Monday, 28 January 2013

Saya Seorang Penagih Tegar...

Assalamualaikum
     Jangan terkejut bila bace tajuk tuh hehe.  okey saya admit yang saya memang penagih tegar kepada...........................................ICE also known as AIS BATU heee  :P..kalau nak tahu saya kalau dah terjumpa ice memang terus tercam. Bunyi mase gigit tuu krunk, krunk, krunk.. waaaa yang ni lah paling saya sukaaa!! best weh kalau dapat gigit ice, kat rumah ice memang ade sokmo.. kikiki..

baru je lepas ''kekah'' ice x)

lagi satu, saya tak boleh tengok rancangan yang tunjuk ice tak kira la yang dalam gua ke, kutub utara ke, memang air liuq meleleh-leleh. eh? addicted sangat ke nih? macam terlebih ketagih jee..huahua..macam orang yang hisap rokok la. Diorang ketagih dan sukar untuk berhenti. So same la macam saya, cuma replace rokok dengan ice. tengok rasa macam eiiii geram siott

dah boleh buat ice blended. but search punya search rupa-rupanya ice ni ade kelebihannya.

Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia

Fakta Kelebihan Ais :-

  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. 
  • Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. 
  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. 
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. 
  • Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. 
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. 
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. 
  • Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. 
  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. 
  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan. 
  • Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. 
  • Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. 
  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. 
  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. 
  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. 
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. 
  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. 
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. 
  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan. 
  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh. 
  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. 
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. 
  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya. 
  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk. 
  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil. 
  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan. 
  • Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. 
  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut. 
Petikan dari buku panduan dan aplikasi Seri Wajah (Aromatherapy Vibration) – Dr.Nohissam Mustafa
keburukan korang cari sendiri laaaa hahaha tak sanggup nak search, nanti jumpa benda lain kang, saya yang takut x) tapi ada terbaca yang ice ni tak beberapa elok untuk anak dara. :( kene kurangkan laa huk alah...papepon Wallahualam..

''Ya Allah kau tingkatkanlah iman didadaku seiring dengan usiaku''

Monday, 14 January 2013

Lipas ooo Lipas...!

Assalamualaikum.
           Lipas. Satu jenis serangga yang sangat ''digilai'' oleh kaum hawa. Satu jenis serangga yang boleh membuatkan kaum hawa ni, menjerit macam kene histeria.. macam baru lepas jumpe hantu dll..Wahai Lipas kenapa kau ade sayap? kan best kalau kau tu takde sayap duduk senyap. badan macam buah kurma je dari jauh. ngeh3~

banyak lah pulak update entry bulan nih. -_-''

Kalau korang nak tau! aku baru je kene attack dengan 1family lipas. Suami, Isteri dan anaknya, kirenye 3 ekorlah nih. huhuhu...aku tengah syok2 main tablet. 'dia' boleh lalu tepi aku dengan selamba badaknye! hahaha aku macam boleh tau reaksi muke lipas tu jek? so ape reaksi aku lepas tu? memang bertempiklah aku!!..mula-mula sekor. pastu aku lari dengan adik aku, nampak sekor lg fulamak! sejak bile rumah aku ni jadi sarang lipas ek? ayah aku takde kasitau pon dia nak bela anak beranak lipas kihkihkih...aku pon menyoroklah disebalik pintu untuk melihat tinda-tanduk lipas-lipas tu...''diorang'' macam bgi kumpulan pulak. satu pegi situ. satu lagi pegi situ pulak. sekor pegi dkt buku nota aku.. aii cari nahas lipas nih.. salah orang terrrr cik lipas oii...


Aku geram sangat sebab dia terbang dekat kawasan aku buat keje sekolah je. kau suke la aku kene dende dengan cikgu kan cik lipas? eiii...the only solution. aku pegi dapur ambik ridsect..HAHA nahas kau  wahai lipasku sayang! so aku dengan beraninye keluar smbil toleh ke kiri dan kanan sebab takut ade geng dia yang 2 ekor lagi tuh...rase macam berlakon dalam mission imposibble kihkihkih :3..sampai dkt tempat aku buat keje sekolah tuh. aku dah target dah nak sembur nih. tapi dia sempat lariiiiiiii!!! damn you lipas!! kebetulan lah sgt mase dia lari tu. ayah aku baru balik dari keje. ayah aku buatla hon nak suruh aku bukak pagar. mase tuh aku memang tak tau nak buat ape!!  3 kali ayah aku hon..aduh camane nih?!!! and after that adik aku kate pergi je lah. buat tak tau je lipas tu...eleh! poyo je ayat. macam berani je..aku pon dengan semangat yang tak beberapa nak ada keluar nak bukak sliding door..selak je langsir. WAA!!! ''dia'' ade kat bawah tu laa!! terlompat-lompat aku dengan adik aku kat situ sambil belari kedapur. abang aku kate pehal? aku kate laa lipas tu tak berani la nk bukak. hang pegi bukak lah *aku ckp kelantan korang translate la sndri whaha*.. hahaha abang aku pegi la tolong bukakkan..cis..aku kene marah di mak aku wey!! bising gile kot.. ngeh3~ aku buat selamba badak aku je lah..sengih :B... END OF THE NIGHTMARE STORY...

