Sunday, 30 December 2012

Subject Form 4? Ambik Kau!

Assalamualaikum
        Hari ni pergi buat pendaftaran.. capet deh.. hadoii penat, penat... pergi pulak daftar dekat sekolah. burned laa muka nanti muahahaha..panas doee.. tapi bile pegi ambik buku tadi rasa kepanasan tu menghilang dan digantikan dengan penumbuk.. dushh!! banyaknyee subjek!! dan ke tak nak study semua ni? hadoii...ditambah aku kene masuk kelas depan sekali.. huwaa nak nangis rasanya.!! jauh laa den ketinggalan nanti! kelas depan bijak-bijak belaka woo.. :'(

So ni la subjek yang aku kene hambik

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Mathematic
Add Math
Fizik
Kimia
Biologi
Pendidikan Syariah Islam
Pendidikan Al-Quran & Sunnah
Bahasa Arab Atas <-- yang paling aku takut :'(

noo aaahh meletop laa kepala aku nanti**
p/s tengah cari mane2 sekolah yang tak ambik bio hahhaha :P bio tak nak ambik sebab x de keinginan nak jadi doktor pon.. huh! *oh my sains teknikal.. i want you!!!

Fatih Seferagic

Assalamualaikum
       starting dengan suka-suka HAHAHA~ aku tak tau apesal bulan ni aku update banyak sangat pasal artis-artis ni.. dah tak de idea la kot. hewhew. -peace- but kali ni nak update pasal budak remaja lelaki ni. umur 18 tahun SubhanAllah. umur baru 18 tahun dah jadi imam...suare dia mantop!! 

ops! pembetulan dia bukan artis nor pelakon..dia Quran Reader yang menjadi Al-Hafiz pada usia 17 tahun x silap :O bangga, bangga!! -clapping-



x kenal maka x tahu.. :P hensem siot, siot, siot..
full package hensem + kuat agama + kiut? *maybe :P


bertuahlaa perempuan yg dapat dia ni.. tapi yang pastinya perempuan tu bukan sebarangan orang juga.. confirm macam dia jgk.. dia ada bukak Quran tutor dekat US dgn UK hahaha ceh ingatkan Malaysia tadi :( apepun tabik sesangat dekat dia!! hafiz dalam usia semuda 18 tahun MashaAllah :) 

edit : eh, eh sesedap asam boi je aku tambah uk. dia bukak di us je.. *x silap haha

Friday, 28 December 2012

Farid Sanullah - Don't Forget Allah

Assalamualaikum
       Sekolah dah nak buka duh..tahun depan@minggu depan aku akan jadi budak senior jgk la :P senior? HAHAHA tergelak sendiri bila pikir balik. budak x matured mcm aku jd senior? HAHA..lawak antarabangsa lol..ok back to the point. actually aku x ready lg nak masuk form 4 tambah-tambah aku nak pindah sk...nnti jadi mcm form 1 balik. salam perkenalan dari saya bla bla bla.. tinggal dekat bla bla bla..etc. :'( sedih doee..tapi apekan daya.. kalau nak stay sk sekarang kena ambik aliran agama. saya nk sains teknikal!! tapi boleh pergi ke tuh? InsyaAllah boleh. :) doakan eak! attention kpd kakak-kakak, abang-abang yg dah lepas spm... one question. susah x subjek add math, fizik dan kimia? atau prinsip akaun? susah x? susah x? :( mcm susah je...frust aku dok mikir..oke-oke back to the point. sebenarnya hari ni nak share satu lagu Islamic by Farid Sanullah. aku x confirm dia ni malaysian or australian...muke mcm melayu tapi tengok fb dia, memang dia from abroad...konfius den...btw dengar je lah okey?

first time dengar terus terpukau dek kemerduan suarenye *cewah!

edit : dah menyelongkar fb beliau. so he was born in malaysia but at the age of 3 months his parents' moved to australia till now :)

wei, hensem x? hahaha hensem kan? kan? :P but dia ni x boleh ckp dlm melayu :( so sad :( :(...


p/s : farid sanullah & fatih seferagic totally awesome auw :P

Wednesday, 19 December 2012

Keputusan PMR!!

