Sunday, 29 December 2013

Segmen Aktifkan Azam Baru Tahun 2014

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Sempena menyambut kedatangan tahun baru, segmen khas ni dibuat untuk penyenaraian azam baru anda tahun 2014 ini. Moga dengan adanya azam baru, segala apa yang dirancangkan, tercapai matlamat. Teringin jugak nak tahu azam baru anda semua. So, jom kita meriahkan segmen ni.

HADIAH:
2 pemenang akan menerima hadiah novel

Senarai azam baru anda sempena tahun 2014:
- Menjadi seorang anak yang solehah dan taat kepada Ibu & Ayah
- Menjadi hamba yang patuh kepada perintah Allah
- Dapat keputusan yang at least membanggakan kedua ibu bapa aku :)

TAMAT: 31 JANUARI 2014

Sunday, 22 December 2013

Tips Nak Cemerlang Subjek Math & Seangkatannya.


Aku selalu dengar orang kata, kalau dah bijak subjek science mesti lemah subjek matematik, dan kalau matematik pulak terror mesti subjek science ko. Ye ke? Aku tok caye. hahaha. Bagi aku subjek matematik lebih senang daripada science. Hehe tapi dalam masa yang sama science tak sesukar yang disangka. Tips nak lulus matematik teramatlaahh senang! Ni untuk matematik moden je. Additional Addmath dikecualikan sebab aku tak beberapa terroor tapi still boleh guna tips yang sama memandangkan kedua-duanya melibatkan angka dan formula. Tips ni aku yang guna. Aku tak tau effect dia berkesan ke tak tapi apa salahnya try and error kan? Kita belajar daripada kesilapan sendiri. hihi

1- Buat matematik kena ikut berdasarkan Formula yang telah disediakan. Kalau dalam exam paper, dia dah ada dekat halaman mula-mula sekali, aku tak hafal sangat formula ni cuma ada la dalam 2-3 formula kena hafal sebab dia tak letak dekat halaman depan tu, Kalau add math pulak banyak la sikit, formula add math yang disediakan dekat m/s depan pon ciput jee. :( tak membantu tu pasal aku tak terror sgt muahaha. Tapi yang penting Formula.

2- Tak kira la subjek matematik ke science ke, kita kena selalu buat Latihan walaupun aku tak selalu buat pon *muka toya* hahaha. Serius wey, latihan kena ada selalu. Kalau cikgu math aku dia memang sediakan latihan lepas mengajar kasi ingat katanya, cikgu tu jgk wajibkan semua murid dia ada file untuk kertas yang dia dah bagi dan kena bawak setiap kali subjek matematik. Tapi it works. Masa exam smooth je jawab. Cuma ada la satu question yang cari nahas. haha. By the way, jawab exam math jgn terburu-buru nanti jadi careless macam aku sobs sedih beb :'( markah bagi soalan target ciput je dapat sebab careless pnye pasal.

3- Fokus pon penting jugak time cikgu tengah mengajar, kalau tak faham cepat-cepat angkat tangan atau direct pergi kat cikgu and tanya cikgu sampai paham. Tanya apasal yang tu macam tu, yang ni macam ni. Kalau tak bertanya sampai bila-bila pon tak tau, kalau habis malu pon pergi jumpa kawan kita yang paling terror untuk subjek yang kita nak tanya tuu..

4- Buat Revision/Study Group dengan kawan-kawan, ajak kawan yang pro dalam subjek yang kita nak study tu. Dalam kelas aku, terutama time add math ramai yang tak paham sebab cikgu tu slow talk (cakap perlahan) hahaha muke handsome putih melepak tapi suara dia adoii perlahan gile, mengantuk pon ada masa dia mengajar, dia ajar kemain cepat. Memang ribut sampai satu pon tak paham, tapi yang simple paham lerr. hehe. Dia pon jarang masuk kelas sebab dia ni boleh kira guru disiplin jugak ler, pegang rotan all the time. Tapi baikk. hihi. So disebabkan kitorang tak paham, kawan aku volunteer herself nak ajar & jadi guru tak bergaji, dia laa dok ajar depan whiteboard. Kawan-kawan lain including lelaki dok dengar kalau tak paham panggil dan dia terang satu-satu. Dia bijak add math so bila time cikgu add math tak masuk dia ajor lerr kat depan. hihi.. bab 10 differentiation dia sorang ajo dan Alhamdulillah bab ni tak semudah yang disangkaa!! :'( menangis air mata darah jawab huaaaaaa..

5- Belajar dengan adik beradik pon boleh. Kalau kita ada abang/kakak yang pandai subjek-subjek tertentu suruh lerr diorang ajoo.. kalau dia taknak dia kakak/abang yang kejam! sampai hati taknak ajar adik sendiri haha. Nasib baik aku dah perfectoo. Kakak aku ajar prinsip akaun dan abang aku ajar add math/math/science. Kalau belajar dengan adik-beradik lagi untung, tak payah pergi daftar tuisyen. :) belajar pon ikut suka hati bilaa-bila masa jeee muahaha. 

Selamat Mencuba, semoga usaha kome-kome semua berbaloii.. Takpee.. kita semua start daripada bawah, belajar slow-slow. aku pon bukan amalkan sangat tips yang tertera. ahahhaha. btw tips tu bukan matematik je boleh guna, subjek lain pon bolehhh :) sekadar berkongsi pengalaman aku stuudy camane. :) happy learning.

Sunday, 15 December 2013

Unfold Part I & II

Assalamualaikum, 
cerita unfold ni fully made by malaysians (chinese)
mengisahkan hubungan percintaan jarak jauh
p/s : aku bukan jenis jiwang tapi jalan cerita dia best. JinnyBoyTv memang genius hahaha.

Part 1
 

Part 2

Thursday, 12 December 2013

Novel - Novel karya Acik Lana

Assalamualaikum :)

        Kalau korang kenal, korang kenallah. Acik Lana ialah seorang penulis yang berbakat dan kebanyakkan novel yang ditulisnya memang tak puas baca, best aahh. haha. Sekarang acik lana tengah usahakan karyanya yang terbaru Akadku Yang Terakhir, so far banyak feedback yang positif dan mintak-minta buku ni tak limited macam Perempuan yang Paling Aku Cinta hihihi :p kalau diikutkan rasa dihati, semua karya acik lana ni rating dia 5/5 stars.. xD So jom terjah novel karya beliau :)