Honestly aku takut dengan semua serangga terbang...belalang, mentadak, dan rama-rama!!! kihkihkih.... kecuali burung :P

Wednesday, 9 January 2013

...اللغة العربية لغة الجنة

Assalamualaikum
         Yippee!! yeaa!! melompat kegirangan aku bila tau yang nama aku ade dalam kelas perdagangan!! yihaaa!! tak payah lagi berhadapan dengan biologi.. tapi sedih wuu :'( sayang cikgu kelas tu, semua best,best!! nak, nak cikgu biologi! eh? hahaha memang!! aku minat cikgu biologi je :P subjek dia tak! sebab teacher tu pakai purdah! ohsem kan? :B sedih cikgu.. kalau boleh nak tukar subjek je, cikgu kekal!! masuk je kelas perdagangan boom!! byk nye nota.. nota,nota,nota!! I totally hate nota!! kelas lame takde pon buat nota, bukan takde jarang.. kelas sekarang majoriti semuanya nota! tapi apekan daya, nak belajar perdagangan punye pasal. btw tadi cikgu-cikgu yang mengajar subjek BI masa form3 belanja KFC sebab kitorang dapat A pmr lepas..ngeh3~

Bahasa Arab Bahasa Syurga اللغة العربية لغة الجنة
Bahasa Arab Bahasa Quran - اللغة العربية لغة القرآن
Bahasa Arab Bahasa para Nabi - اللغة العربية لغة الأنبياء 

Aku nak tukar prinsip aku yang mengatakan bahawa bahasa arab ni susah! memang aku akui yang first time aku belajar bahasa arab ni bukan main susahnye.. tapi bile aku muhasabah diri aku balik, bahasa arab ni banyak faedahnya kalau kita pelajari..:) aku suke bahasa jerman dan bahasa omputeh. so sekarang aku nak try satu lagi bahasa iaitu لغة العربية InsyaAllah..

*Guys! ingat tak aku ade buat entry pasal ribut sonamu tuh? Alhamdulillah, kawasan pantai 
timur dijangka bebas daripada ribut tuh! :) Alhamdulillah. no more cuti sekolah :P*

banyaknyee keje sekolah.. but itsokey sebab aku nak concentrate sungguh-sungguh!! yay.. sekarang pada aku pelajaran nombor 1. dekat sekolah aku bawak beg berat woo.. pakaian aku selekeh gilee siot.. tapi who cares? hahaha sebab aku dah set in dalam mind aku yang pegi sekolah belajo-belajo-belajo, orang tengok aku ade aku kesah? kawan aku kate aku macam makcik! ngeh3~ dekat sekolah jepon aku selekeh. rileks la brader.. :P okey bye,bye kalau ade kelapangan masa akan kuupdate lagi. sekarang tengah kesuntukan masa but still ade time nak update blog :P :P tata 

lupe nak kasitau, ni lah subjek yg aku ambik bg tahun ni & tahun hadapan InsyaAllah kalau kekal :)

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Math Moden
Add Math
Perdagangan
Prinsip Perakaunan
P. Syariah Islam
P. Al-Quran & As-Sunnah
Science

Monday, 7 January 2013

Ribut Sonamu Bakal Melanda Pantai Timur?

Assalamualaikum.
          Entry ni ditulis khas sebab nak kasitau kepada semua rakyat Malaysia, tak kira duduk dalam kawasan pantai timur ke, pantai barat ke ngeh3~. Kepada rakyat Terengganu, Kelantan, Pahang, kita hendaklah berjaga-jaga mulai sekarang. Ade kabar angin yang mengatakan bahawa Tsunami pon bakal terjadi. Ya Allah. Nasib baik semua tu tak betul. Kalau betul-betul ade tsunami. memang habis 1 Malaysia. percayalah! Malaysia ni kan kecik je..btw ribut ni dipanggil ribut Sonamu dengan kelajuan 60-100 km/h. ataupon  40 batu dalam masa 1 jam!! aku ingatkan slow je. sebab kalau bawak kereta kan 40,50,60 ni apelah sangat. tapi sangkaanku meleset, sebab ni angin bukan kereta haaa.. ribut ni dah meragut satu nyawa akibat dihempap oleh sebatang pokok di philipina dengan anggaran 500 buah rumah musnah..laju woo  *cikgu kasitau*



berdasarkan apa yang aku dengar. ribut ni akan melanda kawasan pantai timur selama tiga hari. bermula hari ni Isnin,Selasa dan Rabu, tapi aku ade dengar kabar angin kate sampai hari Jumaat. Wallahualam. Rumah aku tepi pantai :S ..semua perasaan ade sekarang nih! Solat hajat banyak-banyak nih! Jabatan Meteorlogi Malaysia menjangkakan hujan lebat peringkat Kuning akan bermula hari ni dari pukul 7.10 ptg sehingga hari Rabu..Wallahualam

SumberJabatan Meteorlogi Malaysia

manusia hanya merancang/mengkaji tapi Allah yang berkehendak. bila Allah kata 'Kun Faya Kun' tiada siapa pon boleh halang kehendakNya.. Allahuakbar. Kepada kwn2 yang tinggal dkt kawasan pantai timur jgn la bimbang sgt, kita ambil langkah berjaga-jaga je :-)