Assalamualaikum
    Tahniah kepada semua Batch-97 yang berjaya mendapat Straight A's mahupon 9/8 :) congratulation...Saya nak share dengan korang Result PMR saya yang bagi saya Alhamdulillah :) biarpon malas study, on9 memanjang dan jarang pegi kelas tambahan disebabkan jarak ke sekolah dari rumah memang jauh 20KM dan saya x nak stay dekat hostel :P... Terima Kasih diucapkan kepada guru-guru yang mengajar saya for the past 3 years. pengorbanan cikgu memang x terbalas :) dan kepada cikgu-cikgu yang mengajar saya subjek geo, sej dan ba.. Pardon me... :( saya x dpt buat cikgu bangga dengan saya.. tambah-tambah subjek geo....memang selama saya buat latihan. markah saya always dpt 70 dan keatas..dan saya memang set in mind utk dpt A subjek geo nih. tapi saya x tau mane silapnya. Geo saya merundum jatuh :( utk subjek sejarah, saya memang always dpt 50 lebih je dan berbangga jugak la sebab dapat B. utk subjek BA pulak. saya selalu dpt 60 dan keatas tapi bawah 70 selalu, but soalan pmr susah bagai nak rak!! karangannnya membuatkan saya sesak nafas almost kene heartattack. duhh! tapi bersyukur sebab dapat C daripada dapat D ^^.. so the conclusion.. saya x tau blog ni akan diteruskan atau bakal dilupuskan ehehehe.. sebab saya nak concentrate utk spm pulak.. macam susah je spm ni tambah-tambah saya nak ambik aliran sains teknikal. *kalaulah boleh sebab sekolah sekarang ambik aliran agama, x tau lagi nak pindah sekolah mane*aliran sains teknikal ade lukisan kejuruteraan. matching la kan. sebab owner punya blog ni ade cita-cita nak jadi arkitek :P anyway congratulation again uols :P.. yang x dapat tu teruskan usaha eh macam saya :x... spm still ade.. pmr kite campak dalam laut :P..lets bygone be bygone :) perkara lepas usahlah dibangkitkan :)

Bahasa Melayu - A
Bahasa Inggeris - A
Mathematic - A
Science - A 
KHB Perdagangan & Keusahawanan - A
Pendidikan Agama Islam - A
Sejarah - B
Geografi - B << nk nangis rasenye, aku buat latihan always dpt 80 ke ats. camano buleh jd nih? -_-
Bahasa Arab - C -blushing-



edit : x sangka boleh dpt 6a walaupun study ala kadar dan on9 memanjang .__.'' 

Tuesday, 18 December 2012

Guess What!!!??

Assalamualaikum.
     Cewah, tajuk! macam bagus je. Guess What? What, what, what?? hmm. apa lagi. esok laa. Keputusan Pmr... Idk what's happening to me? Perasaan nervous tu takde lagi, ceh. mcm bagus je kau ni. :(.. I dunno, dan aku bertawakal kepada Allah je, kalau memang dah Allah kata 'kun faya kun' maka jadilah sesuatu..kalau result pmr aku boleh dikatakan agak teruk contoh dapat 2a dan kemungkinan ade B or C or maybe? D. aku redho dan pasrah sepasrah-pasrahnya, dah nak buat camane. aku yang main2 sgt tahun ni. hambik kau! tu la padahnye. cikgu bagi homework tahun ni dan serasa aku, aku tak pernah siapkan pon! pernah tu pernah but utk subjek kegemaran aku jelah, mathematic of course! tu pon harap teacher baik! kalau tak siap. nothing? x dende pape! tu pasal bongkak sgt tuh! nota? hahaha jgn terkejut beb! aku tak pernah hantar nota tahun ni! -wink- cantik gile kan perangai!! hah! kemain nakal aku dalam kelas cuma aku tak sesocial bdk dlm kelas aku yg bercople2 okey! :) aku insan yang biasa, perasaan ingin berjaya tu memang ade. x boleh dinafikan bbut. mmg confirm la x dpt 9a :) *Bahasa Arab aku tunggang langgan dpt C kot xD ._____.'' Bismillahitawakaltu'alaAllah



p/s : aku study last minit kalau korg nak tau!!!serious! betul2 last minit!! PMR pon. xD

Wednesday, 14 November 2012

Novel-Novel Karya Siti Rosmizah

Assalamualaikum,
           Cuti sekolah tahun ni sangatlah membosangkang.. jadi untuk menghilangkan tahap kebosanan yang melampau tu, aku bace novel yang tebal-tebal biar lambat habis hehehe...so novel karya Siti Rosmizah memang memenuhi 'citarasa'ku kali ini hohooo

karya pertama beliau - Andai Itu Takdirnya
novel ni best giler giler giler. huhuu awal bace dah start nangis :'( sedih wey. kalau tak bace lagi belilaaa satu
eh...