Karya Pertama - Aku Bukan Mistress


novel ni dah lama baca dan jalan cerita dia memang best. Mengisahkan tentang Mya yang menjadi perempuan simpanan Mikail, dan kawan kepada Mikail ni, Adam nak ke Mya, jadi kiranya Adam ni bersifat talam dua muka depan Mikail baik, depan Mia macam hape perangai! And then ada peristiwa buruk terjadi dekat Mya dan start situ Mikail jadi overprotective terhadap Mya. (rasanyala, ku tak ingattttt!) Ahaa tak nak expose sangat, yang dah baca confirm dah tau, kalau yang belum pergi beli right now! Sumpah best! Novel ni bakal didramakan. aku tersangat excited hihi :p  [ Full Review Sini ]

Karya Kedua - Maaf Jika Aku Tak Sempurna


Macam yang aku kata novel acik lana 5/5 starts xD novel ni romantik sikit, mengisahkan tentang Melina seorang gadis yang kuat bersosial sampai ayah & mak dia dah tak tau macam mana nak sedarkan anaknya yang sorang ni shinggakn ayahnya Datuk Zakri sanggup menebalkan muka meminta jasa baik Luqman seorang lelaki yang handsome untuk menjaga melina ni kikiki, sampai melina terpesona kejap masa first tengok luqman ni sebab badan dia tough, mata color coklat okey imagine sndirilah. Siap berangan jadi makwe luqman haha. Tapi lama-lama melina jadi menyampah dengan luqman disebabkan luqman ni asyik stick dekat dia wherever she goes. buku ni Highly Recommended [ Full Review Sini ]

Karya Ketiga - Kalau Memang Harus Begitu

Kalau baca novel ni memang akan fikir mane konflik yang biasa kita baca dalam kebanyakkan novel. Daripada awal novel ni sampailah m/s ratus-ratus asyik mengisahkan percintaan antara Adara dengan Zidan Adiputra yang sweeet gituuu, tapi bahagian akhir novel ni baru ada konflik besar yang melanda. First baca novel ni kelakar gilo - giloo hahahhaa. :p [ Full Review Sini ]

Karya Keempat - Pelangi Cinta Buat Suami



Tengok cover cantik gilaa tapi hari tu tak sempat nak beli, dah rembat 2 buah novel kalau beli jugak yang ni melayang 60 lebih jugak duit akuuu ~ Aku tak tau nak review camne kekeke xD tapi dah baca sampai bab 40 lebih. Okey. Rasanya boleh dikategorikan best sebab aku start baca pukul 1 pagi sampai pagi tak tido-tidoooo~ woihh.. Kalau baca buku ni nampak pelik sikit sebab macam perigi pulak yg cari timba, xD biasanya timba yang cari perigi kan kekeke :p tapi ada kisah sebenarnya kenapa Imanina tergila-gilakan Tengku Qalif. Nak tau bacaa :) [ Full Review Sini ]

Karya Kelima - Perempuan Yang Paling Aku Cinta [Limited Edition]


Buku ni limited edition maknanya kalau nak buku ni kena tempah direct dengan Acik Lana. Tapi sekarang tempahan dah ditutup disebabkan terlajak ramai pulak yang buat payment, kecewa toksah kata, aku mana pandai bab beli-beli online ni, haaahaa aku suruh kakak aku beli dia tak nak, geram aku xD. Sempat laa baca sampai bab 40 dan memang best, hahaha gilee aku kalau dapat buku ni meroyan tak sudah. xD Mengisahkan hubungan Bunga dan Karl Hakimi, weh karl hakimi ni mat salleh celup oke :p of course hansom. kekeke. aku tak pandai laa nak terang novel ni hahaha baca sendiri [ Full Review Sini ]



Okey setakat tu saja, nak kata review tu bukan review sangat sebenarnya. Saja nak menyemak hahahaa. Sekarang Acik Lana tengah usahakan karyanya yang terbaru dan InshaAllah tahun depan akan dipublishkan. Tajuk Akadku Yang Terakhir. Kalau nak baca mana-mana novel diatas boleh baca kat blog acik lana, tapi sampai bab 40 lebih macam tu je laa. nak lebih-lebih boleh beli hehe :p [ Blog Acik Lana ]

Tuesday, 3 December 2013

Ahmad Ammar Insan Terpilih

Assalamulaikum
        Rupanya dah sebulan arwah meninggalkan alam yang fana ni, InshaAllah, roh arwah dicucuri rahmat-Nya. Infformasi ni aku tahu melalui surat khabar je disebabkan facebook aku dah deactive, jadi berita-berita semasa memang kadang2 tak tau langsung. Tapi apa-apa pun, aku kagum dan malu dengan arwah, rasanya diri ni rendah. Dalam masa yang sama, aku buat perbandingan dengan diri aku berkaitan persamaan akhlak aku dengan arwah, Astagfirullah, jauhnya beza. Malu dengan diri sendiri, banyak usaha dan rintangan yang perlu aku tempuhi untuk mendapatkan kesempurnaan diri ni. Apa yang aku rasa bila baca kisah arwah, perasaan yang paling menonjol ialah cemburu. Cemburu dengan akhlak dan sifatnya, dan sudah pasti aku juga sedih, sedih membaca kisah arwah ;') kisah arwah yang banyak memberi pengajaran kepada kita dan memotivasikan aku untuk terus berusaha menjadi orang yang InshaAllah lebih baik. Apa-apa pon jom kita doakan arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan semoga arwah  mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak :') Jom baca kisah Ahmad Ammar seorang insan yang istimewa Di Sini ;') 


Jom kita sama-sama tanamkan azam dalam diri supaya menjadi orang yang lebih baik daripada hari ini.



pemergian arwah dicemburui, bagaimana dengan kita? Allahu 

Saturday, 9 November 2013

The Hunger Games Trilogy

Assalamualaikum.
       Korang semua tengok tak cerita the hunger games? Well sape-sape yang tengok mesti tak sabar nak tengok sambungan cerita ni kat pawagam nanti kan? The Hunger Games : Catching Fire. Pastu kalau tak silap 2o15 nanti The hunger games : Mockingjay pulak hahaha. Aku tak sabar weh! Cerita dia best gilaa! Tapi malangnya, ade je yang tak menghayati cerita ni macam abg2 aku. Diorang kata cite ni tak bestt. Hampeh douu, tak berjiwa seni langsung. Best ape cite ni. Disebabkan terlebih enthusiasm. Aku beli buku ni dekat Popular dgn harga RM 62.90. Melayang dou duit hambaaa :( tapi takpe sebab mengidam buku ni lameeeee dah, siap haritu semangat nak beli online. haha.

buku ni ada 3 set. Satu buku dalam 300 m/s mcmtu lah.

