Saturday, 23 March 2013

Pedih Ulu Hati menyerangku

Assalamualaikum
      hai hai, korang penah rasa tak camane seksanya pedih ulu hati ni? tapi aku rasa gastrik n appendix sakit lagi kot. aku tak penah rase sume tu except pedih ulu hati. aisehh. kalau dah tak boleh tahan pedih ulu hati, gastrik dengan appendix apatahlagi. sebenarnya aku sakit start 3 minggu lepas, lame tu. sakit tu serang sekejap je. pastu hilang. pastu datang blik. sepanjang sakit ni aku dah boleh predict bila sakit tu nak datang hahaha. bulan ni 4 hari tak pegi sekolah, menyesal, kecewa semua ade sebab ketinggalan ape yang dah belajar :'(


please bezakan macam mana sakit pedih ulu hati, gastrik dan appendix.

Pedih Ulu Hati ni berkaitan dengan hempedu kita tu, dekat bahagian tengah perut, bawah dada sikit. macam yang atas tu, so aku prefer gaviscon kalau nak hilangkan tapi tak tau hilang ke tak sebab ade je penyakit yang lebih kurang sama macam pedih ulu hati tapi sebenarnya bukan. tapi pedih ulu hati ni kalau dah teruk sangat, boleh jadi, penyakit ni kalau berlarutan akan pergi ke next stage iaitu gastrik. ayoyo. nak tau lebih lanjut pasal pedih ulu hati boleh scroll down. 

Gastrik pulak sakit dia memang perghh, pedih kot, meskipon aku tak pernah kena tapi berdasarkan pengalaman kawan-kawan aku, keluarga aku nampak macam tak boleh tahan giler. mak aku cerita kat aku camane dia kena dulu, seram yang amat. kalau sakit perut + nak muntah tu confirm gastrik. cara nak rawat gastrik ni berdasarkan pengetahuan cetek aku hanyalah jaga waktu makan, jangan makan berlebihan tapi kena kerap makan. *cantik kan b. melayu aku.* lepas tau je semua tu, nasi yang aku makan sekarang sudah tidak memenuhi ruang pinggan, kalau tak memang penuh pinggan dengan lauk sambil makan gelojoh-gelojoh.. terukgileperangai

Appendix, aku tak tahu sangat sebab setakat ni aku tak pernah jumpa lagi orang sekeliling aku yang kena appendix, tapi kawan aku ade cerita yang abang dia dulu time kecik sakit perut, ingatkan sakit perut biasa-biasa je, and then suatu hari, abang dia ni sakit perut sampai menggeletar seluruh badan ni semua sebab appendix yang ade dalam badan dia tu dah pecah, aku tak tengok tapi aku boleh bayang camane sakit tu. so the one and only way kena buat operation sebab nak buang penyakit yang ada dalam bahangian kanan perut. 

semoga Allah jauhkan semua penyakit tu. and kalau nak tahu. kalau dah tahu stop sini ok. perut ni punca segala penyakit. so watch out. bedebo ni sebab time tulis ni rasa macam sakit perut tu nak datang balik :(

So di antara penyakit lain yang menunjukkan simptom hampir menyerupai simptom pedih ulu hati ini ialah:
  • Sakit jantung (Angina) – terasa sakit dada yang disebabkan oleh kurangnya aliran darah ke jantung.
  • Batu hempedu (gallstone) – terasa sakit di bahagian tengah atau sebelah kanan-atas abdomen, apabila batu menyumbat duktus hempedu.
  • Ulser perut – terasa sakit di bahagian atas abdomen dan dada, disebabkan oleh keradangan bakteria di lapisan perut dan ia boleh dirawat dengan mengambil antibiotik.
  • Hiatal hernia (pedih ulu hati) – terasa sakit di bahagian atas perut hingga membawa ke diafram dan kaviti dada, kerana makanan dan asid perut ditolak ke dalam esofagus menyebabkan terasa pedih ulu hati.
  • Kanser esofagus – terasa sakit di bahagian esofagus, namun ini jarang terjadi.
  • Gastroparesis – terasa sakit di perut kerana kerosakan saraf di salur penghadaman yang disebabkan diabetes yang tidak terkawal. Ini menyebabkan pergerakan makanan jadi perlahan semasa melalui perut. Kesakitan ini boleh dikurangkan dengan mengambil makanan yang sedikit dan jangan mengambil makanan berlemak dan berfiber.
  • Radang esofagus (Esophagitis) – terasa sakit/pedih ulu hati disebabkan kerap terjadi refluks asid ke esofagus. Perlu ambil ubat untuk mengurangkan keradangan ini.
  • Pleuritis atau Costochondritis – Pleuritis ialah radang di lapisan kaviti peparu dan dada menyebabkan terasa pedih ulu hati di bahagian dada terutamanya semasa menarik nafas panjang dan bergerak. Radang ini disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Costochondritis pula ialah radang di rawan yang menyambungkan tulang rusuk ke tulang dada (sternum) yang menyebabkan terasa sakit di sepanjang sternum (tulang dada). Kesakitannya boleh dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit.
  • Kebimbangan/kerisauan (Anxiety) – Ini juga boleh menyebabkan terasa pedih ulu hati. Ia boleh dikurangkan dengan cara mengurangkan rasa kebimbangan dan kerisauan dengan menyelesaikan masalah yang berkaitan sedapat mungkin, bertenang, senaman, terapi, berdoa, berzikir, dsb.
Ringkasnya, jika terasa pedih ulu hati, perlulah dikenalpasti punca sebenarnya dengan segera supaya ia boleh dirawat pada peringkat awal lagi, terutamanya jika ia disebabkan oleh penyakit-penyakit yang serius

credits goes to http://seharumcintalavender.blogspot.com

edit : ok baru balik dari klinik dan doktor sahkan saya ada gastrik T_T sobs sobs 

1 comment:

ummu said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Redakan Pedih Ulu Hati Semasa Hamil

Post a Comment