karya kedua beliau - Cinta Kau & Aku
Fuh novel Siti Rosmizah ni mmg best seller semuanya..cayalah..Disebabkan ramai yg menitiskan air mata pd karya beliau yg pertama, novel yg kedua ni lawak laa skit huuu. :) 

karya ketiga beliau - Lafazkan Kalimah Cintamu 
haa novel ni mmg top... m/s 10 dah buat aku nangis ish2 tp bile aku bace, ade jgk part lwk smpai terkekek-kekek ketawa .. xD

karya keempat beliau - 7 Hari Mencintaiku
yg ni mcm best jgk nnti nak bace.. huhuhuuu

karya kelima beliau (terbaru 2012) - Takdir Itu Milik Aku
fuh giler tebal tp takpe kejap je kot bace hihii


biodata penulis 

Nama : Siti Rosmizah Semail
Kerjaya : Peguam, penulis dan penerbit SR Publication
Tempat lahir : Kuala Lumpur
Status : Berkahwin

Andai Itu TakdirNya dgn Cinta Kau & Aku bace dah. Lafazkan kalimah cintamu ongoing...7 hari mencintaimu dgn  Takdir itu Milik Aku bakal menyusul yeaaaa!!! ^_^
-----------------------------------------------------------------------------------------
dah habis bace semuanya kecuali yg bwah sekali. my review! semuanya mantap! best! menarik! but the last one tak de daya penariknya. :( kenape mcm tu?

Tuesday, 13 November 2012

Hafiz Hamidun - Zikir Terapi Diri

Assalamualaikum.

SubhanAllah merdu sungguh suara dia, best sangat zikir terapi diri ni.. :)
kalau nk download boleh tekan link dekat bawah ni

LINK

Tracklist :
01. Hafiz Hamidun - Astaghfirullah
02. Hafiz Hamidun - La Ilaha Illallah
03. Hafiz Hamidun - Subhanallah
04. Hafiz Hamidun - Taubatan Nasuha
05. Hafiz Hamidun - Hasbi Rabbi
06. Hafiz Hamidun - La Hawla Wa La
07. Hafiz Hamidun - Alhamdulillah
08. Hafiz Hamidun - Ya Zaljala
09. Hafiz Hamidun - Ya Latif
10. Hafiz Hamidun - Allah
11. Hafiz Hamidun - Lawkana Bainana 

aku paling suke dengar no. 10 best sangat!!! dengan no. 5 :')

Selamat Beramal Semua!! ^_^




Sunday, 11 November 2012

Quote of the Day.. :')

Assalamualaikum.

dgr dan hayati instrument ni  :')



Saturday, 3 November 2012

I Wish The Best Of Luck to All SPM Candidates :)

Assalamualaikum.
            
this picture can describe what I want to say right? :)
 ALL THE BEST GUYS!

Friday, 2 November 2012

Alhamdulillah!! Legaa!!~

Assalamualaikum
           Alhamdulilah. Lega giler skrg, Aku x try pon sanjin tu sbb mak aku ckp x yah cuba. byk sgt tulisan cina, ragu2 la plak nk mkn hee. last skali aku dah fed up, aku msg abah aku suruh hntr aku pegi klinik lps blik keje.mwahaha.. smpai dkt klinik adoih. turn plak lambat, aku dpt no 84, time aku msuk klinik tu dlm no 78 mcm tu la, tp aku pegi pkul 8.15 mlm, pkul 9 bru blik, hahaha jenuh aku tunggu...blik tu aku makan skit pastu mmg trus terkam obat tu. haaa.. doktor bg ubat surut bengkak, jangkitan kuman dgn ponstan. mak aku ckp effect postan ni kuat sgt, kalau dah try skali ubat lain confirm dah x de kesan, lg satu org yg ade gastrik mmg x boleh makan ponstan. aku x tau plak kenape, dr yg bilang :) bengkak sume dah surut Alhamdulilah! ;) lps mkn obat tu trus surut :) lps gusi aku dah elok. aku nk pegi jumpe dentist :'( nk cabut gg yg mnyebbkan gusi aku bengkak! HEHE! (gelak jahat) slamat tinggal kau gigi!

oh Doktor i'm very thankful to you, lps ni aku xnk beci mane2 doktor dah
erm, kcuali dentist? yg tu kene pertimbangkan skit x)

Wednesday, 31 October 2012

Adehh!! Gusi bengkak!!!