And you guys boleh beli buku ni in order to improve you english and vocabulary. Aku beli pon ada jugak tujuan nak improve my vocab. hehe. Buku ni sebenarnya untuk bebudak je, umur sekitar 7-12 tahun. Tapi tu utk diorang lah, kita yang dibesarkan dengan adat2 melayu, bahasa kelate melayu mana paham kan? hehehe


To those who haven't see the trailer yet, what are you waiting for? just click the play button below :D

katniss everdeen cantik okay :D peeta mellark handsome tapi pendek sikit hahaha

Sunday, 6 October 2013

Cara Merawat Constipation a.k.a Sembelit =_=''

Assalamualaikum,
            Mesti korang gelak sakan baca tajuk tukan? hahaha, atau korang sendiri yang cari aku tak tau la yang tu, tapi takpelah, sebab tuan punya belog ni pon menghidap penyakit ni sebenarnya. :( Sape laa nak penyakit ni kan, takde pon yang nak tapi cara pemakanan macam nak-nak je. Kalau dah terkena constipation ni berjam-jam duduk dalam tandas, Sumpah!! serik weh! :( aku ni pon bukan nak tulis sangat pasal constipation ni tapi dalam dunia ni bukan aku sorang yang kena, jadi malu tu malu laa jugak, tapi malu berpada-pada laa hehe. Ni untuk kebaikan kita jugak. Kita kat sini refer untuk yang terkena lah, 

Setiap yang terjadi mesti ade sebab kan? Tipu ah kalau takde sebab. Same ah dengan constipation ni, ade sebab jugak antaranya cara pemakanan kita, atau kita tahan atas sebab2 tertentulah tapi rasanya ade je yang malas pergi tandas hahaha. Kalau cara pemakanan tu mungkin makanan tak hadam kot, macam aku ni dah terbiasa, makan laa ape2 pon nasi ke, laksa ke, mee ke. Jenis aku suka kunyah 7-8 kali pastu telan. Tak ikut sunnah langsung, :( kena biasakan diri kunyah 40 kali ni.

Okey ni langkah nak rawat sembelit :) Kita try okey pastu tawakkal.

1.Amalkan Pemakanan Yang Mengandungi Fibre



Mak aku kata, kalau terkena sembelit, makan pisang atau betik. Bagus katanya. Malangnya, stok buah-buahan macam ni bukan selalu ada kat dalam peti tuu :(

2. Minum Air Mineral



well, aku rasa semua orang tau yang badan kita ni mngandungi sebanyak 85% air. Lebih kurang laa, tak silap aku. Jadi air ni cukup penting dalam kehidupan kita. 

3. Herba Kencana


stok herba ni memang selalu ada kat rumah aku cuma aku je yang tak berani minum, sebab mak aku kata lepas telan je herba ni. Terus rasa nak buang air besar, cuma kesan dia tu mungkin ambik masa dalam tempok sehari macam tu aaa..~ Highly Recommended untuk yang ade masalah constipation.

4. Madu


sudah termaktub dalam al-Quran yang madu ni boleh menawarkan segala penyakit, InshaAllah. Jadi kalau sesiapa yang ada stok madu selalu kat rumah bolehlaa amalkan setiap hari, bagus :)

5. Pergi jumpa doktor terus


kalau malas nak amalkan semua tu atau tak cukup duit atau jimat duit atau apa-apalah, korang pegi terus jumpa doktor hahaha. Senang! bagus juga jumpa doktor cuma malu laa kalau kita ni perempuan jumpa doktor laki, so carilaaa doktor yang sama jantina hehehe. Ubat yang doktor kasi pon boleh pakai jugak.


Dan banyak lagi cara-caranya.! cuma malas nak tulis hehe. Aku jenis pemalas tau! nak pergi sekolah esok pon malas. :( dahlah esok confirm kena denda sebab latihan bahasa arab yang cikgu kasi tak siap lagi. Kalau korang nak tau, kalau nak tau laa hehehe, kalau tak nak boleh pangkah atau close jee tab blog ni :p Keje sekolah lain senang je aku siapkan tapi kalau berkaitan dengan subject arabic, satu pon aku tak sentuh melainkan masa nak belajar subjek ba. Hish! teruk gile! 

Ok bai baiiiiii~ Esok sekolahhh :) *layan lagu hazama-relakan jiwa jap pastu nak main edit photoshop pastu tidoo pastu bangun pastu pergi sekolah pastu pastu pastu aaaaaaaa....... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh!



Thursday, 26 September 2013

Check Gigi Lagi!

Assalamualaikum
       Eh, korang mesti rajin dengar lagu Friso Gold yang ade lagu start macam ni, we've only just met~ haaa lama dah aku cari lagu ni, bestt wooo. Nasib baik jumpa ni videonya, dipersilakan

haaahaaa best wehhh :p


........

balik pada topik asal, hari ni sekolah aku buat check gigi!! check gigi lagi!! khas untuk form 4!! why? why? kenapa untuk form 4 je! hahahaha kecut perut weh, first time aku masuk, rasa macam jejak kaki dalam bilik operation je, haha seram!!

haa macam ni laa susunan diaa, banyak gila tempat check gigi

bila nurse tu nak check gigi aku, aku tanyelaa, asal form 4 je kene? dia kata, ni testimoni je, macam praktis je hahaha, ooo praktis :p tapi best, aku rasa macam nak tido masa dia check tu sebab lembut je, OH lupa nak kasi tau, aku check gigi start pukul 9.30 pagi sampai 1.30 tgh hari. 3 Jam!!! wooottt, semua kena check dengan 10 orang doktor/nurse, tapi ade 5 doktor/nurse yang check 2 kali, maknanya kitorang kena check gigi sebanyak 15 kali! hahahaha terkejut memang ahh!!!



Tuesday, 17 September 2013

ABJZ : Anda Bijak Jauhi Zina

Assalamualaikum
           Anda bertemu lagi dengan saya, pemilik bagi blog yang boleh dikatakan agak 'cun' ini. Hari ini saya akan membicarakan topik yang sedang hangat tidak kira di mana anda berada kerana boleh dikatakan topik ini sering menjadi juadah/santapan mata kita ketika menonton/membaca berita berkaitan hal semasa. Seringkali terpapang di dada-dada akhbar, kaca-kaca televisyen, mahupun corong-corong radio tentang pembuang bayi yang semakin menular di kalangan masyarakat tahun demi tahun. Nauzubillah.. haisshh sah! aku ada bakat jadi pengacara televisyen. puihhh :p. Ok2 let's get back to the main topic. ABJZ? What the heck is that? ABJZ is an abbreviation for Anda.Bijak.Jauhi.Zina. Say no to ZINA!!.. atau kalau kita nak kata kat diri sendiri. Saya.Bijak.Jauhi.Zina.

(: baca surah Al-Isra' 17:32 :)

Sebenarnya, ABJZ ni merupakan sebuah syarikat yang mana matlamatnya adalah untuk membantu remaja menghayati Islam sebagai the way of life atau cara hidup, membantu remaja membina semula keyakinan diri dan membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manafaat kepada masyarakat. Untuk matlumat lanjut boleh layari laman sesawang ni....

