekat bahagian makanan, hoihhh lepas 4-5 minit tu terus ajak kakak dgn adik balik ke klinik sambil jalan laju-laju. Alhamdulillah sampai jugak kat klinik.



Masuk je pastu tunggu dalam 10 minit doktor mari and nama aku yang mula-mula kena panggil hahahah. Terkejut jugak tapi tak nervous pon hahaha *angkuh gila* masuk je terus duduk atas kerusi tukan. Masa tu aku baca bismillahitawakkaltu'alaAllah doktor pong inject, sakit macam kena gigit semut sikit je. pastu aku tanya doktor..

Aku : Doktor siap dah ke?

Doktor : *suka* Baru inject tak siap lagi, nak keluar boleh tapi kena bayar la, gigi tu tak cabut lagi. 

Aku : *lol* 

Lepas tu doktor tunggu sampai gusi betul-betul kebas, time ni aku tanya doktor (byk sungguh soalan)

Aku : Doktor sakit tak?

Doktor : Tak sakit pon.

Masa ni doktor jalan nak prepare alat nak cabut gigi, aku pon nervous kejap terus tanya

Aku : Doktor kena belah ke?

Doktor : Hissh mana ada belah.

Aku tak pandai buat dialog tapi lebih kurang ayat yang aku tulis tu laa huhuhu. Alhamdulillah tak sakit pon cabut gigi ni :p. Tak rasa apa-apa, hoho bertuah aku tinggal kat kawasan ni, mak aku kata service kat klinik ni memang bagus, ramai kata cabut gigi tak sakit. Kalau kat klinik lain tak tau laa. huhu. Malam tu pukul 1 baru aku tidur sebab darah tak berhenti keluar hhohoho. Okey, Sekian cerita yang tak nampak macam cerita ni :::::)