Assalamualaikum.
   arghh!! stress aku! beci-beci-beciiiiii~ eiiiii,.. gusi aku bengkak seminggu dah! huaa camano nii..selama 1 minggu tu la aku x pegi sekolah smpai smlm kelas aku ade buat jamuan, rugi gile aku x dtg.!!! ^*@^*&@*(#(@.. dahlah aku ni murid yg berkaliber. ceh dah start lah tu huahua...eh? pesal aku gelak mcm tu?ah lantak lah, sakit doktor... :'( doktor tolong sayaaaa!!
  disebabkan aku dah x boleh tahan lg, kepala berdenyut2 mcm tersimpul segala urat saraf kat bahagian telinga ni... mlm apekah lg. tido x lenaa...aku search dkt internet cara camane nk hilangkan bengkak gusi ni. nk harapkan aku pergi jumpe dentist? haaa langkah mayat aku dulu laa huahua...mmg aku nk jumpe dentist tp time gusi tu skit smpai menangis teresak2.. bile makan painkiller trus x jd. huahua...ok back to the point. aku search2 dkt internet. jupe la blog akak cute ni :) terima kasih akak... dia cadangkan kalau korg sakit gigi ke, bengkak gusi ke, sakit gigi sbb nk tumbih gigi yg hujung ke makan ubat ni. nak tau? jeng jeng jeng!!


Sanjin Watermelon Frost
eh jap2! halal ke x  ni? Ya Allah mitak2 ade cap cop halal jakim kat situ. aku dah x tahan dah bengkak ni
nnti aku nk pergi beli.

haa. korg yg sakit gusi tu pegi la cpt2 bli obat ni... :) kpd korg yg skit tu syafakallah/syafakillah ye. cpt2 sembuh. ok nk pegi makan jap. lapar... makan guna gigi sebelah kiri jelah tu pon kunyah x hancur.. makan telan. makan telan. Ya Allah. Sembelit jugak aku karang. hahaa

Monday, 17 September 2012

good luck examm

Assalamualaikum.
          haii...lame x update blog. dkt 1 bulan kan.. haha x busy pon. malas nk update. papepon sy buat post baru ni just nk inform yg pmr ade 22 hari lg.. bukan 'just around the corner' tp 'just behind that corner' so, ape persediaan korg? dah ready ke? sy x tau sy ready ke x.. sy rse mcm blur lg.. tp dlm 3 mggu terakhir ni sy akan usahakanlah yg terbaik!. weeheee.. kpd candidates UPSR tu congratulation la sbb korg punye time bedebo dah habis. lps ni our turn plak. and after that.. haha calon spm.. do the best uolss...i hope uols can achieve your own target... ok tata titi.. jumpa lps exam ok.. InsyaAllah. Wassalamualaikum. :)


Saturday, 11 August 2012

minggu yang dinanti-nantikan oleh semua org Islam!

Assalamualaikum

                hari ni masuk hari yg ke 22 kita sbgai umat Islam berpuasa. Sedar x sedar tggal 7 hari je lagi nk raye. ape feeling korg skrg? sedih sbb bulan Ramadhan dah nak tggalkan kita or gembira sbb nk smbut hari Raya ? bg aku kan, raya tahun ni mmg x rase pape. rase mcm bulan2 yg biasa jee.. huwaaa.. bulan puasa thun ni ade jgak rase happy time nk sahur dgn brbuka hehee.. tahun ni nmpknye aku x kesempatan nk smbhyang terawih ;'((. sedih kot. thun ni dah msuk 3 tahun aku x pegi smyg terawih. nk ikut abg dgn ayah aku? diorg laki..huwaaaa.. geng! hari ni dah msuk hari yg ke 22 puasa. haaaa korg tau big day bulan puasa ni?Ye btul tu! bulan Lailatul Qadar bulan yg lebih baik drpd 1000 bulan. 10 mlm terakhir Ramadhan la saat2 yg ditunggukan ;) korg boleh la start buat ibadat byk2 mulai skrg! Selamat beribadat semua! 



Sunday, 5 August 2012

Untitled~!