Berdasarkan pengalaman aku semasa kem motivasi ni dijalankan. Best, memang best cuma ada laa part yang sangat mengerunkan sampai rasa dah tak boleh tengok. Takut!! Tapi diselitkan juga lawak jenaka, takkan nak serious all the time kan. Tapi bagus kem ni, untuk menyedarkan remaja zaman sekarang yang semakin berleluasa pergaulan mereka. Kalau dulu kita boleh kata kat bandar je ade semua benda camni tapi sekarang dekat ceruk kampung pon ada. Tapi tak semua la. Wallahualam. Program ni In Sha Allah dengan izinNya menyedarkan diri kome-kome semua. Kalau tak hundred percent berubah mungkin dalam 35, 50, 75 percent berubah In Sha Allah. Tapi kena ada laa semangat Istiqamah tu :) aku ni pon separa sedar lagi tapi my passion has massively increased when listening to this motivation. Highly Recommended !! 

Cara diorang sampaikan mesej pon sedap telinga mendegar, tak la sakit hati ke hape ke. Bahasa yang digunakan lembut. Tak kasar. Dalam program ni kome-kome semua akan mengetahui bagaimana keadaan remaja di luar sana yang telah tersasar dan kembali ke pangkal jalan. Cara nak menangani perasaan ni. Kepada siapa cinta kita ni perlu diserahkan. haaa. best best best. Kalau sekolah korang ada buat program cegini pergi laaa. Bila aku dengar semua kisah benar yang diorang cerita, aku berasa yang hari kiamat ni macam dah tersangatlah dekat. Zina di tempat umum???? Astaghfirullah. Istighfar bebanyak. Apa yang aku dapat dalam program ni adalah, nikmat yang kita dapat bila buat perkara yang dilarang keras oleh Allah ni sementara saja, dan penyesalan, kekecewaan, kesedihan, kesakitan yang dapat itu berkekalan sepanjang hayat dikandung badan. Tulah Allah dah kata, nikmat yang sebenarnya hanya dapat dirasai bila betul-betul/khusyuk beribadah kepadaNya sahaja. Aku belum termasuk lagi kategori tuu. bila la agaknya? :/

Through this program juga aku tau kehidupan masyarakat kaum pompeii di Itali, korang baca sendiri kat internet eh aku malas nak taip hehehe :p sebenarnya ada tengok dalam tv haritu tapi tak tau pebenda. Bila tahu kisah benar barulah tahu kejadian asalnya.



The End, hope you guys have a wonderful day in your daily life and don't forget Allah so that Allah will always remember you. Even though Allah knows everything :) Oh and also don't forget our prophet s.a.w. He had sacrificed too much. Tooo muchh. For us who doesn't even think about him. Let's remember what have we done and lets bygone be bygone. Take a new fresh step and  go ahead, new challenges is waiting for you. :) Let's clean ourself with Istighfar to Allah. (sorry for my grammar, grammar is my weakness spot in english)

p/s aku saje je buat entry ni sebab aku tengok kat pageview blog aku, banyak sungguh keyword yang tak elok. geram aku. buat tajuk lain, lain yang dicari. hishh. Nauzubillah.

Tuesday, 10 September 2013

Aku & Dentist

Assalamualaikum
        Weh, semalam kemain happy hahahah sebab dah berjaya cabut gigi geraham bahagian atas kanan, sebenarnya kisah dia macam ni, dekat sekolah kan biasanya setiap tahun ada buat check up untuk gigi kan, so tahun lepas ada la nurse ni check gigi aku dia kata gigi aku ni kena cabut, tapi tak boleh buat kat sekolah kena pergi kat pakar, hoih aku bila dia kata macam tu lagi la kecut perut. Jumpa pakar? macam teruk je, tapi ni tahun lepas punya hal, aku tak pergi pah sudoh orang ganu kate hahaha. Sampai laa minggu lepas, aku volunteer myself gi check gigi untuk tahun ni, nurse tu pon kata 'awak ni tak pergi cabut lagi ke gigi tu'? aku pon macam hehehehe. Sampailah semalam aku pegi sekolah ade budak ni kata kawan dia menangis sebab gusi dia kena belah, so kawan aku ni tanya laa mungkin gigi dia teruk sebab tu kena belah, budak tu jawab tak de pon, gigi dia macam biasa aahh, tapi tak tahu pehal kena belah. Maybe doktor tu tak pakar lagi sebab ade orang kata dia doktor praktikal, probably laa. Aku pon bila dengar perkataan belah terus kaki aku jadi sejuk and jantung tak berdegup secara normal. Memang sepanjang 45 minit dalam bas tu aku sejuk whereas tak pasang aircond sebab jimat minyak hahahhaa..


So lepas balik dari sekolah tu terus aku berazam yang aku nak cabut gigi malam ni jugak! hahaha. Dengan semangat waja aku, memang pukul 7.55 p.m aku dah keluar dari rumah on the way nak ke klinik gigi. Sampai je kat klinik nurse kata duduk la dulu sebab doktor dtg pukul 8.30, so I decided nak pusing-pusing la dulu kedai dekat sini ni hehee. Aku minta permission nurse and keluar, haaa dekat sini ada part yang agak mengerikan bagi aku, kakak aku dengan adik aku. Masa aku nak pergi jalan-jalan/pusing-pusing ni ada 3 orang bangla duk ikutt je. Aku masuk pharmacy dia tunggu kat luar, aku masuk pasarayaku dia masuk jugak, aku keluar dia pon keluar jugak. Memang nervous dengan trembling gilaa ah masa tu.. Terus aku ajak kakak aku masuk kedai 2 Ringgit duduk diam menyelit dekat bahagian makanan, hoihhh lepas 4-5 minit tu terus ajak kakak dgn adik balik ke klinik sambil jalan laju-laju. Alhamdulillah sampai jugak kat klinik.



Masuk je pastu tunggu dalam 10 minit doktor mari and nama aku yang mula-mula kena panggil hahahah. Terkejut jugak tapi tak nervous pon hahaha *angkuh gila* masuk je terus duduk atas kerusi tukan. Masa tu aku baca bismillahitawakkaltu'alaAllah doktor pong inject, sakit macam kena gigit semut sikit je. pastu aku tanya doktor..

Aku : Doktor siap dah ke?

Doktor : *suka* Baru inject tak siap lagi, nak keluar boleh tapi kena bayar la, gigi tu tak cabut lagi. 

Aku : *lol* 

Lepas tu doktor tunggu sampai gusi betul-betul kebas, time ni aku tanya doktor (byk sungguh soalan)

Aku : Doktor sakit tak?

Doktor : Tak sakit pon.

Masa ni doktor jalan nak prepare alat nak cabut gigi, aku pon nervous kejap terus tanya

Aku : Doktor kena belah ke?

Doktor : Hissh mana ada belah.

Aku tak pandai buat dialog tapi lebih kurang ayat yang aku tulis tu laa huhuhu. Alhamdulillah tak sakit pon cabut gigi ni :p. Tak rasa apa-apa, hoho bertuah aku tinggal kat kawasan ni, mak aku kata service kat klinik ni memang bagus, ramai kata cabut gigi tak sakit. Kalau kat klinik lain tak tau laa. huhu. Malam tu pukul 1 baru aku tidur sebab darah tak berhenti keluar hhohoho. Okey, Sekian cerita yang tak nampak macam cerita ni :::::)

Saturday, 31 August 2013

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Assalamualaikum
     ececece..tengok tajuk kemain semangat patriotik hahaha semangat gile! Maknanya dah 56 tahun kita merdeka daripada cengkaman British. Apapun aku takde sumbangkan ape-ape sumbangan pon untuk sambut merdeka tahun ni kat sekolah kecuali pertanding melukis haha, tu pon bukan aku nak! Kawan aku desak sampai aku dah takde pilihan. Terus panggil ustazah nak mintak borang haha. Tak ikhlas sungguh! Tema lukisan Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku! Takde idea lagi setakat ni. Wajib ke lukis Tugu Negara???? susah gile kott.. sebab pada pandangan aku tugu negara je yang menepati syarat-syarat pertandingan. Tanah Tumpahnya Darahku~ Tapi aku search punya search jumpa gambar ni hahaha copy paste je lahh, takde idea dah....~

asal gambar ni sebenarnya ada 4. tapi aku ambik yang xde color.

Eh, sekarang banyak kes tembak menembak kan? apa laa nak jadi kat negara kita ni. :( sedih den. Orang yang kena tembak tak de buat salah pulak tuu. hmm kecewa sangat-sangat.! Ustazah aku kata ni satu bala daripada Allah, kalau kita dengar perkataan bala jangan ingat gempa bumi, tsunami je. ni pun salah satu bentuk bala... :( cuma kita yang sedar. Sebab tu kalau nak keluar rumah baca lah doaa. paling malas pon bacalah Bismillah.. kalau ingat ayat Kursi bacelaaa. demi keselamatan korang.. InshaAllah. Allah is the best protector. 

papepon..Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke - 56 :) 

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Sunday, 31 March 2013

Kembar Yoona :D!!

Assalamualaikum
            hi, bulan ni memang sibuk ,so mungkin ni last entry forever this month, hari ni dah masuk 31 haribulan kot. Btw nak cite, sepanjang bulan ni, aku diuji oleh Allah s.w.t, apekah itu? aku diuji bila aku terkena penyakit diarrhea, sakit pinggang(bukan buah pinggang!!), pedih ulu hati, migrain at the same time. fuh memang mencabar gila. abang aku kata muka aku pucat gile-gile. mulut biru hahaha.. mase kena migrain ni aku rasa pening macam badan jadi menaik gitu. aku ingat makin tinggi ceh. taklehbelah. aku pegi sekolah tadi terus aku bandingkan ketinggian aku dengan kawan aku dan hasilnya, yeah!!, same je. takde perbezaan langsung. hampeh.perasan sorang. :/

siapakah? ngeeh3~

hahaha panjangnya muqadimah, aku lama dah tau, tahun lepas lagi tapi baru hari ni tergerak hati nak tulis pasal kembar Yoona hehehe.Yoona snsd memang artis korea yang paling aku suka, sejak dikenalkan oleh abang aku tahun 2009 lagu gee gee gee baby baby~. eheh. fanatik gila kot tapi sekarang tak lagi bila aku terminatkan chrissy costanza & tiffany alvord more than this girl weheee jangan marah :P. almaklumlah. aku dah tak layan korea muehehehe, tapi saya suka jepun. :P malam tadi tengah search punya search tentang kembar yoona. *hobby kot main search-search ni* . umur dia 18. tapi tak sure hehehe. malaysian dan islamic version. okey sekarang aku mengaku aku bangga jadi anak malaysia terengganu. tetiba*

click untuk mengezoom jika anda tak puas hati sebab gambar kecik.warning jangan tenung lama-lama
pesanan ikhlas dari penaja muehehehe xD



so, kepada lelaki-lelaki yang tergilakan, fanatik besar, Im Yoona. jangan mengeluh okey masih ada segunung harapan.. hahaha aku main lepas je nih, sorry kak Rabiatul Afifah eheh :D. joking. tapi realiti dalam dunia ni ada 7 orang yang mirip dengan kita. kat sekolah aku ade yang mirip heliza helmi la, taylor swift la haih. nak kawan pon tak berani hehheh. :D adakah kak Rabiatul Afifah ni ade gen-gen korea, atau mungkin keturunan sama atau mungkin sepupu yoona!! okey aku merapu merepek kerepek lagi. siapa lagi cantik? Ku Pilih Malaysia Kak Rabiatul Afifah wheepeee..

Saturday, 23 March 2013

Pedih Ulu Hati menyerangku

Assalamualaikum
      hai hai, korang penah rasa tak camane seksanya pedih ulu hati ni? tapi aku rasa gastrik n appendix sakit lagi kot. aku tak penah rase sume tu except pedih ulu hati. aisehh. kalau dah tak boleh tahan pedih ulu hati, gastrik dengan appendix apatahlagi. sebenarnya aku sakit start 3 minggu lepas, lame tu. sakit tu serang sekejap je. pastu hilang. pastu datang blik. sepanjang sakit ni aku dah boleh predict bila sakit tu nak datang hahaha. bulan ni 4 hari tak pegi sekolah, menyesal, kecewa semua ade sebab ketinggalan ape yang dah belajar :'(


please bezakan macam mana sakit pedih ulu hati, gastrik dan appendix.

Pedih Ulu Hati ni berkaitan dengan hempedu kita tu, dekat bahagian tengah perut, bawah dada sikit. macam yang atas tu, so aku prefer gaviscon kalau nak hilangkan tapi tak tau hilang ke tak sebab ade je penyakit yang lebih kurang sama macam pedih ulu hati tapi sebenarnya bukan. tapi pedih ulu hati ni kalau dah teruk sangat, boleh jadi, penyakit ni kalau berlarutan akan pergi ke next stage iaitu gastrik. ayoyo. nak tau lebih lanjut pasal pedih ulu hati boleh scroll down. 