Assalamualaikum.
Nampknye mggu ni semua candidates pmr sedang bersng lenang sbb trials dah lepas trmsuklah aku.. mgkin sesetgh je. yg otak dia tu genius lain cite .. hehe. hari ni hari Ahad. negeri aku (trg) dah start skolah, hari ni aku kemain bedebo sbb nk tau kputusan perikse trials. Alhamdulilah stakat ni semua ok tp ade 1 sub yg aku mmg frust menonggeng! kalau aku kasi tau korg pulak yg trkejut tahap cipan! x payah lah huhuuu . Aku terget A pmr utk subjek asas je! Geografi,Sejarah & Bahasa Arab aku nk confirmkan biar dpt B.. haha (gelak jahat) tp mmg aku x boleh pegi subjek tu. yg lain okey je. aku pelik smpai kening aku brtgkup 2 huhuuu.. dan aku tau jawapan asal aku x minat 3 subjek ni. sbb kene byk mmbaca HAHA! xD. bahasa arab kdg2 aku anggap best tp nk kuasai bahasa tu mmg payah! aku dah lame mengidam nk bc ayat suci Al-Quran dgn bertarannum dan aku nk sgt mase aku ngaji tu aku paham mksd ayat tu, tp angan2 dlm mimpi huwaa.. aku jenis pemalas dan aku rase aku x boleh kuasai bahasa arab smpai bile2 eh taknak la sampai bile2.. besar satgi kut hehehe. ok dah cukup! tutup kesah pasai BA... ..waa sabo je laah.

 

pmr just around the corner. 65 days to go? isn't this year moving too fast. i didn't realised that this month is august already! oh no!!! we don't have enough time to joking, kidding around, and posting a new post dlm blog ( hehe ). ok time to be serious! eh korg jgn pelik eh sbb knpe aku selalu sbut 'time to be serious' aku minat slogan tu haha ( slogan ke? ah lantak ah) hehe dan aku x pernah serious kalau buat sesuatu prkerjaan. tp kalau aku dah tukar jd serious aku mmg serious gile.. aku x kan snym biar ko buat lwk thap maharaja lawak pon. tp maharaja lawak mmg x lawak pon eheh! eh? dah pkul 6.30 ! 1 jam lgi dah nk bukak puase! aku x smyg lg! blog pnye pasai nk perah otak buat ayat, tp ayat tetap low standard haha..k2 aku dah x de mase dah. nk solat plak.. k tataatuuutuuu ;) Aku tawakkal kepada Allah je keputusan aku. Taknak trlampau xcited dn xnak trlampau teruja.. takut aku bile ade perasaan mcm tuu eii *shivering


korg jgn pedulikan b. inggeris aku yg x beberapa nk btul tu
nnti aku adjust blik hehe ;)

Saturday, 4 August 2012

Salam Perkenalan..

Assalamualaikum

       First and foremost aku buat post ni utk perknalkan diri ;) Mein name ist Iffah. Ich lebe in Malaysia.Ich bin 15 Jahre alt. haha (konon je tu speaking jerman ececeh.;)..aku rase kan prmulaan blog ni mgkin agak kolot sbb mmg blur tahap x tau hape pon lg pasai blogging ni. drpd sgi fizikal blog aku pon korg tau kan, x de isi.. x mcm blog korg yg comel2 belake haha, nnti aku decorate la blik.. x tau nk belaja decorate dgn sape.. ok2 aku sambung, Hobi main badminton, main game (utk releasekan tension), pergi jalan-jalan ambil angin... ekeke. dr td lg aku gelak x tau knpe. ah biarlah yg aku tau mood aku skrg dlm keadaan bercelaru utk 2 bulan ni..aku ditimpa masalah yg agak serius iaitu pmr akan melanda dlm masa 2 bulan dr skrg dan aku? masih tercari2 bahan utk membina rumah yg kukuh biar x roboh kene langgar ke whirlwind tu! korg paham x mksd aku ni? whirlwind tu aku samakan dgn pmr. ahaha acane? cruel x aku? ngeh2! alaa korg x gelak ke? gelak laa skit.. skit je.. =.=' uish pnjg je pngnalan. ok time to be serious hehe. Cita-cita ade 2 nk jd arkitek ato pon usahawan! dulu ade cita2 nk jd pilot, mase tu still budk x tau lagi menahu pasai aurat2 ni, time tu mmg excited giler nk jd pilot. science mmg feveret la dlu.. haha pilot pnya pasal. padahal nk jd pilot tu bukan setakat science je. byk lg mtpljrn yg kene lulus...[byi cengkerik] k snyp! smpai situ je lah. nk continue mkn ..hehe.