Gastrik pulak sakit dia memang perghh, pedih kot, meskipon aku tak pernah kena tapi berdasarkan pengalaman kawan-kawan aku, keluarga aku nampak macam tak boleh tahan giler. mak aku cerita kat aku camane dia kena dulu, seram yang amat. kalau sakit perut + nak muntah tu confirm gastrik. cara nak rawat gastrik ni berdasarkan pengetahuan cetek aku hanyalah jaga waktu makan, jangan makan berlebihan tapi kena kerap makan. *cantik kan b. melayu aku.* lepas tau je semua tu, nasi yang aku makan sekarang sudah tidak memenuhi ruang pinggan, kalau tak memang penuh pinggan dengan lauk sambil makan gelojoh-gelojoh.. terukgileperangai

Appendix, aku tak tahu sangat sebab setakat ni aku tak pernah jumpa lagi orang sekeliling aku yang kena appendix, tapi kawan aku ade cerita yang abang dia dulu time kecik sakit perut, ingatkan sakit perut biasa-biasa je, and then suatu hari, abang dia ni sakit perut sampai menggeletar seluruh badan ni semua sebab appendix yang ade dalam badan dia tu dah pecah, aku tak tengok tapi aku boleh bayang camane sakit tu. so the one and only way kena buat operation sebab nak buang penyakit yang ada dalam bahangian kanan perut. 

semoga Allah jauhkan semua penyakit tu. and kalau nak tahu. kalau dah tahu stop sini ok. perut ni punca segala penyakit. so watch out. bedebo ni sebab time tulis ni rasa macam sakit perut tu nak datang balik :(

So di antara penyakit lain yang menunjukkan simptom hampir menyerupai simptom pedih ulu hati ini ialah:
  • Sakit jantung (Angina) – terasa sakit dada yang disebabkan oleh kurangnya aliran darah ke jantung.
  • Batu hempedu (gallstone) – terasa sakit di bahagian tengah atau sebelah kanan-atas abdomen, apabila batu menyumbat duktus hempedu.
  • Ulser perut – terasa sakit di bahagian atas abdomen dan dada, disebabkan oleh keradangan bakteria di lapisan perut dan ia boleh dirawat dengan mengambil antibiotik.
  • Hiatal hernia (pedih ulu hati) – terasa sakit di bahagian atas perut hingga membawa ke diafram dan kaviti dada, kerana makanan dan asid perut ditolak ke dalam esofagus menyebabkan terasa pedih ulu hati.
  • Kanser esofagus – terasa sakit di bahagian esofagus, namun ini jarang terjadi.
  • Gastroparesis – terasa sakit di perut kerana kerosakan saraf di salur penghadaman yang disebabkan diabetes yang tidak terkawal. Ini menyebabkan pergerakan makanan jadi perlahan semasa melalui perut. Kesakitan ini boleh dikurangkan dengan mengambil makanan yang sedikit dan jangan mengambil makanan berlemak dan berfiber.
  • Radang esofagus (Esophagitis) – terasa sakit/pedih ulu hati disebabkan kerap terjadi refluks asid ke esofagus. Perlu ambil ubat untuk mengurangkan keradangan ini.
  • Pleuritis atau Costochondritis – Pleuritis ialah radang di lapisan kaviti peparu dan dada menyebabkan terasa pedih ulu hati di bahagian dada terutamanya semasa menarik nafas panjang dan bergerak. Radang ini disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Costochondritis pula ialah radang di rawan yang menyambungkan tulang rusuk ke tulang dada (sternum) yang menyebabkan terasa sakit di sepanjang sternum (tulang dada). Kesakitannya boleh dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit.
  • Kebimbangan/kerisauan (Anxiety) – Ini juga boleh menyebabkan terasa pedih ulu hati. Ia boleh dikurangkan dengan cara mengurangkan rasa kebimbangan dan kerisauan dengan menyelesaikan masalah yang berkaitan sedapat mungkin, bertenang, senaman, terapi, berdoa, berzikir, dsb.
Ringkasnya, jika terasa pedih ulu hati, perlulah dikenalpasti punca sebenarnya dengan segera supaya ia boleh dirawat pada peringkat awal lagi, terutamanya jika ia disebabkan oleh penyakit-penyakit yang serius

credits goes to http://seharumcintalavender.blogspot.com

edit : ok baru balik dari klinik dan doktor sahkan saya ada gastrik T_T sobs sobs 

Wednesday, 13 March 2013

I Miss My Childhood :'(

Assalamualaikum,
       
           Nak dijadikan cerita, tadi aku blogwalking pastu tetibe jumpa blog lame aku yang dibuat mase aku darjah 6, huwaa nak nangis bila teringat balik. rindu zaman childhood dulu-dulu. mase tu rasa freedom lain macam je. hati rasa tenang dan takde masalah, tak terfikir langsung pasal masalah yang melanda, tak macam sekarang, :( memang dah lame cari blog aku tuu. tapi tak ingat email and password so tak boleh nak log in ! :(


mase aku kecik. aku bebas sebebas bebasnya!! muahahaha. main tak ingat dunia. mak aku asyik blebe kahkahkah xD  :'( btw tau tak. rabu minggu lepas, kawan yang duduk sebelah aku pindah without any notice! isnin tu ok-ok je cakap-cakap, main-main, tup-tup esok tu kawan aku kate dia dah pindah! weh sape tak terkejut. aku yang paling flabbergasted! ouh memang! time tu jugak rasa tak puas hati, sedih, mak aii. emo giler kot.


ahad lepas last paper kami exam. memang pecah kepala habis. tau la kan, aku bukan bijak mane pon. haha. setakat add math. kacang peas jee.... hak tuiiihhhh, kacang la konon. jawab macam orang gile. soalan banyak tinggal. yea that's me. pelajar berwawasan tinggi kan? sivik pon pakai machine gun. aiii.. hari ni pon ponteng sekolah tanpa alasan yang munasabah ekekeke. *peace* sebabnya malas, eh bukan malas, perkataan paling tepat tak nak tau result bahasa arab. puihhh. nasib baik disokong oleh perut yang kemain sakit pagi tadi. buatkan aku lebih confident tak mau lg sekolah xD


p/s harapan nak dapat a.biarla 1 jee, macam tak tercapai. uhukuhuk & yang paling penting! ni semua lari daripada tajuk asal!

edit : ops. bukan tak mau. tak nak pegi sekolah hahaha

Monday, 11 February 2013

Add Math One Of The Killer Subject? Is that True? :/

Assalamualaikum.
          Cuti raya cina ni memang aku gunakan dengan 'semanfaatnyalah' BUT dengan aktiviti tak berfaedah huahua :/ bosan doee. kalau bukak buku confirm mengantuk dan mood untuk buat homework ndak ada. ape nak jadi nii!! aku marah gile kat diri aku yang aku rasa makin pemalas. sia-sia entry yang aku update untuk naikkan semangat aku tu. rasa macam nak punish diri sendiri nih.. :( tapi kita kena akui yang setiap manusia tak lepas dari sikap malasnya. Hari ni Isnin bertarikhkan 11.02.2013 aku akui semua yang cikgu aku cakap betul! 99.9% betul! apa yang cikgu aku kata kat aku kebanyakkan budak form 4 akan merasakan yang tahun ni tahun honeymoon sebab pmr dah lepas so ape lagi freedom laahhh.. haippp! cepukkang? spm kau campak mane? laut? adehh :/ stop dreaming, focus on your study. counting the day to the disaster? mungkin awal sgt tp baik sediakan payung sebelum hujan. kan2? yedak? okey back to the point. add math adalah subjek pembunuh? betulah? bg aku 50% betul 50% tak sangat. -_-''. basyaa! you can do it. stop surfing internet. add math senang! add math senang! add math senang! add math senang! yeke? senang! senang! senang!

nak tau abang aku cakap ape? dia cakap ilmu dunia semua orang boleh sbenarnya .-. 

hahaha kalau laa ade soalan yang jawapan dia mcm ni  x)

betul apa yang abang aku ckp bile pikir balik. ilmu dunia semua orang boleh sebenarnya, cuma antara sifat pemalas dengan rajin je. dan jangan la kedekut ilmu ye. ajar kwn-kwn yang tak pandai daripada kita. aku jenis orang yang takde niat nak jadi pendidik so sape2 yang suruh aku ajar sorry eh sebab aku confirm sesiapa yang diajar oleh aku mesti tak paham habuk pon muahahha :P aku tak pandai mendidik. bagi tiru jawapan boleh :P :P

*practice makes perfect
try and error*
percaya atopon tak, just give it a try. :)

Sunday, 3 February 2013

Finally! Dah Dapattt..

Assalamualaikum.
       Dah lama dah nak beli buku warkah cinta berbau syurga, akhirnyaaaa petang semalam, masa pergi popular bookstore, aku ternampak buku tu, terus beli!! hahah aku tak tunggu dahh.. harga buku tu RM27.50. murahkan? :) sebenarnya aku tak tau lagi menahu tentang cerita ni, tapi lepas dah tengok cite warkaah cinta tv alhijrah. nampak macam best. cerita tu main pukul 8.30 malam dulu.. sekarang dah habis.. :( ulangan pukul 1 petang :( mana dan. Aku balik sekolah pukul 4 petang.. tapi best gilee ahh hahahah :P

 
ni cover asal novel ni sepatutnyaa.. tapi aku beli buku yang latest punya so cover dia pon dah tukar...

:DDDD

tak sabar nak tunggu cuti nih... nak baca!! :DD lagi satu yang ni abang aku kasi. dia suruh aku pilih mana-mana buku yang aku berkenan.. so aku ambik buku The Hobbit yes yessss!!


haa camni lah cover diaaa :DD tak sabarrr woottsss

the hobbit ni harga dia lebih kurang RM39.50. cerita dia tak tengok lagi. tapi orang kata buku dia lagi bestt .. tu nak try kikiki.. hehehe ok tu je hari ni. sekadar berkongsi rasa happy dihati ngeh3~ :P


Monday, 28 January 2013

Saya Seorang Penagih Tegar...

Assalamualaikum
     Jangan terkejut bila bace tajuk tuh hehe.  okey saya admit yang saya memang penagih tegar kepada...........................................ICE also known as AIS BATU heee  :P..kalau nak tahu saya kalau dah terjumpa ice memang terus tercam. Bunyi mase gigit tuu krunk, krunk, krunk.. waaaa yang ni lah paling saya sukaaa!! best weh kalau dapat gigit ice, kat rumah ice memang ade sokmo.. kikiki..

baru je lepas ''kekah'' ice x)

lagi satu, saya tak boleh tengok rancangan yang tunjuk ice tak kira la yang dalam gua ke, kutub utara ke, memang air liuq meleleh-leleh. eh? addicted sangat ke nih? macam terlebih ketagih jee..huahua..macam orang yang hisap rokok la. Diorang ketagih dan sukar untuk berhenti. So same la macam saya, cuma replace rokok dengan ice. tengok rasa macam eiiii geram siott

dah boleh buat ice blended. but search punya search rupa-rupanya ice ni ade kelebihannya.

Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia

Fakta Kelebihan Ais :-

  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. 
  • Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. 
  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. 
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. 
  • Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. 
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. 
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. 
  • Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. 
  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. 
  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan. 
  • Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. 
  • Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. 
  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. 
  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. 
  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. 
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. 
  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. 
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. 
  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan. 
  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh. 
  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. 
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. 
  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya. 
  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk. 
  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil. 
  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan. 
  • Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. 
  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut. 
Petikan dari buku panduan dan aplikasi Seri Wajah (Aromatherapy Vibration) – Dr.Nohissam Mustafa
keburukan korang cari sendiri laaaa hahaha tak sanggup nak search, nanti jumpa benda lain kang, saya yang takut x) tapi ada terbaca yang ice ni tak beberapa elok untuk anak dara. :( kene kurangkan laa huk alah...papepon Wallahualam..

''Ya Allah kau tingkatkanlah iman didadaku seiring dengan usiaku''

Monday, 14 January 2013

Lipas ooo Lipas...!

Assalamualaikum.
           Lipas. Satu jenis serangga yang sangat ''digilai'' oleh kaum hawa. Satu jenis serangga yang boleh membuatkan kaum hawa ni, menjerit macam kene histeria.. macam baru lepas jumpe hantu dll..Wahai Lipas kenapa kau ade sayap? kan best kalau kau tu takde sayap duduk senyap. badan macam buah kurma je dari jauh. ngeh3~

banyak lah pulak update entry bulan nih. -_-''

Kalau korang nak tau! aku baru je kene attack dengan 1family lipas. Suami, Isteri dan anaknya, kirenye 3 ekorlah nih. huhuhu...aku tengah syok2 main tablet. 'dia' boleh lalu tepi aku dengan selamba badaknye! hahaha aku macam boleh tau reaksi muke lipas tu jek? so ape reaksi aku lepas tu? memang bertempiklah aku!!..mula-mula sekor. pastu aku lari dengan adik aku, nampak sekor lg fulamak! sejak bile rumah aku ni jadi sarang lipas ek? ayah aku takde kasitau pon dia nak bela anak beranak lipas kihkihkih...aku pon menyoroklah disebalik pintu untuk melihat tinda-tanduk lipas-lipas tu...''diorang'' macam bgi kumpulan pulak. satu pegi situ. satu lagi pegi situ pulak. sekor pegi dkt buku nota aku.. aii cari nahas lipas nih.. salah orang terrrr cik lipas oii...


Aku geram sangat sebab dia terbang dekat kawasan aku buat keje sekolah je. kau suke la aku kene dende dengan cikgu kan cik lipas? eiii...the only solution. aku pegi dapur ambik ridsect..HAHA nahas kau  wahai lipasku sayang! so aku dengan beraninye keluar smbil toleh ke kiri dan kanan sebab takut ade geng dia yang 2 ekor lagi tuh...rase macam berlakon dalam mission imposibble kihkihkih :3..sampai dkt tempat aku buat keje sekolah tuh. aku dah target dah nak sembur nih. tapi dia sempat lariiiiiiii!!! damn you lipas!! kebetulan lah sgt mase dia lari tu. ayah aku baru balik dari keje. ayah aku buatla hon nak suruh aku bukak pagar. mase tuh aku memang tak tau nak buat ape!!  3 kali ayah aku hon..aduh camane nih?!!! and after that adik aku kate pergi je lah. buat tak tau je lipas tu...eleh! poyo je ayat. macam berani je..aku pon dengan semangat yang tak beberapa nak ada keluar nak bukak sliding door..selak je langsir. WAA!!! ''dia'' ade kat bawah tu laa!! terlompat-lompat aku dengan adik aku kat situ sambil belari kedapur. abang aku kate pehal? aku kate laa lipas tu tak berani la nk bukak. hang pegi bukak lah *aku ckp kelantan korang translate la sndri whaha*.. hahaha abang aku pegi la tolong bukakkan..cis..aku kene marah di mak aku wey!! bising gile kot.. ngeh3~ aku buat selamba badak aku je lah..sengih :B... END OF THE NIGHTMARE STORY...

Honestly aku takut dengan semua serangga terbang...belalang, mentadak, dan rama-rama!!! kihkihkih.... kecuali burung :P

Wednesday, 9 January 2013

...اللغة العربية لغة الجنة

Assalamualaikum
         Yippee!! yeaa!! melompat kegirangan aku bila tau yang nama aku ade dalam kelas perdagangan!! yihaaa!! tak payah lagi berhadapan dengan biologi.. tapi sedih wuu :'( sayang cikgu kelas tu, semua best,best!! nak, nak cikgu biologi! eh? hahaha memang!! aku minat cikgu biologi je :P subjek dia tak! sebab teacher tu pakai purdah! ohsem kan? :B sedih cikgu.. kalau boleh nak tukar subjek je, cikgu kekal!! masuk je kelas perdagangan boom!! byk nye nota.. nota,nota,nota!! I totally hate nota!! kelas lame takde pon buat nota, bukan takde jarang.. kelas sekarang majoriti semuanya nota! tapi apekan daya, nak belajar perdagangan punye pasal. btw tadi cikgu-cikgu yang mengajar subjek BI masa form3 belanja KFC sebab kitorang dapat A pmr lepas..ngeh3~

Bahasa Arab Bahasa Syurga اللغة العربية لغة الجنة
Bahasa Arab Bahasa Quran - اللغة العربية لغة القرآن
Bahasa Arab Bahasa para Nabi - اللغة العربية لغة الأنبياء 

Aku nak tukar prinsip aku yang mengatakan bahawa bahasa arab ni susah! memang aku akui yang first time aku belajar bahasa arab ni bukan main susahnye.. tapi bile aku muhasabah diri aku balik, bahasa arab ni banyak faedahnya kalau kita pelajari..:) aku suke bahasa jerman dan bahasa omputeh. so sekarang aku nak try satu lagi bahasa iaitu لغة العربية InsyaAllah..

*Guys! ingat tak aku ade buat entry pasal ribut sonamu tuh? Alhamdulillah, kawasan pantai 
timur dijangka bebas daripada ribut tuh! :) Alhamdulillah. no more cuti sekolah :P*

banyaknyee keje sekolah.. but itsokey sebab aku nak concentrate sungguh-sungguh!! yay.. sekarang pada aku pelajaran nombor 1. dekat sekolah aku bawak beg berat woo.. pakaian aku selekeh gilee siot.. tapi who cares? hahaha sebab aku dah set in dalam mind aku yang pegi sekolah belajo-belajo-belajo, orang tengok aku ade aku kesah? kawan aku kate aku macam makcik! ngeh3~ dekat sekolah jepon aku selekeh. rileks la brader.. :P okey bye,bye kalau ade kelapangan masa akan kuupdate lagi. sekarang tengah kesuntukan masa but still ade time nak update blog :P :P tata 

lupe nak kasitau, ni lah subjek yg aku ambik bg tahun ni & tahun hadapan InsyaAllah kalau kekal :)

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Math Moden
Add Math
Perdagangan
Prinsip Perakaunan
P. Syariah Islam
P. Al-Quran & As-Sunnah
Science

Monday, 7 January 2013

Ribut Sonamu Bakal Melanda Pantai Timur?

Assalamualaikum.
          Entry ni ditulis khas sebab nak kasitau kepada semua rakyat Malaysia, tak kira duduk dalam kawasan pantai timur ke, pantai barat ke ngeh3~. Kepada rakyat Terengganu, Kelantan, Pahang, kita hendaklah berjaga-jaga mulai sekarang. Ade kabar angin yang mengatakan bahawa Tsunami pon bakal terjadi. Ya Allah. Nasib baik semua tu tak betul. Kalau betul-betul ade tsunami. memang habis 1 Malaysia. percayalah! Malaysia ni kan kecik je..btw ribut ni dipanggil ribut Sonamu dengan kelajuan 60-100 km/h. ataupon  40 batu dalam masa 1 jam!! aku ingatkan slow je. sebab kalau bawak kereta kan 40,50,60 ni apelah sangat. tapi sangkaanku meleset, sebab ni angin bukan kereta haaa.. ribut ni dah meragut satu nyawa akibat dihempap oleh sebatang pokok di philipina dengan anggaran 500 buah rumah musnah..laju woo  *cikgu kasitau*



berdasarkan apa yang aku dengar. ribut ni akan melanda kawasan pantai timur selama tiga hari. bermula hari ni Isnin,Selasa dan Rabu, tapi aku ade dengar kabar angin kate sampai hari Jumaat. Wallahualam. Rumah aku tepi pantai :S ..semua perasaan ade sekarang nih! Solat hajat banyak-banyak nih! Jabatan Meteorlogi Malaysia menjangkakan hujan lebat peringkat Kuning akan bermula hari ni dari pukul 7.10 ptg sehingga hari Rabu..Wallahualam

SumberJabatan Meteorlogi Malaysia

manusia hanya merancang/mengkaji tapi Allah yang berkehendak. bila Allah kata 'Kun Faya Kun' tiada siapa pon boleh halang kehendakNya.. Allahuakbar. Kepada kwn2 yang tinggal dkt kawasan pantai timur jgn la bimbang sgt, kita ambil langkah berjaga-jaga je :-)